27

260 8 3
                                    

Kehulur kehilir Mawar menunggu doktor keluar. Balik saja dari berlawan tadi, mereka terus ke hospital. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Baju mereka yang berlumuran darah dibiar begitu saja.

"Airis, macam mana dengan Harris?" Mawar menoleh kearah suara itu. Kelibat Puan Zahirah bersama suaminya, Encik Zafran menyapa pandangannya. Dia mengjoketkan bahunya membalas soalan daripada Puan Zahirah a.k.a ibu kandung kepada Harris Zayyat.

Puan Zahirah melabuhkan diri dikerusi menunggu. Diikuti oleh Encik Zafran.

Puan Zahirah meraup wajahnya menahan tangisan. Mawar masih kehulur kehilir. Dia tidak mahu kehilangan kawan baiknya. Cukup dia telah kehilangan ayahnya minggu lepas dan anaknya tadi.

Bunyi pintu dibuka membuatkan semua mata memandang kearah pintu wad itu. Ibu bapa kepada Harris laju bangun dari duduk mereka ingin mendengar jawapan. "Macam mana dengan kawan baik saya, doktor?" Tanya Mawar. Dibelakang gadis itu berdirinya Puan Zahirah dan Encik Zafran. Daniel masih duduk dikerusi.

Doktor itu memejamkan matanya sebelum kembali dicelikkan. Dia menghela nafas lalu menggelengkan kepalanya  "Dia telah meninggal dunia kira kira satu jam lepas lagi. Kami dah cuba tapi apakan daya, kami tidak sehebat kuasa-Nya. Allah dah takdirkan dia tinggalkan kita harini." Mawar jatuh terduduk dilantai. Kawan baiknya.. telah meninggalkannya

Daniel hanya diam. Air mata yang mengalir dibiar. Dia sudah tahu sedari tadi lagi yang Harris meninggal tapi tidak kuat untuk memberitahu kebenarannya kepada Mawar.

Puan Zahirah mengusap dada. Terkejut. Anak tunggal mereka telah tiada. Dia melentokkan kepalanya didada suaminya. Encik Zafran cuba memujuk. Bohong kalau dia tidak sedih dengan berita ini tapi dia harus kuat demi isterinya.

Daniel bangun dari duduknya lalu melangkah menuju kearah Mawar yang masih duduk dilantai.

"Mawar," panggil Daniel. Mawar menggeleng dalam tangisan. "Dia mati sebab saya, Niel. Dia korbankan nyawa dia untuk saya. Kenapa Allah ambik orang yang saya sayang pada waktu yang hampir sama. Saya tak kuat. Ya Allah," mengadu Mawar kepada Daniel.

"Allah pernah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 286

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

Maksudnya: Allah tidak akan membebani seseorang diluar kemampuannya."

"Allah uji tanda kita kuat. Allah uji tanda Allah sayang. Allah uji sebab nak kita mengadu pada-Nya. Lagipun semua benda atas muka bumi ni milik Allah. Allah berhak ambik balik. Kita sekadar meminjam. Kalau tuannya nak balik kita kena bagi. Macam tu jugak sekarang, Allah dah pinjamkan dekat kita jadi kalau Allah nak ambik balik kita biarkan je. Jangan meratapi pemergian arwah. Tak baik," sambung Daniel lagi. Mawar sekadar mendengar.

"Erm siapa Airis?" Mawar angkat kepala memandang doktor yang memanggilnya.

"Sa-saya, doktor," sahut Mawar seraya bangun dari duduknya. Doktor itu tersenyum nipis sebelum menghulurkan sepucuk surat. "Saya jumpa surat ni dalam poket seluar arwah."

Perlahan lahan Mawar menyambut huluran tersebut. Dia melabuhkan diri dikerusi menunggu lalu membuka surat itu. Daniel berada disebelahnya.

