28

360 8 0
                                    

Pagi pagi lagi Mawar dan Daniel telah berada didalam wad Wirfan. Bunyi pintu diketuk sebanyak tiga kali membuatkan dua orang itu berpaling kearah pintu.

Kelibat Puan Adni, Adra, Wizzara, Malik dan Suraya menyapa pandangan. Mawar menghadiahkan senyuman nipis kepada mereka manakala Daniel hanya memandang mereka semua tanpa sebarang riak.

"Korang dah makan?" Soal Suraya. Mawar menggeleng kepalanya perlahan bagi menjawab soalan itu. Suraya bangun lalu melangkah kearah mereka sebelum menghulurkan dua bekas makanan. Mawar menyambut huluran itu namun tidak dengan Daniel. Dia menolak

Puan Adni memandang anaknya. Pastilah anaknya sedih dah kawan baik sendiri koma.

Puan Adni mendekati anak "Niel." Daniel menoleh."Are you okay, sayang?" Soal Puan Adni lembut.

Tanpa berfikir panjang, Daniel terus memeluk tubuh ibu kandungnya itu. Melepaskan segala keperitan. Puan Adni tahu apa yang terjadi pada mereka dua minggu lepas. Ya sudah dua minggu berlalu. Dia juga tahu yang anaknya ada melakukan kerja lain selain kerja disyarikat arwah Wan Daniz itu.

Daniel berhenti melakukan kerja itu dulu kerana ayahnya dibunuh oleh musuhnya sendiri. Lepas saja dia berhenti, tiada siapa dari anggota keluarganya yang mati dibunuh. Bukan ayahnya saja tapi ibu ayah Wirfan juga. Dan ramai lagi yang dia sayang mati ditangan musuhnya.

Arwah Wan Daniz dan Dahin Arkasyah juga pernah menyertai kerja seperti itu jadi tidak hairanlah kalau anak mereka ikut.

"Ma-macam mana ka-kalau Ipan pun jadi macam ayah? Niel sayang dia," mengadu Daniel didalam dakapan Puan Adni.

Mawar agak terkejut melihat Daniel menangis. Jarang sekali berlaku. Bukan jarang tapi memang dia tidak pernah nampak Daniel begitu.

"Kalau dah takdir, kita tak boleh halang. Niel doa banyak banyak," pujuk Puan Adni sambil menepuk belakang badan anak sulungnya. "Mama, kalau Niel nak ikut ayah boleh?"

"Amal dah cukup ke?" Sampuk Adra yang sedari tadi berada dibelakang Puan Adni. Terus berhenti menangis Daniel dibuatnya. Dia menjauhkan diri daripada Puan Adni. Tangan naik mengusap air mata. Telefonnya dibawa keluar sebelum mula bermain.

"Hai habis dah drama?" Soalan daripada Adra itu menerima pukulan kuat daripada Puan Adni

"abang kamu tengah sedih tu," ujar Puan Adni. Memuncung bibir Adra. Yang lain telah ketawa termasuk Mawar.

Tangan Wirfan yang digengaman Mawar bergerak membuatkan Mawar mengalihkan pandangan kearah suaminya. "Abang," panggil Mawar. Yang lain turut memandang kearah yang sama. Daniel tidak terkecuali.

Lagi sekali tangannya bergerak menandakan dia sudah sedar dari koma. Perlahan lahan Wirfan mencelikkan matanya. Dia menoleh kearah isterinya "Cornflake," panggil Wirfan perlahan. Mawar tersenyum sebelum menyahut
"Ya, abang."  Wirfan turut tersenyum.

Matanya teralih pada Daniel pula. Daniel kemam bibir. Air mata jantannya jatuh lagi. "Niel," panggil Wirfan. Nadanya sama seperti tadi, perlahan. Daniel mendekati kawan baiknya. "Ipan, aku rindu kau," beritahu Daniel lalu memeluk tubuh kekar sahabatnya.

Yang lain sekadar tersenyum. Dari dulu lagi Puan Adni suka melihat persahabatan anaknya dan anak arwah Dirah Syafinaz. Mereka berdua terlalu rapat. Nak buat macam mana, Puan Adni dan arwah juga rapat. Suami mereka juga.

"Sudahlah kau. Takpayah mengada," ujar Wirfan seraya menolak tubuh Daniel jauh darinya. Daniel mencebik. "By the way Ipan," Wirfan menoleh kearah suara yang memanggilnya itu

"Su ada masak lebih, makanlah," ujar Malik sambil menghulurkan bekas makanan itu kepada Wirfan. Perlahan lahan Wirfan menyambut lalu dia memberi satu isyarat mata kepada Daniel sebelum Daniel menolongnya untuk duduk.

"Dahlah Ipan, aku balik dulu. Ada hal," pinta Malik sambil tersenyum lalu memegang tangan isteri keluar.

"Mama dengan diorang pun nak balik, assalamualaikum," ucap Puan Adni lalu melangkah keluar bersama Adra dan Wizzara. Wirfan sekadar menjawabnya dalam hati.

"Jom abang, makan." Wirfan mengangguk.

Sedang elok dia suap suaminya, Daniel memanggilnya membuatkan Mawar mengerling Daniel sekilas lalu kembali memandang suaminya. Kening diangkat.

"Kau..musuh kitaorang kan?" Soal Daniel. Wirfan yang mendengar itu mengerutkan dahinya. Musuh? Musuh apa?."Ha. Tapi dulu bukan sekarang." mata masih fokus menyuap suaminya makan.

"Eh jap, musuh apa nih?" Celah Wirfan bertanya. "Dia musuh kita dulu. Zaman kita buat kerja tuhan," selamba Daniel membalas. Mawar sekadar mengangguk.

Melihat dahi Wirfan masih berkerut, Mawar membawa keluar pistolnya yang entah kenapa dibawa lalu ditunjukkan kepada Wirfan. Dipistol itu terdapat logo yang bertulisan 'Ris' ditengah tengahnya. "Kenalkan logo tu?" Soal Daniel. Perlahan lahan Wirfan mengangguk

"Jadi.." kepala ditoleh kearah isterinya. "War mafia jugak dulu. Ramai War bunuh tapi War dah lama berhenti sebab War nak insaf," terang Mawar seraya tersengih.

"Tapi dua minggu lepas di-" belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, Mawar sudah memotong "Jom abang, sambung makan," potong Mawar. Biarlah mereka tiga saja tahu siapa yang bunuh Airina






𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now