Sudah masuk tiga hari selepas kejadian Mawar makeup Wirfan itu. Dan sekarang mereka berada diruang tamu sedang menunggu tetamu jauh mereka.
Sudah hampir setengah jam menunggu dan bunyi ketukan pintu menyapa pendengaran. Laju Mawar bangun untuk membuka pintu. Tudung sempat dicapai
"Assalamualaikum akak," jerit Wizzara seraya memeluk tubuh Mawar. Wizzara datang bersama Malik dan Suraya. "Waalaikumussalam adik akak.."
"Meh lah masuk Malik, Su," sambung Mawar lalu memegang lengan Wizzara sambil berjalan masuk kedalam.
Mereka melabuhkan duduk disofa ruang tamu. "Ehh Malik," semua berpaling kearah suara itu. Wirfan yang baru muncul bersama sejug air hanya menghadiahkan senyuman nipis apabila semua orang memandangnya
Wirfan melabuhkan diri bersebelahan dengan isterinya. "Kau honeymoon sini berapa lama?" Tanya Wirfan ingin tahu. "Dalam sebulan macam tu," balas Malik. Suraya disebelah hanya diam.
"Tinggal mana selama dekat sini?" Tanya Mawar pula. Mata memandang Suraya. "Abang Malik kata tinggal homestay kawan dia," balasan daripada Suraya itu menerima anggukkan daripada Mawar dan Wirfan
Tok! Tok!
Semua mata memandang pintu sebelum Wirfan mengambil keputusan untuk bangun dan membuka pintu. Wajah cantik milik Adra Delailah menyapa pandangannya.
"Haii abang Ipan," seraya melambai kearah Wirfan. Wirfan sekadar mengangguk. "Mana akak Mawar?" Wirfan membalas dengan cara mengerling Mawar. Laju Adra berlari kearah Mawar.
"Eh Adra," Mawar membuka tangan untuk memeluk bakal adik ipar tak jadinya. Betullah kan Adra adik ipar tak jadi Mawar.
"Akak sihat?" Mawar mengangguk lalu tersenyum. "Tak payah formal sangatlah Adra. Korang beza setahun je pun. Takpayah nak akak akak bagai," celah Wirfan. Memang mereka beza setahun je. Mawar 23 tahun manakala Adra 22 tahun. Adra menjeling kawan baik abangnya itu.
"Abang, tu siapa?" Bisik Wizzara bertanya. Mata Wirfan mengerling Adra sebelum membalas "kau tak ingat ke?" Soalan dibalas soalan
"Kalau ingat, Izzara tak tanyalah," Wirfan menghela nafas lalu menjawab soalan itu "tu Adra Delailah. Adik kawan baik aku tu. Kau kenal kan?" Lama Wizzara mendiamkan diri sebelum mengangguk
Wizzara mendekati Adra dan Mawar. "Wizzara pun adalah. Tak perasan pulak tadi," tegur Adra. Wizzara membalas dengan senyuman lalu duduk dilabuhkan ditepi Adra.
Lama mereka borak sampai Malik dan Suraya dah pulang pun mereka tidak sedar. Rancak sangat. "Cornflake. Anak sayang dah bangun tu," Wirfan bersuara sambil melangkah menuruni tangga. Bila masa dia naik pun tak tahu. Aureestella berjalan dibelakang Wirfan
"Ella come here," panggil Mawar seraya mendepa tangannya untuk memeluk anak angkatnya itu. Aureestella berjalan mendekati tiga orang gadis itu.
"Who's she?" Berkerut dahi Wizzara dibuatnya. "She's my daughter," terkejut Wizzara apabila mendengar balasan daripada Wirfan itu.
"Bila akak beranak, kak?" Kepala dipalingkan menghadap wajah comel Mawar. Tergelak kecil Mawar dibuatnya.
"Ni anak angkat kami lah," Wizzara mengangguk sambil membuat mulut bentuk 'O'
"Erm abang," Wirfan mengangkat kepalanya memandang kearah Mawar. Terbantut kerjanya yang sedang mengelap meja. "Kitaorang nak keluar boleh?" Perlahan lahan Wirfan mengangguk mengizinkan.
"Before that, korang nak pergi mana?" Wirfan mengangkat kening kanannya. "Nak pergi shopping je," Adra menjawab. Wirfan mengangguk faham.
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...