Bab 66 🎭🖤

861 69 19
                                    

QAYLISHA hanya merenung kosong lantai di hospital itu sementara Nadine dan Puan Natrah sedang ditenangkan oleh Emir dan Encik Nazrie. Puan Natrah yang paling kuat tangisnya dari tadi.

Buat sekian kalinya mutiara jernih itu jatuh. Qaylisha jatuhkan mata pada perutnya yang sudah terlihat sedikit. Terketar-ketar tangan Qaylisha mahu mengusap perutnya sendiri.

"Adik!" Sepasang kembar itu tiba entah dari mana dan sigap meluru ke arah Qaylisha yang sendirian tanpa sesiapa yang menenangkannya.

Qayish melutut dihadapan Qaylisha manakala Qalish berdiri disebelah Qaylisha. Sepasang kembar itu menjenguk wajah adik mereka yang sedari tadi hanya menunduk.

"Adik, be strong okay? We're here," ujar Qayish lembut dan tersenyum nipis pada Qaylisha. Qalish mengangguk kecil dan mengusap kepala Qaylisha.

"Boleh saya tahu siapa pewaris arwah Encik Adam?" Doktor tiba-tiba menyampuk mereka.

Qaylisha memejam rapat matanya usai mendengar perkataan arwah. Tangisan serta-merta penuh di kawasan itu.

"S-saya... Saya isteri dia," akui Qaylisha. Air mata diseka dan lambat-lambat Qaylisha bangkit dari kerusi. Dia mendekati doktor.

Qayish masih berada dalam dunia sendiri kerana kata-kata doktor tadi. Arwah?

"Ahli keluarga arwah boleh masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman. Boleh saya tahu pewaris arwah Puan Alea ada di sini juga ke?" Doktor mengajukan soalan sekali lagi dan disambut gelengan.

"Arwah Alea hanya ibu tunggal. Tak apa. Saya boleh wakilkan sebagai ahli keluarga. Boleh kan? A-Adam Aysar... Saya mak tiri dia. S-saya nak tengok dia juga boleh kan?" ujar Qaylisha terpotong-potong. Terketar-ketar bibir wanita itu saat mahu bicara.

"Boleh Puan. Silakan." Mereka semua langsung mengikut langkah doktor untuk melihat mayat Adam, Alea dan Aysar yang sudah dimandikan tadi.

Qalish berdiri disebelah adiknya dan menyamakan langkah mereka. "Adik pasti nak tengok mayat mereka? Kalau adik tak kuat adik tak perlu tengok. Biar kami saja."

"Adik nak tengok suami dan anak adik... Salah ke? Hanya untuk kali terakhir along..."

Qalish mengeluh kecil. Nak tak nak dia terpaksa akur dengan keputusan adiknya. Sampai di bilik mayat itu, Qalish setia berdiri disebelah adiknya untuk memastikan adiknya tidak apa-apa.

Qaylisha hanya menahan dirinya melihat tindak tanduk pekerja itu menarik peti mayat lalu menyelak kain yang menutupi tubuh arwah Adam.

Nadine memalingkan wajahnya dari melihat wajah pucat adiknya dan Emir langsung menarik Nadine masuk ke dalam pelukan. Tangisan Puan Natrah pecah lagi melihat mayat anaknya didepan mata.

Encik Nazrie sendiri tidak dapat menahan air matanya gugur melihat mayat anak tirinya yang begitu pucat. Fikirannya kembali kepada saat Adam dilahirkan. Dia orang pertama yang mendukung Adam. Dia yang mengazankan Adam. Dia yang menyaksikan bagaimana Adam dibesarkan dan hari ini... Dia melihat jasad Adam kaku.

"Ya Allah..." Tubuh Puan Natrah ingin rebah ke lantai tetapi Encik Nazrie sigap menyambutnya.

"Sabar Nat... Kita kena terima takdir Allah. Adam bukan milik kita lagi," bisik Encik Nazrie lembut dan Puan Natrah geleng kepala. Kenapa? Kenapa Adam mesti pergi dahulu sebelumnya?

Qaylisha tunduk dan mengucup dahi Adam dengan lama. "Iman... Macam mana saya nak hidup tanpa awak lepas ini? Saya seorang diri nanti. Tiada siapa temankan saya. Awak pergi... Aysar pun pergi tinggalkan saya. Kau orang berdua tak sayangkan saya ke?"

"Iman... Jawablah saya. Saya nak dengar suara awak... Saya nak tengok senyuman awak," desak Qaylisha. Qayish memalingkan wajahnya dari melihat adegan itu. Fikiran Qayish terawang pada kejadian empat tahun yang lepas, di mana dia melihat jasad kaku isterinya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now