2

407 32 3
                                    

Wirfan baru selesai menunaikan solat subuh terus melangkah keluar rumah. Rumah Daniel dah macam hotel dah

Wirfan melangkah menuju ke rumahnya. Dia membuka kunci pintu rumahnya. Ya dia ada dua kunci

Dia melangkah masuk kedalam rumahnya itu. Niat dia kesini untuk mengambil barangnya yang tertinggal didalam biliknya

Mawar yang baru selesai pakai baju, sedang menyikat rambutnya didepan cermin bilik Wirfan. Tuala disangkut dileher sementara dia mahu menyidainya

Tengah fokus menyikat rambutnya tiba tiba pintu bilik Wirfan dibuka dari luar. Mawar menoleh kearah pintu tersebut. Tergamam Mawar melihat sosok Wirfan didepan pintu.  Laju Mawar mengambil tualanya yang berada dileher untuk menutup rambutnya

Wirfan yang terperasan Mawar tidak bertudung terus melarikan pandangannya kearah lain

'aduh macam mana aku boleh lupa perempuan ni tinggal sini,' ujar Wirfan dalam hati sambil mengaru belakang kepalanya.

"Ke-kenapa awak datang sini?" tanya Mawar setelah selesai mengemas lilitan tuala dikepalanya. "Rumah aku kan suka hatilah. Sorry aku taktau kau dekat dalam bilik ni," pinta Wirfan. Mawar mengangguk

"Jom, kata nak beli barang"ajak Mawar. Segan duduk berdua sebenarnya.

"Kau nak pakai tudung apa? Tudung semalam ke?" Lambat lambat Mawar mengangguk. Wirfan mengeluh kecil sebelum melangkah menuju ke satu bilik yang selang tiga dengan bilik Wirfan. 

Lalu Wirfan keluar dari bilik itu dengan sehelai tudung sarung. "Tudung sarung je aku ada," sambil menghulurkan tudung itu kepada Mawar.

"Tudung siapa ni?"

"Arwah mak aku," tiga patah itu saja yang keluar dari mulut Wirfan sebelum dia melangkah turun. Wirfan menunggu Mawar didepan rumahnya

10minit lepastu Mawar keluar. Mawar mengenakan t shirt lengan panjang bersama seluar track suit. "Sorry lambat," pinta Mawar sambil menunduk.

"Memang aku ditakdirkan untuk tunggu kau pun," Wirfan melangkah masuk kedalam kereta. Mawar turut masuk kedalam kereta juga. "Kenapa tak gerak lagi?" tanya Mawar apabila Wirfan masih tidak mulakan permanduan.

"Tunggu member aku," Mawar mengangguk faham.

Lepas 5 minit tunggu akhirnya Daniel tiba. Daniel membuka pintu Mawar membuatkan Mawar ingin melangkah keluar dari seat penumpang depan namun terbantut tatkala Wirfan bersuara "Masuk"

"Ta-tapi di-"

"Niel,duk belakang," arah Wirfan tegas. "Wokayy, " balas Daniel lalu melangkah masuk kedalam seat penumpang dibelakang.

Mereka meluncur pergi kekafe untuk sarapan pagi. Dalam kereta riuh suara Daniel sedang bernyanyi ada kadang kala Mawar ikut menyanyi tapi suaranya perlahan aje.

"Lemak manis,alah amboi amboi~"

"Santan,kelapa alah amboi amboi~"

"Kupandanglah manis,alah amboi amboi~"

"Anak siapa?~"

"Kau diam jap boleh tak? Sumbanglah kau nyanyi," Wirfan bersuara. Bising tahu tak. Daniel menjeling sahabatnya itu. Dia ni tak bagi orang sakit hati tak boleh ke?

Sesampai dikafe itu, Wirfan memarkirkan kenderaan lalu mereka menuju masuk kedalam kafe itu. Meja yang tidak berpenghuni dipilih. Daniel duduk bersebelahan dengan Wirfan dan berhadapan dengan Mawar.

Rancak Mawar dan Daniel berborak. Sama sama masuk air macam ni lah jadinya. Wirfan bermain dengan telefonnya sikit pun tidak menyampuk. Ada kadang kala matanya mengerling kearah mereka

Ada yang retak tapi bukan kaca.

Sedang sibuk dua mangkuk itu berbual, pelayan muncul menghantar pesanan mereka tadi. Masing masing memesan roti bakar.

