15

213 12 1
                                    

Sudah masuk seminggu mereka mengambil anak angkat. Aureestella sudah mulai selesa dengan ibu ayah angkatnya.
Mereka juga selesa dengan Aureestella yang baik lagi dengar kata itu. Mawar langsung tidak berengang dengan gadis kecil itu sampaikan suaminya sendiri dilupakan.

Bunyi pintu diketuk membuatkan tindakan Mawar yang sedang bermain dengan Aureestella itu terhenti. Dia bangun lalu mencapai tudung sarungnya yang disangkut ditempat letak kunci sebelum dipakai. Rare kan gantung tudung dekat situ?

Pintu dibuka lalu terpampang wajah Daniel bersama seorang gadis ditepinya. "Ehh Niel, dah ada bakal isteri ke?" Tanya Mawar. Mengusik. Berkerut dahi Daniel sebelum dia berpaling kearah adiknya.

"Ouh ni adik aku, Adra Delailah," perkenal Daniel. Sejak mereka sudah tiada hubungan, Daniel  tidak lagi bahasakan dirinya 'saya'.

"Ehh Niel, meh lah masuk," serentak tiga orang itu menolehkan kepalanya kearah suara itu. Kelihatan Wirfan baru turun dari bilik tidurnya. Daniel melangkah masuk bersama adiknya

Daniel melabuhkan diri disofa bersebelahan dengan Aureestella. "Anak siapa korang rembat ni?" Soal Daniel. Kepala dipalingkan menghadap Wirfan yang melabuhkan duduk ditepinya ingin meminta jawapan.

"Aku ambik dia dari rumah anak yatim. Isteri aku nak anak," beritahu Wirfan. Tangan memeluk pinggang isterinya. "Dahtu kenapa tak bu- aww sakitlah bengong," menyerang kesakitan Daniel apabila dicubit kuat oleh Wirfan

"Padan muka kau," ujar Wirfan. Adra yang sedang berbual kosong dengan Mawar sedari tadi mencelah "Alah biarlah diorang nak ambik anak angkat tak ganggu kita pun," Daniel menjeling adik perempuannya itu.

"Eh Adra, bila balik sini?" Tanya Wirfan yang sememangnya sudah lama kenal dengan ahli keluarga Daniel termasuklah Adra. Dia tahu Adra tidak tinggal bersama keluarga Daniel kerana dia belajar diluar negara.

"Semalam. Sajalah ikut abang datang sini sebab abang kata abang Ipan dah kahwin," balasan daripada Adra itu menerima anggukkan daripada Wirfan.

"Cantik isteri abang Ipan. Nama akak apa?" Sambil memandang tepat wajah Mawar.
"Airis Mawardah, panggil Mawar je," senyuman manisnya dihadiahkan kepada Adra.

Lama juga mereka berbual sehingga Daniel meminta diri untuk pulang kerumah. "Aku balik dulu. Assalamualaikum," ucap Daniel lalu melangkah keluar dari rumah Wirfan.

Wirfan yang baru ingin melangkah kebilik terhenti apabila Mawar memanggilnya "abang," Wirfan berpaling kearah isterinya lalu kening diangkat

"Jom keluar. War bosan duduk rumah je," pinta Mawar sambil mengedip matanya berkali kali. Wirfan menghela nafas lalu mengangguk

Dengan pantasnya Mawar mendukung tubuh Aureestella lalu melangkah menuju kebilik tidurnya untuk menukar pakaian

**
"Cantiknya tempat ni. Pandai abang pilih," puji Mawar. Mata meliar memandang sekeliling. "Tengok kaki lah," balas Wirfan bangga. Mawar menjeling manja suaminya itu

Mata Wirfan jatuh kearah Aureestella yang seperti sedang menahan sesuatu. Muka gadis kecil itu sudah berubah merah. "Semperit Okay?" Tanya Wirfan lembut seraya mencangkung dihadapan Aureestella. Dia memanggil anak angkatnya dengan panggilan 'semperit' dengan alasan kerana kuih raya kegemaran Mawar adalah semperit

"Ella mak tencing," beritahu Aureestella dengan pelatnya. "Kenapa tak bagitau dari tadi. Jom ikut ibu," seraya membawa anak angkatnya ketandas.

Wirfan tersenyum kecil lalu kembali berdiri sebelum telefon dibawa keluar dari poket. Sementara menunggu isterinya tiba dia bermain dengan gajet itu dulu. Tiba tiba ada satu suara yang tidak asing bagi Wirfan memanggilnya. Wirfan angkat kepala.

"Haii Irfan," ujar seorang gadis sambil melambai kearah Wirfan. Tercengang sebentar Wirfan.

"A-Airina?" Airina mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Hasrisyah Airina sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Wirfan Danish.

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Wirfan dingin. "Lah ni kan tempat awam, salah ke I ada dekat sini?" Balas Airina selamba. Tangan gadis itu naik mengusap dada Wirfan tapi laju Wirfan menepis.

"Aku dah ada isterilah bebal," seraya mengundur. "Senangnya you lupakan I," ujar Airina. "Betina tak guna macam kau memang senang dilupakan. Ingat limit kita, sekadar kawan bukan kekasih macam dulu. Tak payah nak gedik sangat," balas Wirfan lalu melangkah meninggalkan Airina disitu.

"Shit!. Kau takkan bahagia dengan perempuan tu," senyuman sinis terukir elok dibibir gadis itu.










𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now