Bab 59 🎭🖤

795 62 0
                                    

TANGAN sang suami dikucup lembut lalu suami juga ikut membuat sedemikian dan mengucup dahi sang isteri. Mereka saling merenung mata satu sama lain dan tersenyum.

Pergaduhan mereka dua hari yang lepas sudah tidak diungkit lagi kerana Adam sangat handal dalam memujuk.

"Ilya... I'm sorry okay? Saya sedar salah saya sebab cemburu dengan Aysar. Yelah! Awak layan dia sampaikan tak ingat kewujudan saya," ujar Adam dan ikut melabuhkan punggung di birai katil. Adam cuba menarik Qaylisha agar menghadapnya tapi Qaylisha mengeraskan tubuhnya. Dia berkeras tidak mahu lihat wajah Adam.

"Saya minta maaf, my peony. Janganlah marah saya. Saya janji lepas ini saya minta maaf dengan Aysar pula! Okay? Pinky promise...?" Adam mahu mencuri pandang wajah Qaylisha tetapi Qaylisha terus memalingkan wajahnya.

"Betul ini? Awak janji awak tak buat lagi dah? Awak akan layan Aysar baik-baik? Macam anak awak sendiri?" Qaylisha bersuara tanpa menoleh ke arah Adam. Adam menggigit bibir. Bolehkah dia? Argh! Setuju sajalah! Asalkan Qaylisha tidak merajuk dan marah padanya.

"Ya saya janji! Saya akan layan Aysar baik-baik. D-dia kan... Anak kandung saya juga." Adam mengukir senyum palsu. Qaylisha langsung menoleh ke arah Adam. Senyuman diukir.

Mereka membuat pinky promise dan tersenyum pada satu sama lain. Adam tersenyum dengan hati yang terluka. Tubuh Qaylisha ditarik masuk ke dalam pelukan. Adam mengucup lembut tepi kepala Qaylisha. "Saya minta maaf lagi okay? Saya akan buang sikap tak matang saya tadi. Asalkan... Awak happy."

"Promise me you'll do anything to make happy?" Qaylisha menjarakkan wajah mereka. Masing-masing merenung satu sama lain. Adam senyum ikhlas dan mengangguk kecil.

"Of course. I don't need to promise you that. Sure I'll do anything for you. For your happiness. La tua felicità è la mia priorità," ujar Adam lembut dan mengenyitkan sebelah matanya. Qaylisha tergelak kecil. (Kebahagiaan awak adalah keutamaan saya.)

"Walaupun saya tak faham ayat last itu but I'm sure... It's a sweet word."

"Awak! Kek saya awak belikan?" soal Qaylisha lalu melepaskan telekungnya. Mereka sama-sama bangkit dari sejadah.

"Of course saya belikan. Ada di dalam peti. Awak bertuah tau sebab penjual itu kata kek awak itu adalah kek yang terakhir. Kalau tak... Memang botaklah kepala saya nak kena pusing satu KL sebab nak cari kek awak," bebel Adam seraya melipat sejadah yang telah digunakan oleh mereka. Setelah itu songkok turut dilepaskan dan diletakkan di atas meja solek.

"Okay... Saya pergi makan dulu ya?"

"Makanlah. Saya pergi tandas sekejap."

QAYLISHA mula menggeledah isi peti sejuk. Pagi tadi sebelum Adam pergi kerja, dia ada kirim moist chocolate cake dengan Adam. Cadangnya dia mahu makan lepas solat maghrib tapi sampai sudah dia tak nampak bayang moist chocolate cake dia. Adam letak dekat mana ini?

"Iman! Awak letak dekat mana kek itu? Tak ada pun dalam peti ini," adu Qaylisha pada Adam yang baru muncul.

Dahi Adam berkerut mendengar aduan isterinya. Tak ada? Bukankah dia letak dalam peti sejuk tadi? Adam mendekati isterinya dan turut mencari moist chocolate cake yang dibelinya tadi namun hampa. Kek itu tiada di dalam peti ais.

Adam menoleh memandang Qaylisha dan Qaylisha muncungkan bibirnya. Wajah wanita itu monyok. Dari semalam dia mengidam nak makan kek tup tup tak ada pula sekarang ini!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now