Dear my lovely friend, Airis Mawardah,

Assalamualaikum Airis. Kau baca ni waktu aku dah takde kan? Aku minta maaf sebab tinggalkan kau dulu. Jangan meratapi pemergian aku tau. Terima kasih sudi jadi kawan baik aku dari kita kecik lagi. Terima kasih sudi terima segala kekurangan diri aku. Lepas ni aku dah takde disamping kau untuk ingatkan kau pasal makan, jadi kau janganlah lupa. Jaga kesihatan elok elok. And.. jadi isteri yang terbaik untuk suami kau. Tahniah Puan Airis sebab dah jadi isteri orang. Aku minta halalkan segala makan minum yang kau pernah bagi dekat aku dulu, halalkan segala tunjuk ajar kau dekat aku. Aku nak kau tau, aku sayang kau sangat sangat. Macam aku cakap dulu, aku rela korbankan nyawa aku untuk kau. Aku dah buat benda tu, kan?Airis, aku bahagia dengan kau walaupun hanya sebagai kawan baik. Aku tak mampu untuk halalkan kau. Impian aku tak tercapai tapi takpalah, Allah dah tentukan jodoh aku dekat syurga, insya Allah. Jangan lupakan aku tau. Lagi sekali, Aku sayang kau, Airis Mawardah Binti Ahmad.

Byee. Jaga diri. Ada rezeki kita jumpa dekat syurga.

-Your handsome bestfriend

Mawar meraup wajahnya. Habis basah mukanya. Puan Zahirah yang entah bila duduk ditepi Mawar, menepuk bahu gadis itu. Perlahan lahan Daniel mengambil surat itu dari tangan Mawar lalu dibaca.

Seminit lepas tu Mawar bersuara. Kepala dipalingkan menghadap Daniel "Dia tau yang dia akan mati sebab saya," ujar Mawar. Daniel tersenyum nipis, tidak tahu ingin membalas apa.

Mawar bangun lalu menuju keluar dari hospital itu. Surat tadi sempat diambil balik. Dia menaikki kudanya lalu menuju kerumah arwah ayahnya. Hendak mandi.

**
Mawar melihat dirinya didepan cermin. Banyak kesan luka tapi tidak teruk. Dia mencapai tudung lalu dipakai. Dia melangkah keluar. Sempat kunci keretanya diambil. Dia pandu menuju kehospital semula. Tadi dia balik untuk mandi dan tunaikan kewajiban saja.

Sekarang jarum jam berada pada angka 7. Mereka ingin mengebumikan arwah pada pagi ini. Puan Zahirah kata dia tidak mahu melambatkan pengebumian.

Sesampai saja dihospital, Puan Zahirah menariknya untuk naik van jenazah sekali. Dia akur.

Hampir lima belas minit perjalanan, sampai juga ditanah perkuburan. Mereka keluar dari van itu.

Mawar hanya berjalan disebelah Puan Zahirah. Mereka berjalan dibelakang orang yang mengangkat keranda. Sewaktu pengebumian, air mata Mawar sentiasa jatuh. Dia rindukan lelaki itu. Sungguh,air matanya terlalu murah.

Selesai saja pengebumian dan bacaan Yassin, yang lain pulang kecuali Mawar. Puan Zahirah sudah mengajaknya balik tetapi dia tidak mahu.

Hujan sudah membasahi bumi. Daniel pandang Mawar dari jarak jauh. Gadis itu betul betul penat dengan ujian yang ditimpa. Dia mendekati Mawar. Payung yang dipegangannya itu digunakan untuk menutup tubuh Mawar dari terkena air hujan. Mawar mengangkat kepalanya ingin melihat sosok yang memayungkannya itu

"Jom balik. Dia mesti tak suka tengok kau macam ni. Kan dia dah kata jangan meratapi pemergian dia. So, jom kita balik eh,"pujuk Daniel. Mawar sekadar mendengar. Perlahan lahan dia bangun.

"Eh awak payungkan saya, dah tu awak kena hujan. Mana aci," ujar Mawar setelah perasan yang Daniel hanya memayungkannya. Daniel menutup payung itu. "Dah kenapa tutup?" Soal Mawar

"Dah nak aci kena sama sama mandi hujan lah," balas Daniel selamba. "Masalahnya saya pakai baju putih," ujar Mawar lagi.

"Dahtu yang kau duduk dekat kubur tu taknak balik. Bukan sama je ke?" bebel Daniel lalu membuka jaket kulit yang dia pakai itu sebelum diletakkan atas tubuh Mawar.

Mawar tersenyum kecil. Lalu mereka masuk kedalam kereta milik Daniel. Laju Daniel meluncur pergi. Sempat Mawar melambai kearah kubur Harris.












Boring kan?..

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now