Bab 79 🎭🖤

1.1K 90 6
                                    

TUAN NICHOLAS memandang kosong skrin television yang sedang menunjuk berita tentang kemalangan Nathaniel malam semalam. Tuan Nicholas ialah orang yang paling tenang apabila tahu tentang kemalangan Nathaniel. Tidak seperti orang lain yang begitu gelabah.

Tuan Nicholas silang kaki dan menyisip red wine yang telah dia minta daripada pembantu rumah. Bagi Tuan Nicholas, kemalangan Nathaniel tidaklah teruk mana. Bukannya mati pun. Hidup lagi anak muda itu.

BAMM!

Tuan Nicholas pejam mata sekejap apabila suasana yang tenang tadi dalam sekelip mata berubah kerana Joshua merempuh masuk ke dalam bilik kerjanya.  Tuan Nicholas merenung tajam Joshua yang tersedia merenung tajam ke arahnya.

"Di mana adab kau, Joshua?"

"Puas hati? Sukalah tuan bila dapat tahu Nathan kemalangan, bukan? Pasti tuan sedang senang hati sekarang ini!" marah Joshua.

Tuan Nicholas menjongketkan kedua-dua belah bahunya dengan wajah tiada perasan. Dia kembali menyisip red wine nya sehingga habis.

"Adakah semua ini rancangan tuan?" Tuduh Joshua kerana Joshua lihat Tuan Nicholas begitu tenang sekarang ini. Siap meneguk arak lagi. Jadi tak mustahil semua ini rancangan Tuan Nicholas.

Tuan Nicholas meletakkan gelas wine di atas meja dengan kasar. Mata merenung tajam wajah Joshua.

"Kau jangan nak tuduh aku. Kau tahu akibatnya kan?"

Joshua pejam mata dan buka mata kembali. Dua pasang mata yang mempunyai iris mata hijau itu merenung tajam satu sama lain.

"Saya tukar soalan saya kalau begitu. Kenapa tuan perlu berdendam dengan Nathaniel dan Puan Hailey? In your mind, you just keep repeating that was all Nathaniel and Madam Hailey's fault that cause Sir Nick death!"

"Here I would like to tell you! You're the one should be blame after all this while? When he needed you the most, where were you? When he lost because thinking of his ex wife, where were you? Are you there with him? No! No, daddy!"

Tuan Nicholas tersentak. Dalam seumur hidupnya. Dan kali ini... Pertama kali Joshua memanggilnya daddy walhal tiga puluh empat tahun mereka mengikat pertalian darah dan sekali pun Joshua tidak pernah memanggilnya daddy.

Joshua sendiri menahan sebak apabila dia menggelar Tuan Nicholas daddy buat kali pertamanya. Sebelum ini mereka tidak seperti bapa dan anak malahan seperti pekerja dan majikan.

"Y-you don't even know what he feels! You abandoned him right after he choose to marry with Aunty Hailey! Even he seeks for your forgiveness, you never show some mercy but kick him out! And know you appear and you say that you're going to get revenge for Uncle Nick? Bull shit!"

"You're not deserve to do anything but leave this place! Keluarga ini sudah jumpa kebahagiaan mereka tapi daddy yang hancurkannya!"

"Perbuatan daddy sebenarnya dah hancurkan harapan Uncle Nick! Hajat terakhir dia, dia nak tengok ahli keluarga dia bahagia aman damai. Bukannya kucar kacir macam ini! Daddy hancurkan semuanya!" Amuk Joshua setelah ditahan sekian lamanya.

"Jaga mulut kamu, Joshua! Hormat aku sebagai majikan kau! Kau lupa agaknya siapa yang besarkan kau selama ini."

Joshua senyum sinis. Dalam sekelip mata renungannya berubah dingin. "Joshua tak lupa tentang hal itu. Joshua tahu, Joshua dibesarkan dengan penuh 'kasih sayang' daripada Tuan Nicholas Hanz Anderson. Terima kasih Tuan Anderson. Terima kasih kerana telah besarkan saya dan beri saya peluang untuk melihat dunia ini."

"Disebabkan Tuan Anderson juga saya tahu, apa itu erti kekejaman. Saya tahu apa itu erti tiada hati perut. Saya tahu... Macam mana hidup tak ada bapa."

"Joshua Hanrey Anderson..."

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now