Bab 50 🎭🖤

912 49 2
                                    

MEREKA menggenggam tangan satu sama lain. Wajah ahli keluarga mereka semua dipandang satu persatu. Setelah sekian lama, kali ini kedua belah pihak keluarga berkumpul kembali. Semuanya di atas permintaan Adam dan Qaylisha.

Emir seperti tahu saja apa yang bakal sepasang suami isteri itu ungkapan jadi dia hanya beriak biasa sahaja. Berbeza dengan yang lain yang sangat nanti-nantikan berita yang ingin disampaikan oleh Adam dan Qaylisha.

"Ha! Kenapa ini minta kami berkumpul? Cakaplah cepat." Nadine bersuara. Wajah sepasang suami isteri itu dipandang dengan wajah polos. Puan Natrah mengangguk kecil. Sokong dengan anak perempuan sulungnya.

"Ya lah adik, Adam. Apa yang kau orang nak cakap?" Puan Elvira turut bersuara. Encik Qash, Encik Nazrie, Qalish dan juga Qayish hanya diam menanti dengan sabar. Qalish dan Qayish sama-sama memeluk tubuh dan menayang wajah kosong. Wajah tak mesra alam. Sekarang ini sudah keliru. Emir atau sepasang kembar ini yang polis?

"Ekhem!" Adam basahkan tekak dahulu dan menahan senyum. Mereka memandang satu sama lain lalu tersenyum.

"Lepas ini... Kami berdua akan jadi mummy dan daddy. Ilya... Mengandung," beritahu Adam dan disambut dengan senyuman lebar seluruh ahli keluarga kecuali Lima orang budak kecil di situ. Terkelip-kelip mata mereka melihat yang lain tersenyum. Ada apa-apa good news ke?

"Alhamdullilah!"

"Yeay! We will have a mini you!" ujar Nadine teruja. Dia tersenyum lebar kepada Adam.

"Ai! Mini abang ini tak cukup ke?" sampuk Emir dan menjeling Eiyad yang berada di atas pangkuan. Nadine tersengih sendiri. Alah suami dia ini! Itu pun nak cemburu!

"Alhamdullilah dah berapa minggu?" soal Mawar lembut. Dia tersenyum pada sepasang suami isteri. Dia juga tumpang bahagia mendengar berita baik itu. Dia adalah salah seorang saksi atas penderitaan Qaylisha selama ini. Bagaimana hati Qaylisha sedih kerana kandungannya gugur, dia saksikan segalanya.

"Dah nak masuk enam minggu Kak long." Qaylisha menjawab dengan nada lembut juga.

"Lepas ini makin meriah lah family kita. Ramai budak-budak!" Encik Nazrie bersuara dan memeluk bahu Puan Natrah. Mereka saling berbalas senyuman.

Qayish menyimpan senyum mendengar berita itu. Arshan yang berada di atas pangkuan diusap kepalanya dengan penuh rasa kasih sayang. Dia menunduk melihat wajah Arshan. Qayl Arshan. Anak inilah hartanya. Jiwa dan raganya. Qayl Arshan adalah harta peninggalan arwah isterinya.

"Papa... Ashan ngantuk..." rengek Arshan dan menyembamkan wajahnya di dada Qayish. Qayish mengeluh kecil. Inilah masalah yang dihidapinya. Oh tidak! Dihidapi Arshan. Anaknya itu sering terjaga. Tidak habis meracau nama mama sampaikan Qayish sendiri buntu mahu buat apa.

"Shhh... Tidurlah." Qayish menepuk lembut belakang tubuh Arshan. Tidak sempat Arshan ingin pejamkan mata, jeritan Nadine membuatkan suasana di ruang tamu berubah. Mereka semua memandang Nadine dengan wajah terkejut.

"Abang!"

"Oi ya! Kenapa?!" Emir ikut terjerit apabila Nadine mencengkam kuat kukunya. Sakit oi! Kuku isterinya itu hampir tembus ke dalam kulit.

"Abang! Sakit! Nadine rasa air ketumban dah pecah! Baby dah nak keluar ni abang!" jeritan Nadine memecahkan keheningan di ruang tamu itu. Suasana yang hening bertukar huru-hara usai mendengar perkataan air ketumban. Melopong yang lain.

"Alamak! Alamak! Habis itu abang kena buat apa ini? Rilek my Humaira! Breath in, breath out!"

"Argh! Tak ada masa lah nak tarik nafas apa semua itu! Sakit ini!"

"Ya Allah Emir! Pergilah bawa isteri kamu ke hospital! Dia dah nak beranak dah tu!" Puan Natrah bersuara dengan risau. Siapa saja tak risau tengok keadaan anak sendiri begitu? Yang Emir boleh pula membatu macam patung.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now