20

231 10 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 8 malam dan dua orang pasangan itu belum balik dari keluar makan tengahari tadi. Mawar yang baru ingin melabuhkan diri disofa terbantut apabila pintu diketuk. Mawar mencapai tudungnya lalu disarungkan dikepalanya

Dia berjalan mendekati pintu sebelum dibuka. Wajah Daniel dan Adra menyapa pandangannya. Wizzara juga. Mawar memberi keizinan untuk masuk.

Mawar berlalu kedapur untuk membancuh air.

"Daniellah," panggil Daniel. Aureestella menoleh kearah Daniel. "Mana ayah?" Tanya Daniel. Dia datang sini untuk bertemu dengan Wirfan saja.

"Ayah teluar dengan mummy," berkerut dahi Daniel mendengar itu. Siapa pula mummy tu? Baru saja Daniel ingin bertanya kepada Mawar terhenti apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Mereka berpaling kearah pintu

"Ehh Irfan.. Rin," tergamam Daniel melihat Airina memeluk erat lengan Wirfan. Setahunya Wirfan lelaki yang berpegang pada agama. Takkanlah..

"Kak Rin.. apa awak buat dekat sini?" Soal Wizzara. Dia juga kenal akan Airina. "Dah aku isteri dia, biarlah," balas Airina selamba.

"Dia isteri kau, Wirfan?" Tanya Daniel terkejut. Tanpa memikirkan perasan Mawar, Wirfan mengangguk. "Dah tu Mawar?" Tanya Adra pula. "Lantaklah dekat dia," balas Wirfan.

"Ingat janji kita, Pan, " Daniel tengah cuba ingatkan Wirfan tentang janji mereka. Wirfan tersenyum sinis sebelum melangkah menuju kebilik tidurnya bersama Airina meninggalkan mereka semua disitu.

"Kau okay Mawar?" Soal Daniel. Dia tahu Mawar dengan perbualan mereka tadi dan riak wajah Mawar sudah berubah. Mawar sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.

"Bila.. diorang kahwin?" Adra bersuara menanyakan soalan itu kepada Mawar. "Haritu waktu kita keluar bertiga tuu..."

"Diorang kena tangkap basah," sambung Mawar lagi seraya menundukkan kepalanya. Air mata yang bertakung itu dikesat.

"Tangkap basah?" Terkejut Daniel, Adra dan Wizzara mendengar kenyataan itu. Mawar mengangguk.

"Tapi semalam dia okay je dengan saya. Entah kenapa harini dia jadi macam tu," luah Mawar. "Dahlah, nah air," Mawar meletakkan dulang berisi sejug air itu diatas meja kecil yang berada diruang tamu itu.

Mereka melabuhkan diri disofa.

**
Suara azan berkumandang membuatkan Mawar terjaga dari lenanya. Mata jatuh kearah anak angkatnya yang berada disebelahnya. Dia tidur dengan Aureestella semalam.

Dia bangun lalu mencapai tualanya. Kaki berjalan ketandas. Dia mandi dan mengambil wudhu sebelum keluar untuk menunaikan solat subuh.

Makan masa 7 minit untuk Mawar menunaikan solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan juga solat subuh. Setelah selesai, dia menadah tangan untuk berdoa..

"Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini, Ya Allah. Sesungguhnya dosa hamba-Mu ini tidak terkira. Ya Allah, terima kasih atas ujian yang kau berikan. Terima kasih masih menyayangi hamba-Mu ini. Tapi.. aku masih belum kuat untuk menghadapi segala ujian yang kau berikan sekarang ini,  Ya Allah. Aku tak mampu tahan rasa sakit melihat suamiku bersama orang lain. Apa dosa yang aku telah buat sampai diuji begini, Ya Allah? Kuatkan aku Ya Allah. Bantu aku. Andai takdir membawa aku pergi menghadap Engkau dulu, jagakan dia untukku. Jika dengan cara dia bersama orang lain mampu membuat dia bahagia, kekalkanlah hubungan mereka, Ya Allah. Hapuskanlah perasan cintaku padanya jikalau dia bukan milikku. Kalau aku tidak diizinkan bahagia didunia, bahagiakanlah aku diakhirat, Ya Allah. Sesungguhnya aku ingin merasa bahagia walaupun bukan bersama dia. Matikanlah dia dalam keadaan husnul khotimah Ya Allah. Bahagiakan dia. Aku mohon Ya Allah. Aku tak sanggup melihat hidup dia sengsara.." Dia memberhentikan ayatnya. Air yang di tahan sedari tadi akhirnya terkeluar juga. Banyak kali dia mengulang kalimah 'Allah' didalam doanya

"Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk suami aku Ya Allah. Lindungi dia dari bala bencana. Sibukkanlah dia dengan amal kebaikan sehingga lupa untuk berbuat dosa. Kuatkanlah imannya. Sekali lagi aku mohon, jagakan dia untukku, Ya Allah. Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan. Makbulkanlah doa aku Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin.." dia mengaminkan doanya lalu menutup wajahnya dengan kain telekung yang dipakainya. Basah habis

Lama juga dia berada didalam keadaan begitu sebelum bangun lalu mencapai kitab suci Al Quran yang terletak di rak buku hujung bilik itu. Dia membuka muka surat yang dia berhenti semalam untuk menyambung bacaannya.

**
Lepas saja menunaikan solat subuh tadi, Mawar sambung tidur. Dia pening kepala harini. Sempat dia mandikan anaknya lalu tidur semula. Dia tak boleh seimbangkan badannya apabila berdiri. Dia memerlukan orang untuk pimpinnya.

Mawar yang terjaga itu terus pandang kearah jam. Menunjukkan pukul 10 pagi. Tergamam dibuatnya. Baru saja ingin bangun dari tidurnya terhenti apabila mendengar suara jeritan memanggilnya

"MAWAR! MAWAR!" Jerit seseorang. Dia yakin itu pasti Suara Wirfan memandangkan hanya Wirfan saja lelaki didalam rumah itu.

Pintu ditolak kuat dari luar membuatkan Mawar terkejut. "Mana breakfast?"  Tanya Wirfan kasar. Mawar mengalihkan pandangannya memandang bawah lalu membalas "War tak masak lagi. Maafkan War."

"Jebon kau aa. Aku laparlah setan!" Marah Wirfan. "Jap Mawar masak," seraya cuba bangun dari duduknya. Tanpa memberitahu tahu apa apa, Wirfan terus berlalu pergi.

Perlahan lahan Mawar melangkah menuruni tangga. Tiba tiba kepalanya terasa pusing. Dia memegang kepalanya manakala sebelah lagi tangannya memegang dinding. Penglihatannya berubah kabur.

Bukk!

Mawar jatuh pengsan.



-Information-
•Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal.
•Solat sunat rawatib merupakan solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum atau selepas solat fardu lima waktu, juga dikenali sebagai solat sunat qabliyyah dan badiyyah. Sebagai makluman, solat sunat qabliyyah dilakukan sebelum solat fardu manakala solat sunat badiyyah dilaksanakan selepas solat fardu.
(Klau tk fhm lgi search google)


Tuto nak buat story sad ebebadihh?...

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now