SELEPAS beberapa hari ditahan wad, Qaylisha akhirnya dibenarkan pulang. Alea berkerut dahi melihat kepulangan Qaylisha. Sudah dua tiga hari dia tidak lihat madunya itu. Tak akanlah dia tolak saja sudah masuk hospital dan ditahan berhari-hari?
Malas mahu ambil pusing, dia terus mengambil perhatian pada televisyen. Dia buat seperti Adam dan Qaylisha tidak wujud di situ.
Adam mendengus geram melihat perangai selamba Alea. Bukannya hendak minta maaf pada isterinya! Boleh pula tayang wajah tidak serba salah.
"Iman..." Qaylisha langsung menegur apabila melihat wajah bengis Adam. Saat mata mereka bertembung, Qaylisha menggeleng kecil dan mengusap lengan Adam.
Adam mengeluh kecil dan terus membantu Qaylisha berjalan. "Jomlah saya bawa awak masuk bilik."
"Mi!"
Langkah mereka terhenti apabila Aysar muncul dihadapan mereka. Alea turut menoleh melihat anaknya.
Qaylisha senyum tipis. "Hai sayang..."
Aysar senyum sebelum memimpin tangan Qaylisha. Dia juga ingin bantu Qaylisha naik ke tingkat atas!
Berbulu mata Alea melihat dua insan itu sibuk mahu menolong Qaylisha. Cuba kalau dia di tempat Qaylisha? Entah-entah Aysar pun tidak mahu menolongnya!
"Huh! Tolak sikit saja pun dah menggelupur macam patah riuk satu badan!" perli Alea tanpa memandang ke arah mereka bertiga. Adam, Qaylisha dan Aysar menoleh ke arah Alea sebelum mereka terus mendaki anak tangga tanpa pedulikan kata-kata Alea.
Alea berdecit dan memandang geram tiga sosok tubuh itu dari belakang. Boleh pula dia orang tak layan aku?!
Sampai di hadapan bilik, Adam membuka pintu dengan sebelah tangan lalu tangannya kembali diletakkan di atas bahu Qaylisha. "Come!"
Mereka sama-sama masuk ke dalam bilik dan meletakkan Qaylisha di birai katil. Qaylisha mengeluh kecil dan memandang dua wajah dihadapannya itu bersilih ganti.
"Lain kali tak perlulah buat sampai macam itu sekali. Saya okaylah. Bukannya baru lepas beranak sampai tak boleh jalan," ujar Qaylisha perlahan kerana serba salah dengan Alea. Pasti wanita itu terasa hati kerana tidak diperhatikan sama sekali.
Adam tunduk melihat Aysar manakala Aysar mendongak melihat Adam. Mereka memandang satu sama lain sebelum memandang wajah Qaylisha semula. Terkelip-kelip mata mereka membuatkan Qaylisha memicitkan kepalanya.
Haih anak beranak ini!
"What? I can't see any wrong here. Salah ke saya nak tolong isteri sendiri? Tak kan?" Adam bersuara lalu memeluk tubuh. Aysar mengangguk kecil, menyokong kata-kata daddy nya. Adam mengerling anaknya.
"See? Aysar pun sokong saya," ujar Adam selamba.
"Hish! Suka hati kau oranglah!" Qaylisha malas mahu berdebat lagi kerana Aysar sudah berpihak pada Adam.
Adam dan Aysar sama-sama tersengih menayang sebaris gigi mereka dan juga lesung pipit yang melekuk dalam.
SELEPAS beberapa hari Qaylisha keluar daripada hospital, Qaylisha mengajak Adam keluar bersama ke taman. Tidak lupa juga mereka membawa Aysar sekali kerana Alea sudah keluar dengan kawan-kawannya.
Namun pada mulanya, Adam enggan untuk memenuhi permintaan Qaylisha untuk keluar rumah. Dia takut terjadi apa-apa pada Qaylisha kerana wanita itu baru saja keluar hospital. Tak pasal-pasal nanti kalau terjadi apa-apa dia juga yang dipersalahkan.
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...