16

196 13 1
                                    

Balik saja dari keluar bersiar siar tadi, mereka menunaikan solat maghrib lalu menjamu selera bersama. Malam ni istimewa kerana yang masak bukan Mawar melainkan Wirfan. Wirfan menyediakan mee goreng. Jarang jarang mamat ni nak memasak. Ada bakat tapi malas itulah Wirfan Danish Bin Wan Daniz

"Syedaplah ayah masyak," puji Aureestella. Tersenyum lebar Wirfan dibuatnya. Mawar disebelahnya hanya menggelengkan kepalanya. Kan comel senyum macam tu. Ni muka ketat je

"Nanti ayah masak lagi okay?" Laju Aureestella mengangguk. Aureestella sambung menyuap mee itu kedalam mulut.

"Abang, nanti tolong basuh pinggan tau. Setakat masak je buat apa," bisik Mawar lalu bangun untuk membasuh tangan. Ternganga Wirfan dibuatnya. Baru dia ingat nak layan bola malam ni dah kena basuh pinggan.

**
Jam menunjukkan pukul 4 pagi dan Mawar masih tidak boleh tidur. Entahlah nak kata dah tidur siang, siang diorang keluar. Nak kata minum kopi, dalam rumah takde kopi. Maklumlah suami tak minat. Dia dah buat macam macam nak bagi tidur tapi tak boleh. Perut pula buat hal, berbunyi memanjang.

Entah kenapa tiba tiba idea jahat muncul dalam kepala otak si Mawar tu. Dia bangun dari baringnya lalu melangkah menuju ke meja solek. Laci dibuka dan alat mekap dibawa keluar. Dia kembali berjalan kearah katil.

Dengan perlahan lahan dia meletakkan blusher dipipi suaminya lalu eyeshadow dimata lelaki itu. Lipstick turut diletakkan dibibir Wirfan. Tersenyum lebar Mawar melihat hasil itu. Cantik

Sekali lagi perutnya berbunyi minta diisi. Senyuman sinis terbit dibibir Mawar sebelum dia mengejutkan suaminya. "Abang.." tangan membelai dada Wirfan. Tiada sahutan. "Suami kesayangan Airis Mawardah ni bangunlah.." kejutnya lagi

Masih tiada tanda hendak bangun. "Oii abang. War kejut tu bangunlah," kejutnya tapi kalini suara naik seoktaf. Wirfan mengosok matanya sebelum perlahan lahan mencelikkan matanya.

"Hm," sahut Wirfan. Dah kenapa kejut aku pagi pagi buta macam ni? "Jom keluar abang. War laparlah," ajak Mawar bersungguh sungguh. "Lapar masaklah," mata dipejamkan kembali.

"Mana boleh. Nanti jiran tak boleh tidur nyenyak sebab masakan War bau harum semerbak," Wirfan menghela nafas sebelum membalas "tahan sikitlah, nak pagi dah ni," mata masih dipejam

"Dari semalam War tahan. Bolehlah abang,"  muka comelnya ditayang. Ingin memujuk. "Abang ngantuk nih."

"Bolehlah abang," sambil mengongcangkan tangan suaminya.  Wirfan bangun dari pembaringannya seraya mengarah "ye lah. Pergi pakai tudung,"  Tangan masih mengosok matanya.

Dengan terujanya Mawar bangun dari duduknya sebelum mencapai tudung lalu dipakai. Mereka melangkah menuju kebilik Aureestella lalu Wirfan mendukung anak angkatnya itu bawa menuju ke keretanya. Tidak mahu ganggu Aureestella tidur. Budak tu langsung tidak sedar.

"Nak makan mana?" Tanya Wirfan setelah berada didalam kereta. "Mana mana pun takpa," Wirfan mengangguk sekali. Satu restoran yang beroperasi 24 jam dituju.

Sesampai sahaja direstoran itu lalu Wirfan memarkirkan kenderaannya dihadapan restoran sebelum melangkah keluar dari kereta dan masuk kedalam. Aureestella yang masih mengantuk itu didukung oleh Wirfan yang juga sedang mengantuk

Mereka memilih meja lalu Wirfan melangkah kekaunter untuk memesan makanan. Pelayan kedai itu tidak perasan akan kehadiran Wirfan disitu. Dia sedang menyusun barang sambil membelakangi Wirfan

"Encik," segera pelayan itu menoleh kearah suara itu. Pelayan itu kemam bibir menahan tawa apabila seorang perempuan jadian menyapa pandangannya.

"En-encik nak order apa?" Tanya pelayan itu. Tersekat sekat dibuatnya kerana sedang menahan tawa yang ingin meletus. "Bagi nasi goreng tiga. Air pula, Milo tiga," pelayan itu mengangguk sambil menekan kekunci komputer didepannya

"Apa yang lawak sangat muka aku baru bangun tidur yang kau kemam bibir tahan gelak tu?" Tanya Wirfan seraya mengangkat kening kanannya. Tanpa menjawab, pelayan itu menghulurkan cermin kepada Wirfan. Teragak agak dia menghulur

"What the hell? Asal muka aku macam ni" terkejut Wirfan. "B-bukan encik yang buat?" Celah pelayan itu bertanya.

"Agak agaklah aku nak buat. Aku waras lagilah gila," mata Wirfan mengerling tajam kearah isterinya.

Wirfan melangkah mendekati Mawar. "Airis Mawardah Binti Ahmad!" Laju Mawar menoleh kearah suaminya apabila nama panjangnya diseru. "Yes abang?" Sahut Mawar lembut. Dia dapat agak kenapa suaminya panggilnya

"Jom balik," dia menarik tangan isterinya menuju kearah pintu keluar. Sempat dia batalkan pesanannya. Mukanya sudah mulai merah kerana malu












𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now