11

213 18 4
                                    

Subuh menjemput. Wirfan bangun dari tidurnya lalu melangkah ketandas. Hampir setengah jam Wirfan berada didalam tandas. Entah apa yang dibuatnya. Dia keluar dari tandas. Baju dan seluar disarungkan sebelum dia mengejutkan isterinya yang sedang tidur

"Cornflake, bangun sayang," kejut Wirfan perlahan lahan. Isterinya masih tidur. Tiada tanda tanda hendak bangun. "Sayang," kejut Wirfan lagi namun kalini disertakan dengan menggerakkan sedikit badan Mawar.

Tidak terjaga juga.

"Wardah wake up," tidak bangun juga. Dah mampus ke?

"Uii, bangun subuh uii," kelihatan Mawar mengeliat. Alhamdulillah dah bangun.

"5 minit bang, 5 minit," ujar Mawar sambil menunjukkan lima jarinya. "5 minit otak sayang lah, dah cukup 5 minit tau dari abang start kejut sayang tadi," balas Wirfan sambil mencekak pinggang. Minah ni kan.

"Kalau macam tu, 10 minit abang,"Mawar memusingkan badannya membelakangi suaminya. "Airis Mawardah Binti Ahmad, bangun subuh!" kejut Wirfan dengan nada naik seoktaf.

"Like I said before, 10 minit. Belum cukup 10 minit lagi kan," Wirfan mengetap rahangnya kuat. Memang menguji kesabaran aku lah dia ni.

Wirfan yang dah hilang sabar mula mendukung tubuh isterinya lalu dibawakan kedalam tandas. Dia meletakkan isterinya kedalam bath tub yang berisikan air sejuk.

"Abang!!!" jerit Mawar kesejukkan. Satu tangan memegang lengan baju suaminya dan sebelah lagi menutup dadanya yang terdedah akibat bajunya yang basah itu.

"Abang dah guna cara lembut tau tadi," Wirfan bersuara. "Ish dahlah, pergilah keluar. War nak mandi," dia menolak kuat tubuh Wirfan hingga tergerak sedikit kebelakang.

"Kalau abang taknak?" senyuman nakal terukir dibibir Wirfan.

"Kalau abang taknak War merajuk dengan abang setahun," ugut Mawar. Wirfan menjeling isterinya. Tau tau je dia takut perkara itu terjadi.

Wirfan melangkah keluar dari bilik air. Dia melabuhkan diri diatas katil. Telefon dicapai

Ada missed call dari seseorang. Dia mendail balik nombor tersebut

"Assalamualaikum, ya maksu? Kenapa call Irfan tadi?" tanya Wirfan kepada orang di dalam telefon itu.

"Maksu lupa nak jemput hang, minggu depan Malik dah kahwin. Hang tau kan dia tunang haritu? Maksu nak jemput hang wakilkan keluarga arwah abang maksu, Wan Daniz. Bolehkan?" beritahu panjang lebar pemanggil itu.

"Ouh of course lah boleh. Malik tu sepupu kesayangan Irfan kut. InsyaAllah petang ni Irfan sampai," balas Wirfan.

"Alhamdulillah. Okaylah itu ja maksu nak habaq. Nanti mai nah. Assalamualaikum," lantas itu pemanggil itu meletakkan panggilan mereka.

"Sapa tu bang?" tanya Mawar yang baru keluar dari tandas. "Ouh ni maksu abang. Dia ajak kita balik sana. Anak dia kahwin minggu depan," dia maju kearah isterinya. Mawar mengganguk faham.

"Jom lah solat. Dah lambat ni," Mawar menyarungkan telekungnya lalu mereka menunaikan solat subuh bersama sama.

**
"Abang oo abang?" panggil Mawar. Dari tadi cari tak jumpa jumpa. Mana dia nih. Kata nak balik kampung. War dah siap dah ni.

"Aba-" terhenti Mawar apabila mendengar ada seseorang menjerit. "Sayang! Tolong abang sayang! Ada benda kejar abang," jerit Wirfan sambil berlari kearah Mawar.

Setelah hampir dengan Mawar dia bersembunyi dibelakang Mawar. Berkerut dahi Mawar apabila melihat ditempat yang suaminya muncul tadi tiada apa apa.

"Benda apa yang kejar abang tu? "tanya Mawar. "Tuhh tengok tu. Benda hitam tu kejar abang," sambil menunjuk kesuatu arah.

"Mana abang nih?" Mawar pusing menghadap suaminya. "Tuhh. Halaulah dia," Wirfan menggoncangkan tubuh isterinya.

"Dia dah dekat, sayang," Mawar pusing menghadap tempat itu kembali.

"Meoww," hampir terhambur tawa dari bibir Mawar apabila 'benda hitam' yang mengejar suaminya itu adalah seekor kucing hitam. "Ya Allah abang, abang takut kucing ke? HAHAHA," terhambur jua tawa dari Mawar.

"Ishh halaulah dia," hampir menangis Wirfan dibuatnya. Mawar mengangkat kucing itu lalu mendukung ia.

Kucing itu dibawa kearah Wirfan.

"Sayang!! janganlah," perlahan lahan Wirfan mengundur. "Dia ni comel lah abang," balas Mawar selamba sambil membelai kucing ditangannya itu.

"Abang comel lagi. Dah lah halaulah dia keluar," rayu Wirfan. Mukanya jelas dengan riak ketakutan. "Kalau I taknak. Apa you nak buat?" Sengaja mengusik suaminya. Comel tau suami aku takut.

"Gelilah borak I you I you ni. Dah pergilah letak dia luar," rayu Wirfan bersungguh sungguh.

"Ala kesian suami saya ni. Takut kucing ya?" kening diangkat berkali kali. "Ishh abang nak merajuk lah macam ni. Letaklah dia jauh jauh"

"Merajuk lah. Sapa kisah,"Mawar masih membelai kucing itu. Siapa suruh tadi pagi campak aku dalam tub air sejuk kan. Padan muka

Ini balasanya.

Wirfan buat buat muka ingin menangis. "Alah okay okay War letak dia luar. Don't cry," Mawar membawa langkah keluar dan kucing itu diletakkan diatas jalan tar. Kucing itu berlari meninggalkan kawasan rumah itu. Mawar melangkah masuk semula.

"Dah jom abang. Kata nak balik kampung," ajak Mawar sambil mengambil beg tangannya lalu kaki dibawa kearah pintu utama rumah itu. "Aip yang,meh sini jap,"

Mawar akur.

"Kenapa abang?" Soal Mawar.

"Nah pakai," sambil menghulurkan satu plastik. Mawar menyambut huluran tersebut. Isinya dilihat. Ada handsock

"Pakai. Lengan tu aurat," Mawar tersenyum lebar sebelum membawa keluar sarung tangan itu dari plastik lalu dipakai.

Mawar memang memakai pakaian yang sopan dan tertutup cuma lengannya saja dibiar tanpa sarung tangan. Hanya ditutup dengan baju lengan panjangnya

Kaki sudah ditutup dengan stokin.

"Thanks bang care pasal aurat War," Wirfan tersenyum lebar mendengar balasan itu. Suka kerana isterinya tidak membantah

Mereka menuju ke kereta bersama. Duduk dilabuhkan diseat lalu kereta itu meluncur pergi kedestinasi mereka















Tak sangka ml story ni takut 'benda hitam' tu😔🙏🏻


Vote please 😘

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now