PERKARA yang sangat tidak disangkakan oleh Qaylisha ialah Nathaniel mengajaknya untuk berjalan-jalan di Rome. Kata Nathaniel, dia meminta Qaylisha untuk bawa ke tempat yang mereka pernah pergi.
Qaylisha rasa terharu kerana Nathaniel sendiri yang memberi keizinan untuk Qaylisha buat apa saja agar ingatannya kembali.
Di luar rumah agam, dia lihat Nathaniel sudah menunggunya sambil bersandar di kereta mewah jejaka itu. Nathaniel memeluk tubuh sambil memerhati Qaylisha dari jauh.
Qaylisha senyum tipis dan berjalan mendekati Nathaniel. Nathaniel rungkaikan pelukan ditubuhnya dan jauhkan tubuh dari kereta.
"You're late," tegur Nathaniel dengan wajah serius sambil memasukkan anak rambut Qaylisha yang sedikit terkeluar daripada anak tudung. Qaylisha sengih malu.
"Sorry..."
Nathaniel tidak bersuara lagi dan langsung masuk ke dalam kereta. Dia biarkan saja Qaylisha masuk ke dalam kereta dengan sendiri. Ada tangan kan? Pandai-pandailah buka pintu sendiri. Dia tak ada masa nak jadi lelaki sejati.
Qaylisha ikut masuk dalam kereta.
"Where are our destination?" soal Nathaniel sambil menghidupkan enjin kereta. Dibiarkan dulu enjin kereta panas. Jejaka itu menoleh ke arah isterinya.
"Trevi Fountain."
Nathaniel mengangguk kecil. Oh. Jadinya sebelum ini mereka pernah ke Trevi Fountain. Hmm... Selepas dia bangun dari koma, dia tidak pernah keluar berjalan-jalan sekali pun. Dia tak pernah tahu apa yang ada di dunia luar. Bagaimana erti kebebasan?
Kereta mewah itu sudah bergerak keluar daripada perkarangan rumah. Tuan Nicholas memandang tajam kereta Nathaniel yang keluar daripada perkarangan perkarangan. Tuan Nicholas memperhatikan semua itu daripada biliknya.
Penumbuk dikepal kuat bila diingatkan bahawa Nathaniel berkeras mahu keluar bersama Qaylisha hari ini. Padahal berkali-kali dia halang tetapi Nathaniel tetap dengan keputusannya. Disebabkan dia tidak mahu Nathaniel timbul rasa syak wasangka jadi dia akhirnya merelakan Nathaniel pergi.
"Maestro Anderson."
Tuan Nicholas menoleh sedikit kepalanya dan memandang Joshua melalui ekor mata.
"Did you need anything?" soal Joshua kerana Tuan Nicholas memanggilnya untuk menghadap lelaki paruh baya itu.
"Follow them."
NATHANIEL meneliti setiap sudut tempat itu dengan wajah polos. Kenapa dia rasa macam pernah pergi tempat ini? Tempat ini samar-samar menyapa fikirannya. Serta merta sepasang wajah manis-manis lalu di dalam fikirannya. Namun wajah itu hanya samar. Dia tidak pasti siapakah pemilik wajah itu.
"Hubby? Are you okay?" soal Qaylisha lembut lalu merangkul lengan Nathaniel. Nathaniel tersentak dan menoleh ke arah Qaylisha. Jejaka itu menggeleng kecil.
"I'm fine. B-betul ke kita pernah ke sini? Ada gambar?" soal Nathaniel mahukan bukti. Kut-kutlah Qaylisha menipunya. Tapi sebenarnya... Dia mahu melihat gambar lama mereka kerana dia yakin pasti ada secebis gambar mereka untuk dibuat kenangan.
Qaylisha senyum tipis lalu melepaskan rangkulannya daripada lengan Nathaniel. Dia menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon pintarnya.
Nathaniel dengan sabar menunggu sambil memerhati gerak geri Qaylisha. Jejaka itu menjeling skrin telefon Qaylisha. Kepochi.
Qaylisha langsung menunjukkan gambar mereka selepas dia menemuinya dari album khas yang dia buat untuk Nathaniel.
Mata mereka bertembung sesaat sebelum Nathaniel mengambil telefon daripada tangan Qaylisha. Matanya merenung skrin telefon Qaylisha dengan lama. Dia terkedu melihat gambar itu.
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...