DIA tidak tahu mengapa tapi diam Qaylisha itu membuatkan dia tak tentu arah. Dia hanya perhati Qaylisha dari jauh. Kelihatan wanita itu sedang mengelamun di buaian. Patutkah dia dekati wanita itu?
"Isteri sendiri pun nak stalk ke? Pergi sajalah dekat dia," tegur satu suara membuatkan Nathaniel pusing tubuh kerana terkejut. Ciss! Ada pula orang perasan yang dia intip Qaylisha.
Nathaniel memandang tajam sosok yang sudah menegurnya. Emir menjongketkan sebelah keningnya dan memeluk tubuh.
"Ini rumah aku. Suka hati akulah. Sibuk saja," ujar Nathaniel dan menjeling Emir kerana tidak puas hati. Emir tayang wajah menjengkelkan. Budak ini hilang ingatan ke tak memang tetap akan jadi kerek dengan dia.
"Kenapa kau tak pergi dekat Lisha? Temanlah dia. Lagi pun Lisha nampak... Sedih. Ke kau yang buat dia sedih, hah? Baik kau mengaku sekarang!" Aura abang-abang mula keluar. Dia sudah bersedia nak melayangkan penumbuk pada pipi Nathaniel. Geram sangat dengan budak amnesia ini.
"Aku tak buat apa-apa! Dia yang tiba-tiba jadi macam itu, bukannya salah aku!" Nathaniel menafikan tuduhan Emir.
"Betul... Ke ni?"
"Betullah. Aku suami dia. Buat apa aku nak buat isteri aku sedih?" ujar Nathaniel dan tanpa sedar Emir tersenyum. Rasa bangga mendengar kata-kata Nathaniel. Walaupun adik iparnya ini hilang ingatan tapi rasa sayang pada Qaylisha itu tidak pernah hilang.
"Okay. Aku puas hati dengan jawapan kau. Pergilah dekat dia! Pujuk dia apa yang patut. Dia tengah sedih itu. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia," ujar Emir dan menepuk kecil bahu Nathaniel lalu pergi dari situ.
Nathaniel memandang polos pemergian Emir. Jejaka itu toleh pada tempat yang isteri dia duduk sebentar tadi. Namun, sosok Qaylisha nyatanya sudah tiada. Nathaniel tersentak dan mula mencari sosok Qaylisha di sekitar tempat ini.
"Ilyana..."
Selepas memastikan Qaylisha tiada di situ, Nathaniel pusing tubuh ingin mencari Qaylisha tetapi wanita itu sudah berdiri tegak dihadapannya membuatkan Nathaniel tersentak.
"Hoi! Terkejut aku!"
Terkebil-kebil Qaylisha melihat suaminya sedang mengurut dada sendiri.
"Awak stalk saya ke?" soal Qaylisha tanpa belak belok. Nathaniel melopong lalu pura-pura gelak.
"Aku? Stalk kau? Lambat lagi! Aku tengah pokok ini. Manalah tahu pembantu rumah belum siram lagi," tipu Nathaniel seraya membelek-belek daun pokok. Dahi Qaylisha berkerut.
"Tak akanlah dia orang nak siram pokok malam-malam? Mestilah dia orang dah siram pagi tadi," ujar Qaylisha polos membuatkan Nathaniel malu sendiri. Alasan kau memang tak masuk akal Nathan!
Jejaka itu ingin saja menyorok dalam pokok kerana malu apabila ditegur. Nathaniel usap tengkuknya. Harap-haraplah Qaylisha tak nampak pipinya yang sedang membahang.
Qaylisha geleng kepala dengan wajah pasrah. Wanita itu langsung angkat kaki berlalu pergi dari situ meninggalkan Nathaniel dan pokok-pokok di situ. Pergilah tilik semua pokok itu... Nak sangat tahu kan pembantu rumah dah siram pokok ke belum.
Dahan pokok diambil dan dia libas wajah sendiri menggunakan dahan pokok. "Damn it Nathaniel!"
NATHANIEL mempercepatkan langkahnya untuk menyaingi langkah Qaylisha. Usai berjaya berada di sebelah wanita itu, tangan Qaylisha digamit dan ditarik ke meja makan.
Qaylisha terkedu dan langsung bekukan dirinya. Enggan untuk mengikuti Nathaniel. "Saya tak nak makanlah. Awak sajalah sertai mereka."
Nathaniel geleng kepala lalu memeluk bahu Qaylisha dengan kemas agar wanita itu tidak dapat lari daripadanya. "Kita makan sama-sama. Anggaplah dinner ini untuk tebus lunch kita yang tak jadi hari itu."

YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...