8

268 21 10
                                    

Hari semakin gelap. Sinaran bulan menghiasi bumi yang gelap. Angin sepoi sepoi bahasa menyentuh kulit. Bintang bintang cantik berkilauan diatas sana. Permandangan yang indah walaupun gelap. Burung hantu membuat bunyi yang indah.

Kini Mawar berada dibalkoni bilik yang dia tidur sebelum ini. Dia sudah pulang kerumah Wirfan setelah selesai majlis. Wirfan berada dibiliknya. Wirfan langsung tidak bercakap dengan Mawar setelah selesai majlis tadi. Ajak tidur sebilik pun tak. Ditangan Mawar terdapat iPhone yang dihadiahkan oleh Daniel dahulu. Dia membelek gambarnya bersama Daniel yang ditangkap menggunakan telefon itu.

Perasaannya pada Daniel masih belum pudar dan perasaannya pada Wirfan masih belum muncul

Sedang membelek gambarnya bersama Daniel, pintu diketuk. Mawar menutup telefonnya sebelum melangkah untuk membuka pintu

Wajah kacak Wirfan yang berseluar track suit  bersama baju t shirt lengan pendek dengan rambut masih basah menyapa pandangannya. Mungkin baru lepas Mandi.

"Turun makan"ujar Wirfan lalu melangkah turun kedapur semula. Mawar masih terpinga pinga

Mawar turun keruang makan. Diatas meja ada chicken chop dua pinggan. Dia beli..atau masak?

Kelibat Wirfan yang baru keluar dari dapur bersama sejug air itu menyapa pandangan Mawar lagi sekali. Suami aku pandai masak ke?

Wirfan melabuhkan diri dihadapan Mawar lalu menyuapkan makanan kedalam mulutnya. Mawar memandang kearah Wirfan tanpa kelip. Wirfan perasan akan hal itu. Sengaja pura pura tak perasan

"Makan, Wardah" tegur Wirfan setelah lama Mawar memandangnya

Mawar yang tersedar terus mengumbat isi ayam kedalam mulut. Muka dah merah kerana malu. Wirfan tergelak kecil melihat karenah polos isterinya ini. Tergamam Mawar melihat suaminya ketawa. Tak pernah nampak, comel pula

"Er awak-"

"Abang," teguran daripada Wirfan membuatkan Mawar terdiam seketika.
"Err a-abang ma-masak ke semua ni?" penyakit gagapnya kembali.

"Ye cornflakes, abang yang masak. Tak sedap ke?" beritahu Wirfan lalu bertanya. Ish tak habis habis dengan cornflakes tu. Dahtu nanti anak apa? Semperit? Tart nenas? Bahulu?

Ehh Mawar, dah fikir fasal anak nampak.

"Sedap awak eh abang masak," terus Mawar menukar apabila menerima jelingan maut daripada Wirfan. Sengihan diberikan kepada Wirfan.

Selesai makan, Mawar melangkah untuk masuk kedalam bilik yang dia tumpang sebelum ini itu. Namun terhenti langkahnya apabila terasa seperti ada yang memegang tangannya. Mawar menoleh kebelakang. Kelibat Wirfan menyapa. Mawar yang tidak berfikir panjang terus menarik tangannya dari pegangan Wirfan

"Cinta, kita kan dah halal," Wirfan kembali memegang tangan isterinya. "Jom tidur," ajak Wirfan lalu menarik tangan isterinya masuk kedalam bilik tidurnya. Mawar masih terpinga pinga.

Pintu ditutup dan dikunci setelah berada didalam. Mereka menuju ke katil yang berada di ruang itu.

Wirfan membaringkan tubuhnya diatas katil dan Mawar pula masih berdiri ditepi katil

"Hei, come here,"  Wirfan menepuk ruang disebelahnya itu. Teragak agak Mawar melangkah.

Akhirnya Mawar berada disebelah Wirfan. "Tidurlah Cornflake," arah Wirfan. Akulah mamat ni takde nickname lain ke?

Perlahan lahan mata Mawar tertutup.
"Goodnight butterfly," lalu satu ciuman melekat didahi Mawar. Tindakan itu membuatkan Mawar menahan senyuman.

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now