Kalau ikutkan hati Mawar tidak mahu memesan apa apa tapi Daniel memaksanya jadi dia akur.

Selesai makan mereka meluncur ke shopping mall untuk membeli barang keperluan Mawar. Kalau diikutkan, Wirfan yang mahu belanja Mawar tapi Daniel sibuk ingin keluarkan duitnya jadi Daniel lah yang belanja Mawar. Wirfan jalan dibelakang mereka sambil bermain dengan telefonnya.

Tak habis habis main telefon, rosak mata baru tahu.

Tetapi dalam sibuk Wirfan bermain dengan telefonnya, sebenarnya dia tengah lindungi Mawar. Dia perasan ada lelaki yang tengah perhatikan Mawar sekarang. Laju Wirfan mendekati Mawar apabila perasan lelaki itu ingin melangkah kearah Mawar.

"Awak kenapa?" tanya Mawar pelik. Tiba tiba datang sebelah orang. Wirfan mendiamkan diri. Sekali sekala dia mengerling kebelakang untuk memastikan lelaki misteri itu sudah tidak ada. Yess dia sudah hilang

"Dah wee jom balik," ajak Daniel. Wirfan mengangguk. Selesai bayar mereka menuju ke kereta

"Err awak, sa-saya nak pergi tan-tandas lah," beritahu Mawar sekat sekat. "Menyusahkanlah. Jom," balas Wirfan. Daniel yang mendengar itu hanya menggelengkan kepalanya. Dengan perempuan pun nak cakap kasar.

"Ha?"

"Kau nak pergi ke taknak?" Tanya Wirfan yang sudah melangkah kedepan. Mawar mengejar langkah Wirfan. Sedang berjalan menuju ke tandas. Wirfan bersuara
"Nama panjang kau apa?"

"Airis Mawardah" balas Mawar mendatar. "Nama bapak kau?" Soal Wirfan lagi.

"Ahmad"

"Ahmad je?" Mawar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Aku panggil kau Wardah boleh?" Mawar mengangguk lagi. Berkerut dahi Wirfan. Dah kenapa minah ni tak bising macam tadi? Ouu aku kena cosplay jadi Daniel lah kut

Sampai sahaja depan tandas, Mawar berlari masuk ke tandas. Tak tahan. Wirfan hanya menunggu diluar.

5 minit menunggu akhirnya Mawar keluar. Dia jalan mendahului Wirfan yang sedang menunggu. Wirfan mengejar langkah Mawar

"Kau kenapa? Aku ada buat salah ke?" Mawar menggeleng. "Dahtu kenapa diam je" tanya Wirfan lagi. Lah tadi kau kata aku menyusahkan jadi kau diamlah. Taknaklah aku menyusahkan kau dengar suara aku.

"Saja," balas Mawar lalu melangkah masuk kedalam kereta milik Wirfan. Wirfan mengerutkan dahinya sebelum turut masuk kedalam kereta. Kereta itu meluncur meninggalkan shopping mall itu.

Suasana didalam kereta riuh dengan suara Daniel dan Mawar yang sedang berborak. Sekali lagi ada yang retak tapi bukan kaca.

Sedang fokus Wirfan memandu tiba tiba

Bang!

Bang!

Wirfan tengok belakang melalui cermin pandang belakang. "Shit!"carut Wirfan

"Kena-" belum sempat Mawar menghabiskan soalannya sudah dipotong "Tunduk kepala kau Wardah!"arah Wirfan tegas. Mawar akur sebelum menundukkan kepalanya.

Wirfan mencapai sesuatu didashboard nya . Dia mengambil dua. Satu diberikan kepada Daniel dan satu lagi dia pegang. Tingkap dibuka dan

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Enam das dilepaskan oleh Wirfan dan Daniel dan tepat tepat das itu terkena pada musuh dan kereta mereka.

Glock G19 itu disimpan semula kedalam dashboard. "Dah boleh angkat kepala," beritahu Wirfan.

"A-apa ja-"

"Takperlu tau," potong Wirfan. Wirfan memecut laju takut takut musuh mengikuti mereka dari belakang.

Sesampai dihadapan rumah Wirfan, Mawar melangkah masuk manakala dua lelaki tu masih didalam kereta.

"Sebenarnya apa jadi? Dah lama kita stop takkan ada musuh lagi?" tanya Daniel penuh curiga.

"Diorang nak Mawardah"










Next?

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now