26

243 9 1
                                    

"Jadi sebab tulah dia layan kau macam tu?" Soalan daripada Harris itu dijawab dengan anggukkan. Setelah mereka memeriksa jam itu rupanya jam itu bukan sekadar jam biasa. Jam itu disambungkan dengan telefon bimbit Airina dan apa apa yang berlaku dikawasan si pemakai jam itu berada dapat diketahui oleh Airina. Dan Airina lah yang mengugut Wirfan supaya layan Mawar dengan teruk kalau tidak mahu Mawar mati ditangannya.

"Kau sure ke nak bunuh dia?" Tanya Daniel. Mawar mengangguk beberapa kali sebagai jawapannya.

"Kau belum sepenuhnya kenal Ris ni." ayat Harris itu mengundang kerutan didahi Daniel "Siapa Ris? Jiran nenek kau ke?"

"Ouh ye aku lupa bagitau.." Harris mendekatkan mulutnya dengan telinga Daniel sebelum membisik sesuatu "Ris tu nama panggilan dia. Nama panggilan dia kalau sisi gelap dia muncul," lalu kembali menjauhkan mulutnya

"Sisi gelap?" Soal Daniel perlahan. Mawar sekadar memerhati dua jejaka itu. Harris mengangguk. "Kami sebenarnya beka-"

"Dah dah jom, nak gerak dah nih," serentak dua jejaka itu menoleh kearah Mawar yang sedang berjalan keluar dari bilik itu.

Pembetulan, bilik bawah tanah itu.

Mereka dua mengikuti langkah Mawar menuju kebelakang rumah arwah ayahnya. Terdapat kandang kuda dan juga tempat memanah. Salah satu sukan dan bakat Mawar iaitu memanah berkuda.

Dari kecik dia minat dengan memanah tapi dulu dia main memanah yang boleh melekat tu ja. Alah yang mainan tu. Kononnya boleh melekat tapi tak sampai seminit ada dekat papan sasar panah tu dah jatuh.

Mawar berjalan menuju kekandang paling hujung yang terletaknya kuda miliknya. Luna. Dia berjalan mengambil alat memanah sebelum menaikki kuda itu. Pistol dan pedang juga turut dibawa. Dua bilah pisau lipat diletakkan didalam stokinnya. Jangan tanya kenapa.

"Kami? Nak naik apa?" Soal Harris kepada Mawar. "Ambil je mana mana kuda," balas Mawar ringkas.

"Aku mana reti tunggang kuda," ujar Harris memberitahu kebenaran. "Kau duduk belakang. Biar aku tunggang," celah Daniel.

"Mana boleh. Takda vibe lah aku nak memanah berkuda," balas Harris membuatkan Mawar memicit dahi.

"Suka hati koranglah," ujarnya perlahan lalu menunggang kuda meninggalkan dua jejaka itu.

"Weh tunggulah. Cepatlah naik," marah Daniel. Setelah Harris duduk dibelakangnya, dia mengejar langkah kuda yang ditunggang oleh Mawar. Laju betul Mawar menunggang kuda itu.

Tempat persembunyian Airina itu mengambil masa dalam satu jam untuk mereka sampai. Sekarang jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Laju juga Mawar menunggang sehinggakan Daniel langsung tidak dapat mengejar.

Dengan mudahnya Mawar membunuh segala halangannya. Haiwan haiwan yang menggangu perjalanannya semua mati ditangannya. Daniel tergamam melihat itu manakala Harris masih santai. Kerana dia sudah kenal Mawar. Sekarang Mawar betul betul dalam keadaan marah.

Jam melompat ke angka 3 dan mereka sudah hampir. Dari jauh Mawar menghalakan anak panah kearah rumah usang yang mungkin diduduki oleh Airina. Mungkin. Kalau bukan, itu tidak termasuk dalam masalahnya. Kejam? Memang.

Dia melepaskan lima anak panah. Seelok saja anak panah keenam dihala, kelibat seorang gadis yang sangat Mawar kenal menyapa pandangannya.  Dia menarik tali busur itu dan anak panah itu terkena tepat pada leher Airina. Menjerit sakit dia dibuatnya.

Airina mencari siapa yang memanah. Dan dia dah jumpa "Shit!."

Airina menjerit seperti memanggil orang dari dalam rumah sebelum lebih dari sepuluh orang lelaki melangkah keluar dengan senjata ditangan masing masing. Mereka bertiga menuruni kuda itu sebelum mula melawan

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now