KEPALA Qaylisha terdongak untuk melihat seluruh bangunan yang begitu tinggi dan kelihatan gah dan mewah. Dulu dia hanya pernah sekali saja datang di sini. Kali ini dia jejak lagi kaki ke sini.
Pada mulanya dia tidak ingat di mana terletaknya Anderson Empire tetapi nasib baiklah dia berfikiran luas untuk mencari lokasi syarikat ini di Google. Serta merta wajah Adam juga muncul di skrin telefon dengan pakaian formal.
Qaylisha menghela nafas. "You can do this, Lisha!" Qaylisha memberi semangat pada diri sendiri dan tegakkan kembali kepalanya. Dalam pada masa yang sama, dia lihat Adam dan beberapa lagi pengawal peribadi termasuklah... Joshua.
Qaylisha menahan marahnya melihat sosok Joshua disebelah suaminya. Semua ini jelas mengatakan bahawa Joshua tahu tentang Adam selama ini! Dasar lelaki keparat!
Qaylisha terus berjalan mendekati sosok Adam yang sekarang ini ialah Nathaniel. Wanita itu berdiri tegak dihadapan Nathaniel membuatkan Nathaniel berdecit. Wanita ini lagi...
Membulat mata Joshua melihat Qaylisha dihadapannya. Dia tidak sangka Qaylisha sudah ada di sini.
"Move away, ma'am!"
"No! I want to speak with my husband!" Qaylisha bertegas kali ini. Anak mata merenung tajam anak mata gelap Nathaniel. Nathaniel menjongketkan sebelah keningnya setelah melihat keberanian wanita itu.
"Are you dreaming or something? I'm not your husband. Leave me alone, young lady," ujar Nathaniel dingin. Dia turut membalas renungan Qaylisha dengan lebih tajam. Suami? Dia rasa wanita ini tidak waras! Dia tidak pernah berkahwin!
Nathaniel mendekati Qaylisha dan menolak tubuh itu ke tepi agar memberikan laluan untuknya. Joshua gigit bibir dengan wajah penuh rasa serba salah. Serba salah kerana telah menipu Qaylisha. Tapi... Ini semua atas arahan!
Joshua tertunduk apabila matanya berlaga dengan mata Qaylisha. Qaylisha menahan sakit di hatinya melihat Joshua hanya diam. Dia tahu Joshua tahu kebenarannya tetapi lelaki itu pengecut dan memilih untuk diam!
"Nathaniel please... Let me explain first. Just listen to me! You just don't know what happened around you!" pekik Qaylisha kepada Nathaniel. Nak tak nak dia terpaksa memanggil jejaka itu Nathaniel walaupun dia tidak suka. Nama Nathaniel itu nama palsu!
Langkah Nathaniel kembali perlahan dan terhenti. Dia memusing sedikit kepalanya dan melihat Qaylisha daripada ekor mata.
"It's all lie Nathaniel! Everything around you is nothing but deception and lies! You've been lie by all of this! You're Muhammad Adam Al-Iman!" Tambah Qaylisha lagi membuatkan Nathaniel mengepal kuat tangannya. Rahang juga diketap.
Dia hidup dalam penipuan selama ini? Adakah wanita itu cuba beritahu yang daddy nya menipu selama ini?! Dasar wanita tidak sedar diri!
Nathaniel terus memusing tubuhnya dan mencengkam kuat lengan Qaylisha. Anak mata hazel Qaylisha direnung tajam bagaikan anak panah. "Shut you freaking mouth! You're just a stranger that need my attention right? I'm not a stupid guy who will believe your words! You're such an insane!"
Tersentak Qaylisha dengan kata-kata kasar Nathaniel. Dengan tanpa perasaan Nathaniel mencengkam kuat lengannya. Sekalipun Qaylisha mendesis sakit, Nathaniel tidak ambil peduli malah terus menyakiti Qaylisha.
"Attention seeker," bisik Nathaniel perlahan dan menolak Qaylisha sehingga wanita itu jatuh ke tanah. Membulat mata Joshua melihat perilakuan kasar Nathaniel terhadap Qaylisha. Dia tidak sangka Nathaniel boleh jadi kasar begitu sekali! Memanglah jejaka itu sudah tersedia dengan sikap kasar dan dingin tapi perlukah sampai menolak wanita yang mengandung?
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...