Setelah sekian lama berada didalam kereta akhirnya sampai jua. Wirfan memarkirkan kenderaannya dihadapan rumah kayu milik Nek Salmah iaitu nenek kepada Wirfan. Mereka keluar dari kereta bersama
"Ya Allah cucu aku!" Serentak Wirfan dan Mawar menoleh. Kelibat Nek Salmah menyapa pandangan
"Nek," Wirfan berlari kearah neneknya lalu memeluk tubuh perempuan tua itu. "Hang sihat dak?" tanya Nek Salmah
"Irfan sihat Nek. Nek tu sihat dak?" Wirfan melangkah kearah keretanya semula untuk mengambil barang dia dan isterinya didalam bonet
"Aku sihat ja. Ni ka cucu menantu aku tuh?" tanya Nek Salmah seraya menuju kearah Mawar. Mawar memberi senyuman manis
"Haah lah Nek. Takkanlah Wirfan nak balik mai dengan perempuan lain kut," balasan dari Wirfan menerima jelingan daripada Nek Salmah
"Mai lah masuk," Nek Salmah menarik tangan Mawar masuk kedalam. Wirfan sedang mengusung beg pakaiannya dan isterinya
Nek Salmah menunjukkan bilik yang akan pasangan itu tidur bagi menunjukkan dimana bilik itu sebelum melangkah kedapur.
Mawar masuk kedalam bilik itu lalu pintu ditutup. Sementara menunggu kehadiran suaminya, Mawar membelek sikit isi isi didalam bilik itu. Kemas teratur barang barang disitu
Pintu diketuk lalu dikuak dari luar. Wajah kacak Wirfan menerjah pandangan. "Cantik kan bilik ni?" tanya Wirfan. Mawar mengangguk laju. "Bilik sapa nih?"
"Bilik abanglah. Kalau balik, sinilah bilik abang tidur," Mawar mengangguk faham
"Jom solat asar. Dah lambat ni," mereka keluar untuk mengambil wudhu lalu menunaikan solat
**
Selesai solat jamak maghrib isyak dan makan malam, Mawar duduk diluar sambil termenung. Entah sampai Afrika dah. "Assalamualaikum," sapa seseorang. Laju Mawar mengangkat kepalanya."Boleh saya duduk sini?" Mawar sekadar mengganguk. "Apa nama akak?" tanya gadis itu.
"Airis Mawardah. Panggil Mawar je," senyuman manis dihadiahkan kepada gadis itu. "Ouhh. Saya Wizzara Danisha. Adik abang Wirfan," beritahu Wizzara. Membuatkan dahi Mawar berkerut.
"Aik tak tau pulak Wirfan ada adik," mata tepat memandang wajah comel lote Wizzara. "Kitaorang sama ayah lain mak. Dia tak anggap saya adik dia tapi walau macam mana pun dia layan saya tetap baik," Mawar mengangguk faham. Macam tu pun boleh erk?
"Wirfan ada adik beradik lain ke?" tanya Mawar ingin tahu. "Kami ada abang tapi dah lama meninggal. Mungkin dia tak cerita dekat akak sebab takut teringat," Mawar mengangguk lagi. Maknanya keluarga kecil suaminya hanya tinggal Wizzara.
"Abang korang tu anak ayah dengan mak Wirfan or anak ayah dengan mak Wizzara?"
"Of course dengan mak Wirfan," Mawar mengangguk faham. Memang tugasnya mengganguk aje sekarang.
"Assalamualaikum borak apa tu?" celah seseorang. Ramai pulak nak ajak Mawar borak malam malam ni.
"Waalaikumussalam abang Malik," balas Wizzara mesra. "Ni ke Mawar tu?"sambil menunjuk kearah Mawar. Mawar sekadar mengangguk bagi mengiyakan penyataan itu.
"Cantik orangnya," puji Malik ikhlas. Mawar tersenyum nipis. "Kak! kenalkan ni lah abang Malik, sepupu kesayangan suami akak tu."
"Ouu hai Malik," sapa Mawar kekok. "Muka Mawar ni ada iras ex Wirfan lah," ujar Malik membuatkan dahi Mawar sedikit berkerut.
"Wirfan ada ex?" sekali lagi Mawar terkejut. Banyak betul suaminya berahsia dengannya. "Ouh dia tak cerita eh? takpalah, tanyalah dia sendiri nanti," Mawar mengangguk
"Best tak kahwin dengan Irfan?" soal Malik. Sengaja ingin tahu. "Bolehlah," itu saja yang keluar dari bibir mungil Mawar
"Dia tu kan, nampak ja dingin, kurang bercakap tapi kalau dengan orang dia rapat, otak dia banjir dengan air,"kenyataan yang keluar dari mulut Malik itu membuatkan Mawar tergelak kecil.
"Erm dahlah, saya masuk dulu eh. Assalamualaikum,"pinta Mawar lalu melangkah masuk kedalam rumah. Mereka berdua serentak membalas salam itu
Mawar melangkah kearah dapur kerana tekaknya terasa ingin minum. Sampai didapur, Mawar mencapai gelas sebelum menuang air kedalam gelas tersebut.
"Mawar?" Soal seseorang yang entah darimana datangnya. Mawar menoleh. Ada seorang gadis yang tinggi sedikit darinya.
"Ye saya," sahut Mawar mesra sambil menunjuk senyuman nipisnya. "Ouh kau lah isteri Irfan tuh," Mawar mengangguk. "Takdalah lawa mana. Rin lawa lagi," ujar gadis tidak dikenali itu
"Siapa Rin?" tanya Mawar. "Ouh kalau kau nak tau, Rin tu ex Irfan. Dia lawa tau. Lawa lagi dari kau," balas gadis itu sinis
Siapa bekas kekasih Wirfan ni sebenarnya?
"Akak ada gambar dia? Nak jugak Mawar tengok" pinta gadis itu lembut. "Takyah tengok. Kau bayangkan je dia lagi lawa dari kau. Hati hatilah eh takut dia kembali pada Irfan semula. Irfan ada hati dekat dia lagi tu," ujar gadis itu lalu pergi meninggalkannya seorang disitu
Menitis air mata Mawar. Betul ke suaminya masih ada perasaan pada Rin itu?
Malas nk buat chptr pepnjng.. 700 words un oky dh kn ii
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...