Bab 64 🎭🖤

455 49 2
                                    

SEMINGGU selepas Qaylisha keluar daripada hospital, keadaan Qaylisha kembali baik seperti sedia kala. Kalau tidak Adam yang menjaganya pasti Aysar akan menjaganya. Dan selepas peristiwa malam itu, dia dan Alea sudah tidak lagi bertegur.

Qaylisha dan Alea membuat hal mereka sendiri tanpa menyentuh satu sama lain. Cuma adalah beberapa kali Alea menjeling Qaylisha. Dan ada satu malam, Qaylisha memutuskan untuk meminta maaf kepada Alea. Qaylisha sendiri sedar akan kesilapannya yang terlanjur kata. Namun, Alea hanya diam dan pergi tanpa sepatah kata.

Selepas menunaikan solat dhuha bersama Adam, Qaylisha turun ke tingkat bawah kerana ingin bermain dengan Aysar. Qaylisha merapati Aysar yang sedang baring di atas sofa. Jarang-jarang Aysar akan baring di situ.

Membulat mata Qaylisha melihat wajah pucat Aysar. Dia terus melutut di tepi katil dan meletakkan tangan di dahi dan juga leher Aysar.

"Ya Allah! Panasnya!"

Qaylisha terus mendukung tubuh Aysar lalu Qaylisha melangkah ke bilik Alea. Pintu bilik Alea diketuk beberapa kali.

Dan selepas empat lima kali, barulah Alea membuka pintu dengan wajah tiada perasaan. "Kau nak apa hah?"

"Alea! Aysar demam ini! Tak akan kau tak tengok anak kau?" marah Qaylisha sambil mendukung Aysar. Alea menjongketkan sebelah keningnya dan memeluk tubuh.

"So? Kalau dia demam pun kau nak aku buat apa? Aku bukannya doktor."

"Ini anak kaulah! Tak akan sikit pun kau tak risau pasal keadaan Aysar? Apa dosa dia pada kau hah sampai kau tak peduli pasal dia!"

"Hey! Kalau kau sayang sangat anak haram ini kaulah jaga dia! Aku penat, aku nak tidur! Jangan kacau aku!" Alea terus berundur beberapa tapak dan menghempas kuat pintu biliknya.

Qaylisha mendengus geram dan berjalan ke tangga mahu membawa Aysar naik ke biliknya. Tak sempat dia nak pijak tangga, dia bertembung dengan Adam.

Membulat mata Adam melihat Qaylisha mendukung Aysar. "Ya Allah! Ilya! Kenapa awak pergi dukung Aysar? Sini bagi dekat saya!"

Adam terus mengambil Aysar daripada Qaylisha. Tak senang duduk dia melihat isterinya mendukung Aysar yang boleh tahan berat itu. Takut dia jikalau terjadi apa-apa pula selepas ini!

"Kenapa ini?"

"Iman, Aysar demam. Saya dah beritahu pada Alea tapi Alea buat tak peduli. Tolong bawa dia ke bilik kita. Saya nak call Doktor Irfan. Kawan along," ujar Qaylisha dan Adam mengangguk laju. Mereka sama-sama mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik.

Adam terus meletakkan Aysar di atas katil dengan hati-hati. Qaylisha mencapai telefonnya dan menelfon Doktor Irfan.

Selepas memberitahu Doktor Irfan, Qaylisha bergegas mencari kain kecil lalu dibasahkan. Qaylisha memerah kain kecil itu lalu kain yang basah itu dilap dilengan, dileher dan akhirnya dia meletakkan kain basah itu di atas dahi Aysar.

"Dahlah awak... Jangan risau sangat okay? Nanti kawan along datang, tahulah dia nak periksa," pujuk Adam lembut sambil mengusap lengan Qaylisha. Mereka sama-sama melabuhkan punggung di birai katil sambil memerhati Aysar.

Tiba-tiba kelopak mata Aysar terbuka. "Mi... Di..."

"Sayang! Aysar okay tak sayang? Sejuk?" soal Qaylisha bertubi-tubi.

"Juk..."

"Come! Mummy give you a warm hug okay?" Qaylisha terus baringkan tubuh di atas katil dan memeluk tubuh kecil Aysar agar anak kecil dapat mencuri kehangatan tubuhnya.

Barulah Aysar berasa sedikit hangat. Selimut saja tidak cukup untuk menghangatkan tubuhnya.

"Poor my baby..." lirih Qaylisha lalu mengucup dahi Aysar. Dia sudah sayang Aysar seperti anak sendiri. Aysar anak yang baik. Bagaimanalah dia tidak jatuh sayang pada anak kecil itu?


























Anderson's Temptation Where stories live. Discover now