Bab 18 🎭🖤

1.1K 74 2
                                    

DING! DONG!

Ding! Dong!

"Sì! Per un po'!" Khayra selesaikan minumannya yang tersisa sebelum berjalan ke arah pintu dengan langkah tergesa-gesa. Siapa pulalah yang datang rumah ini? (Ya! Sekejap!)

Buka sahaja pintu, Khayra tergamam melihat wajah sembab Qaylisha berada dihadapannya. Mata Khayra turun melihat keadaan sahabatnya. Semuanya kelihatan baik-baik saja tetapi mengapa Qaylisha menangis?

"Lisha kau okay tak ini? Ya Allah! Manalah kau menghilang selama ini! Aku risau tahu!" Khayra terus menarik Qaylisha ke dalam pelukan. Risau pula Khayra dibuatnya apabila Qaylisha tidak merespon apa-apa. Tangan Qaylisha ditarik masuk ke dalam rumah sewanya.

"Aku nak balik Malaysia, Khayra. Aku dah tempah tiket. Kau boleh teman aku ke airport?" ujar Qaylisha tanpa mempedulikan soalan Khayra tadi.

"B-boleh. Flight kau pukul berapa?" soal Khayra lembut. Bahu Qaylisha diusap lembut mahu menenangkan wanita itu. Qaylisha lantas menyeka air matanya yang tiba-tiba gugur.

"Pukul satu nanti."

"Oh boleh! Kebetulan selepas itu aku ada kelas. Bolehlah sekali harung aku pergi kampus." Khayra senyum manis. Qaylisha hanya angguk kecil lalu menerobos masuk ke dalam biliknya.

Segala barang-barang yang dia bawa diambil lalu dibawa masuk ke dalam bagasi. Qaylisha mengemas barang-barangnya dengan perasaan gundah gulana. Fikirannya asyik terngiang-ngiang dengan apa yang dia lihat pagi tadi. Adam tidur dengan Alea. Dia tidak tahu mengapa susah untuk dia percaya. Kenapa awak sanggup buat semua ini pada saya Adam? Apa salah saya? Kenapa awak kecewakan saya lagi...

"Lisha?"

Qaylisha tersentak lalu menyeka kasar air matanya. Qaylisha pandang muka pintu. "Boleh aku masuk?"

"Masuklah Khayra, inikan rumah kau. Tak perlu minta izin aku," ujar Qaylisha perlahan dan sambung mengemas barang-barangnya. Khayra senyum tipis dan melabuhkan punggung di birai katil.

"Lisha... Aku bukan nak paksa kau tapi boleh tak kau berterus terang pada aku? Apa yang dah jadi sebenarnya? Minggu lepas aku ada ternampak video kau. Mamat Anderson yang aku cakap itu... Dia lamar kau dan kau terima?"

"Khayra..."

"Lisha please! Kali ini saja! Jangan berahsia dengan aku boleh?" Desak Khayra dan menahan tangan Qaylisha dari melipat baju. Qaylisha mengeluh kecil.

"Anderson itu sebenarnya... Bekas suami aku."

"What?! Dia mamat tak guna itu? A-And kau terima dia balik lepas apa yang dia buat dekat kau? Kau biar betul Lisha!" amuk Khayra. Matanya mencerlung ke arah Qaylisha yang membisu setelah dia mencantas.

"Aku tahu aku bodoh. Sebab itu aku dah menyesal sekarang. Aku nak balik Malaysia. Aku nak tinggalkan tempat ini. Aku benci dia. Tolong Khayra... Jangan tanya apa-apa lagi pasal dia. Aku tak nak dengar!" Lihat akan Qaylisha begitu tekad, Khayra tutup saja mulutnya dan membiarkan Qaylisha mengemas barang-barangnya.

















QAYLISHA hanya diam di kerusi sambil menunggu kapal terbang tiba. Khayra mengambil tangan Qaylisha lalu diletakkan di atas pehanya. Tangan Qaylisha diusap lembut.

"Lisha... Walau apa pun yang kau lalui sekarang ini, kau kena ingat tau! Aku sentiasa ada dengan kau. Kau jangan risau tau? Jangan sedih-sedih... Nanti aku pun ikut sedih!" ujar Khayra manja dan memeluk lengan Qaylisha. Kepalanya diletakkan di atas bahu Qaylisha. Tak kisahlah dengan pandangan orang lain. Kawan perempuan kan memang rapat macam ini!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now