Bab 71 🎭🖤

858 69 4
                                    

"M-MUMMY... Who is he?" soal Nadine mahu meminta kepastian. Nadine memandang Puan Natrah dengan linangan air mata. Dia rasa sebak melihat seorang lelaki yang menyerupai arwah daddy nya yang sudah empat tahun meninggalkannya.

Puan Natrah mengepal kuat tangannya bersama mata yang masih tidak lepas merenung Tuan Nicholas begitu juga dengan Tuan Nicholas.

"Answer her Hailey... Who am I?" Tuan Nicholas pula bersuara dan tersenyum misteri kepada Puan Natrah.

"He.... He's your uncle. Your daddy's twin. Nicholas," jawab Puan Natrah. Tuan Nicholas kekal dengan senyumannya.

"Apa? K-kenapa.... Kenapa Nadine tak pernah tahu selama ini? Kenapa mummy dan arwah daddy sorokkan tentang dia?" soal Nadine. Masih sedang proses apa yang sedang berlaku. Daddy nya ada kembar? Dia dan Adam ada bapa saudara? Huh! Mengarut!

Puan Natrah berdecit. Dahulu semasa dia masih bersama Nickhel, mereka memang sudah berpakat untuk tidak ceritakan tentang Nicholas kepada Nadine. Semuanya kerana Nicholas yang terlebih dahulu membuang Nickhel kerana tidak restui hubungan Nickhel dan Hailey, yakni sekarang ialah Natrah.

"Di mana kau sorok anak lelaki aku hah? Apa lagi kau mahukan?!" bentak Puan Natrah dan hanya menerima tawa sinis Tuan Nicholas.

"Bukankah ini semua adil? Kau juga pernah sorokkan Nathaniel daripada adik aku. Tidak salah kalau aku membalasnya kembali dengan mengambil Nathaniel daripada kamu semua untuk adik aku, bukan?" Tuan Nicholas melencong ke tempat lain tanpa menjawab soalan Puan Natrah. Puan Natrah mengepal kuat tangannya bersama mata yang berair.

"Kau ini dah melampau! Nick tak akan suka dengan perbuatan kau sekarang ini! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku hah sampai kau sanggup mengambil anak lelaki aku daripada isterinya!" bentak Puan Natrah lagi dan ingin meluru ke arah Tuan Nicholas tetapi Encik Nazrie pantas menghalang kerana pengawal peribadi yang lain sudah bersedia ingin melindungi majikan mereka.

Tuan Nicholas tersenyum mengejek apabila Puan Natrah tidak berjaya mendekatinya.

Setitis air mata Qaylisha menitis begitu sahaja. Dia tidak pedulikan pertelingkahan ini. Dia hanya mahukan suaminya semula. Di mana Adam? Tolong kembalikan suaminya!

"Aku cuma mahu lihat kau tersiksa selepas apa yang kau buat pada adik aku, 27 tahun yang lepas. Kau sanggup curangi lelaki yang lebih memilih kau berbanding abang kandungnya sendiri! Huh! Dari dulu lagi aku tahu kau bukan perempuan yang baik! Tetapi Nick tetap berkeras mahukan kau! Dasar perempuan murah!"

"Jaga mulut kau." Encik Nazrie bersuara perlahan namun mematikan. Dua lelaki paruh baya itu saling merenung satu sama lain.

"Ah! Inilah lelaki itu bukan? Lelaki penjilat... Lelaki yang menjijikan menjadikan isteri orang sebagai pilihan hati! Kau dan perempuan murah ini sama saja! Dua-dua telah menyakiti adik aku sampai dia mampus!"

"Berhenti menghina mummy Nadine!" Nadine bersuara. Bibir terketar-ketar menahan tangis mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Tuan Nicholas. Tuhan... Dia fikirkan semua ini sudah selesai. Tapi kenapa selepas empat tahun keluarganya kembali dilanda ombak?

Tuan Nicholas mengerling Nadine tanpa perasaan. Langsung tidak tercuit hatinya melihat wajah yang sedang menahan tangis itu. Dia tidak peduli kerana wanita ini juga sering menyakiti adiknya. Sering melawan dengan Nickhel! Anak derhaka!

"Tuan tak ada hak untuk menghina mummy Nadine! Tuan tak tahu apa yang berlaku di antara kami semua jadi diam sajalah! Jangan masuk campur urusan keluarga kami dah serahkan adik saya kembali! Mana Adam?!"

"Adam? Tct tct... Dia bukan lagi Adam. Adam sudah lama mati. Yang ada sekarang ini hanyalah Nathaniel Hadrey Anderson. Anak aku. Dia... Bukan lagi anak kau, Hailey," ujar Tuan Nicholas tanpa perasaan. Emir mengetap kuat rahangnya mendengar bicara Tuan Nicholas.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now