22

220 9 2
                                    

"Awak merajuk dengan saya ke?" Tanya Mawar. Selalunya ada saja benda yang Daniel nak usiknya tapi sekarang takda pula. Daniel hanya membiarkan soalan itu berlalu seperti angin. Matanya tepat memandang jalan raya

"Awakk! Saya tanya nihh!!" masih tiada jawapan. "Takpalah orang tu dah tak sudi nak sembang dengan saya," ujar Mawar sayu. Daniel kemam bibir tahan ketawa. Seronok pula. Sebenarnya dia saja ja palau Mawar.

"Saya tanya ni, awak merajuk ke? Kalau ya saya nak pujuk dengan hadiah nih," ujar Mawar. "Hm," itu saja yang keluar dari bibir jejaka itu.

Mawar mencapai sesuatu ditempat duduk belakang sebelum menghulurkannya kepada Daniel. Laju Daniel mengambil lalu diletakkan diatas ribanya. "Ceh tadi kemain merajuk," sindir Mawar selamba.

"Eh biarlah kat aku. Dasar pendek," usik Daniel. Wajahnya menunjukkan yang dia tidak berperasaan padahal dalam hati dah gelak sepuasnya. "Ish lahh. Awak tu yang terlebih tinggi. Kecik kecik dulu telan pokok kelapa eh?"

"Biarlah telan apa pun janji tinggi. Tak pendek macam kau," Mawar menggengam penumbuk menahan marahnya. Menyesal dia pujuk. "Dahlah awak. Lebih lebih siapa nak layan."

"Dahtu kau layan siapa suruh?" makin kuat Mawar menggengam penumbuk hingga memutih kukunya. "Dah, diam!" arah Mawar. Tangan naik menyilang. Mata memandang luar.

10minit diatas jalan akhirnya sampai juga dirumah Wirfan. Mawar melangkah keluar tanpa memandang sedikit pun wajah kacak milik Daniel. "Byee pendek!" jerit Daniel.

"Eh diamlah!" jerit Mawar membalas.  Daniel menghamburkan ketawa terbahak bahak

Selepas saja Mawar dan Aureestella keluar, Daniel membuka hadiah yang diberikan oleh Mawar tadi. Jam tangan. "Cantik. Macam orang yang belikan tu," puji Daniel lalu dia menyimpan jam itu kembali kedalam kotaknya. Dia memandu masuk kedalam halaman rumahnya.

Baru saja ingin keluar dari kereta, tindakannya mendadak mati. Matanya terpandang tempat duduk belakang. "Lah minah ni pun. Yang kau pergi tinggal barang kau ni kenapa," bebel Daniel seorang diri seraya mengambil beg kertas itu. Kaki dibawa keluar dari kereta. Kaki berjalan menuju kerumah Wirfan

Sampai saja didepan rumah Wirfan, tangan naik hendak mengetuk pintu namun terhenti apabila terdengar kekecohan didalam. Dia melekapkan telinganya pada pintu. Ingin pasang telinga.

"Ella, pergi naik," arah Wirfan. Aureestella menurut arahan itu. Laju gadis kecil melangkah naik ketingkat atas.

Wirfan melangkah mendekati Mawar lalu kembali bersuara "seronok pergi menggatal?" sinis Wirfan bertanya "Menggatal apa pulak awak ni?" soal Mawar kembali.

"KAU JANGAN NAK BUAT BUAT BODOH LAH!" jerkah Wirfan membuatkan bahu Mawar terhinjut. Daniel yang berada disebalik pintu menggengam penumbuk kuat.

"Ta-tapi saya tak buat," nafi Mawar. Memang betul pun. Dia pergi beli barang je. "KAU MEMANG SUKA TIPU AKU KAN!" seraya mengangkat tangannya ingin menampar wajah isterinya.

Mawar memejamkan matanya. Lama juga dia memejamkan matanya sebelum dia kembali mencelikkan matanya. Tangan Wirfan langsung tidak mendarat diwajahnya. Dia memandang kearah tangan suaminya. Masih dalam keadaan yang sama cumanya sekarang Wirfan menggengam penumbuk. Wirfan kembali menjatuhkan tangannya

"Apa kau buat nih Ipan?" serentak mereka berdua menoleh kearah suara itu. "Apa jerkah perempuan macam tu?" Soal Daniel lagi. "Wirfan yang aku kenal bukan macam ni tau."

"Kau benci macam mana pun jangan jerkah perempuan, jangan maki hamun perempuan. Hati diorang bukan macam kita. Hati diorang tu selembut tisu. Kau.." Daniel memberhentikan ayatnya. Dia menghela nafas sebelum kembali bersuara "kau kalau taknak Mawar bagi balik dekat aku bukan seksa dia."

"Kalau aku taknak?" Selamba Wirfan membalas dengan senyuman sinis terukir dibibir. "Awak kejam Wirfan. Awak kejam." sampuk Mawar. "So?" Seraya menoleh kearah Mawar.

Mawar menarik nafas dalam lalu dilepaskan sebelum membalas "Saya nak awak ceraikan saya."

Tersentak Daniel mendengar balasan itu. Dia berpaling kearah Mawar. "Kalau aku taknak? Kau nak buat apa?" ujar Wirfan

"Saya bunuh diri," tanpa berfikir panjang Mawar membalas. "Bunuh je lah. Ada aku kisah?"

"WIRFAN!" jerit Daniel. Dia cukup cukup geram dengan jejaka itu. "Hm?" Balas Wirfan seraya mengangkat kening.

"Aku kecewa dengan kau, Wirfan Danish," ujar Daniel dalam keadaan betul betul kecewa. Dia tak mengaku Wirfan kawannya kalau begini.

"Ada aku kisah?" Seraya membawa langkah kebilik tidurnya. Dia meninggalkan dua manusia itu disitu.

Daniel jalan mendekati Mawar. "Kau okay Mawar?" Soal Daniel walaupun sudah tahu jawapan apa yang akan dia dapat.

"Sa-saya penat, Niel. Saya penat," ujar Mawar perlahan. Dia sungguh tiada tenaga sekarang. "Kau kena kuat, Mawar," pujuk Daniel bersungguh sungguh.

"Sa-saya rasa, saya pa-patut mati je," kata Mawar. Dia menggengam hujung baju lelaki disebelahnya itu meminjam kekuatan. "Jangan cakap macamtu, Mawar," tegas Daniel

Mawar jatuh terduduk dilantai. Kepala didongakkan supaya air mata yang mengalir tidak jatuh kelantai. "Allahuakbar. Aku tak kuat Ya Allah. Aku tak kuat. Cabut je lah nyawa aku Ya Allah. Aku dah tiada sesiapa dalam dunia nih," tangan naik meraup wajahnya.

Daniel disebelah hanya melihat. Kalau mereka dah sah dah lama Daniel menarik Mawar kedalam pelukannya. Status mereka menghalang tindakan itu terjadi. Daniel mencangkung disebelah gadis itu. "Mawar.." panggil Daniel. Tiada sahutan.

Tiba tiba tubuh Mawar jatuh keatas Daniel. Daniel mula panik. "Mawar! Bangun Mawar!" sambil menepuk nepuk pipi Mawar. "Weh Mawar," namun tiada sahutan. Daniel mengangkat tubuh kecil itu lalu berjalan laju menuju kerumahnya.







Plan nak buat story sedih tapi tak sedih pulak😔🙏🏻


𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now