19

200 12 3
                                    

Subuh menjelang. Mawar bangun dari tidurnya lalu berjalan masuk kedalam bilik air. Dia mandi dan mengambil wudhu sebelum keluar dan mengejutkan suaminya

"Abang bangun subuh," kejutnya. Namun tiada sahutan. "Suamiku tercintah bangunlah," masih tiada sahutan "Akulah mamat nihh."

"War sayang Wirfan Danish Bin Wan Daniz.."

"Sebab tu War kejut elok elok. Jadi better abang bangun sebelum War buat abang tidur selamanya," ujar Mawar. Wirfan mengeliat.

Perlahan lahan Wirfan mencelikkan matanya. Buka saja mata, wajah Mawar yang tersengih bak kerang busuk menyapa pandangannya.

Kuat Wirfan menolak Mawar jauh darinya. Sikit lagi Mawar nak terjatuh namun dia sempat menyeimbangkan badannya semula. "Abang nih kenapa? Kalau War jatuh macam mana?" Tanya Mawar dalam nada marah.

"Kau yang jatuh, bukan aku." tersentak Mawar mendengar balasan itu. Suaminya menukar panggilan. "Aba-"

"APA!" Potong Wirfan. Terhinjut bahu dijerkah begitu. Kenapa dengan suaminya ini? Wirfan merepuh kuat bahu isterinya lalu menuju ketandas. Air mata Mawar jatuh. Dia melabuhkan diri dihujung katil sambil menunggu suaminya sudah mandi.

Dia cuba memikir positif. Mungkin suaminya stres dengan kerja. Lama juga Wirfan berada didalam tandas. Dia keluar dari tandas lalu menuju ke wardrobe closet

Mawar hanya memerhati gerakan suaminya. Matanya jatuh pada pengelangan tangan Wirfan. Kenapa Wirfan pakai jam?

"Abang, kenapa abang pakai jam?" Soal Mawar. Matanya tepat memandang wajah Wirfan. "Suka hati akulah!" Mawar menunduk. Teruk sangat suaminya stres

Wirfan berjalan mengambil tempat untuk menunaikan solat subuh. Mawar mengikuti langkah suaminya "Eh kau buat apa ikut aku?" Soal Wirfan

"Nak solat berjemaah sama samalah," balas Mawar. "Kau siapa nak solat sekali dengan aku?" Sekali lagi Mawar tersentak. Takkan suaminya lupa akannya?

"War kan is-isteri abang," tersekat sekat Mawar membalas. Wirfan tersenyum sinis sebelum kembali bersuara "Aku tiada isteri selain Hasrisyah Airina." bagaikan ditikam bertubi tubi mendengar balasan itu. Wirfan tidak menganggapnya isteri lagi?

"S-sampai hati ab-abang," air matanya mengalir semakin deras hingga terjatuh kelantai. "Sampai je," selamba Wirfan membalas.

"Abang dah tak sayang War dah ke?" Soal Mawar perlahan. "Ye," Wirfan kembali memandang kehadapan lalu mengangkat takbir.

**

Mawar yang baru siap mandikan anak angkatnya itu, turun kebawah untuk memasak. Aureestella sudah turun dulu daripada Mawar.

Sedang Mawar jalan kedapur, langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat Wirfan dan Airina baru balik dari keluar. Airina memeluk erat lengan suaminya. Sedikit sebanyak mengoreh hati seketul Airis Mawardah

"Baby, malam ni kita tidur sebilik kan?" tanya Airina. Saja dia menguatkan suaranya. "Yes darling. Kita tidur sebilik malam ni," Wirfan membalas soalan Airina dengan nada yang sangat lembut. membuatkan air mata Mawar bertakung.

"Oii perempuan," jerit Wirfan memanggil Mawar. Dia perasan yang Mawar sedang memandang kearah mereka. "Ye abang," sahut Mawar laju

"Dah masak belum?" Soal Airina yang berada disebelah Wirfan. "Err be-belum," balas Mawar tersekat sekat seraya menundukkan kepalanya. Wirfan mengambil pasu kecil yang berada dikabinet televisyen sebelum dibaling tepat ke kepala Mawar. Menyerang kesakitan Mawar dibuatnya.

"KAU NAK BAGI ISTERI AKU MATI KEBULUR KE SETAN!" Tengking Wirfan. Terhinjut bahu Mawar ditengking begitu. Sudah dua kali harini saja. "Sa-saya baru habis mandikan Ella itu yang lam-"

"ARGHH ALASAN!" Wirfan memegang tangan Airina lalu mereka berjalan menuju kebilik tidur Wirfan. Sempat Airina tersenyum sinis kepada Mawar.

Mawar memegang tempat yang dibaling pasu tadi. Ada cecair merah. "War tak sangka abang Jadi macam ni," ujar Mawar perlahan

"Ibu otey?" Tanya Aureestella sambil berjalan terkekeh kekeh kearah Mawar. Mawar mengangguk seraya menghadiahkan senyuman manisnya kepada Aureestella.

"Tepala ibu dalah lah," jari naik menunjuk kearah kepala ibu angkatnya yang berdarah itu.

"Alah sikit je," balas Mawar sambil tersenyum nipis. Dia memegang tangan anaknya lalu mereka bersama sama berjalan kedapur. Tanpa mencuci dan menutup kepalanya yang berdarah itu, Mawar terus mula memasak. Darah yang mengalir sikit sikit itu dibiarkan.

Hampir setengah Mawar berperang didapur akhirnya selesai juga. "Ibu dah habis masyak ke?" Mawar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu

"Nak Ella panggilkan ayah dan mummy tak?" Mawar mengangguk lagi. Laju gadis kecil itu berlari menuju kebilik tidur ibu ayahnya.

Lima minit selepas itu kelibat Aureestella muncul namun dia hanya muncul seorang diri. "Ayah dan mummy tate diolang nak matan detat luar," beritahu Aureestella membuatkan Mawar tersenyum nipis. Tadi beria ria suruh dia masak tapi diorang nak makan luar.

"Takpalah. Jom kita makan." Aureestella dengan gembiranya berlari kearah meja makan manakala Mawar berjalan dibelakangnya sambil membawa makanan.




Itujee..

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now