QAYLISHA spontan bangkit dari tertidur selepas menerima mimpi yang amat mengerikan. Dia mimpi dia gugur sekali lagi! Qaylisha pantas meraba perutnya.
"Hey sayang?"
"Iman! B-baby! Baby kita okay kan? Saya tak gugur kan Iman?" soal Qaylisha panik. Tangan Adam digenggam erat dan digoyangkan sedikit, mendesak Adam menjawab soalannya.
"Hey sayang! Baby kita okay, jangan panik? Everything is fine," jawab Adam lembut dan mengucup dahi Qaylisha. Qaylisha menghela nafas lega.
Kini barulah wanita itu dapat bersandar dengan tenang. "Syukur, Alhamdullilah!"
"Ilya."
"Hm?"
"Kenapa boleh jadi sampai macam ini? Ada apa-apa yang jadi tanpa pengetahuan saya ke?" Adam memasang perangkap. Dia sudah tahu punca Qaylisha mengalami pendarahan kerana doktor sudah beritahunya tadi.
Kata doktor, ada hentakan yang agak kuat berlaku. Disebabkan itu, anak mereka hampir saja gugur kerana masih belum cukup kuat. Adam tidak dapat maafkan dirinya kalau terjadi apa-apa pada isteri dan anaknya.
"S-saya... Saya stress sikit. But it's okay! Nothing to worries. I'm good," ujar Qaylisha gugup dan tersenyum nipis. Adam turut mengukir senyum tipis. Tidak membantah apa-apa walaupun dia tahu Qaylisha menipu. Buat masa sekarang ini dia tidak mahu desak apa-apa kerana mungkin saja boleh mempengaruhi emosi Qaylisha.
Dalam keadaan begini, doktor sarankan jangan buat Qaylisha tertekan kerana boleh saja kandungan Qaylisha gugur akibat emosi yang tidak mudah untuk dikawal.
"Saya minta maaf kalau ada buat awak stress. And I'm sorry too about last night. Saya pula terikut emosi kan?" Adam tergelak hambar sedangkan Qaylisha tersenyum perit.
"It's okay, Iman. Everyone make a mistake. Asalkan baby kita selamat, I'm fine."
Adam mengangguk kecil tanda setuju. Dia mencapai tangan Qaylisha lalu digenggam erat. "Lepas ini saya tak nak awak stress-stress lagi okay? Kalau ada apa-apa, just share with me. Jangan biarkan awak tanggung semua sendiri. It's effect to our baby, my peony. Awak tak nak baby kita apa-apa kan?"
Qaylisha geleng bagai anak kecil.
"Sorry..."
"It's okay, my peony. Everyone make a mistake," balas Adam semula, mengaju kata-kata Qaylisha tadi. Dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.
"Oh! Tadi doktor ada bagi ini." Adam hulurkan sekeping gambar pada Qaylisha. Lambat-lambat Qaylisha menyambutnya.
Lama Qaylisha memerhati gambar ultrasound, sebelum bibirnya tersenyum lebar. Qaylisha memandang Adam dengan wajah tidak percaya.
"Ini anak kita?!"
"Ya my peony... Anak-anak kita."
"YANG kau pandai-pandai angkut budak ini sekali apasal?" soal Qayish garang dan menjeling Emir dan juga Aysar yang berada di atas riba Emir. Mereka sekarang ini dalam perjalanan mahu melawat Qaylisha.
Selepas saja selesai berjumpa dengan Alea tadi, mereka merancang ingin melawat Qaylisha kerana Qaylisha sudah dikatakan sedar cuma keadaannya masih lemah.
Emir mencebik. "Budak ini nak ikutlah. Dia cakap mummy tadi. Mummy dia Lisha lah kan? Dah kalau dia panggil mak kandung dia mama."
"Eh budak! Kau tak payah nak mengada-ngada panggil adik aku mummy! Kau bukan anak dia!" sembur Qayish lalu menerima tamparan kuat dari Emir. Dua jejaka tampan itu saling membalas jelingan.
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...