DALAM masa yang sekejap saja, demamnya sudah kebah. Hari ini juga dia sedang bersiap-siap untuk ke pejabat.
Qaylisha masuk ke dalam bilik bersama segelas susu di tangan. Nathaniel buat tak endah apabila Qaylisha mendekatinya. Dia terus membetulkan rambutnya di hadapan cermin.
"Nathaniel, here. I made you some drink," ujar Qaylisha dengan senyuman di bibir. Nathaniel menjeling gelas yang dibawa Qaylisha.
Gelas yang lut sinar itu membuatkan Nathaniel tahu air yang dibawa oleh Qaylisha adalah air susu. Nathaniel gelak sinis.
"I don't freaking drink a milk. I prefer coffee. A black coffee. I'm not a kid." Sambil betulkan tali leher depan cermin. Dia tak pandang lagi wajah Qaylisha yang sudah masam mencuka.
Ohh mamat ni... Hari itu masa demam mengada-ngada nak bermanja bagai! Bila dah sembuh pandang pun tak nak! Nasib baiklah Qaylisha ini insan yang sabar!
Selepas selesai tilik diri sendiri dan merasa penampilannya sudah sempurna. Nathaniel melangkah ingin keluar dari bilik.
Namun langkahnya terhenti apabila Qaylisha bersuara. "Tapi Iman selalu minum susu waktu pagi."
Iman lagi...
Nathaniel mendengus geram dan pusing tubuh, memandang Qaylisha. Sorotan mata jejaka itu tajam bak bilah pedang.
"Just who is freaking Iman? I don't know him. I'm Nathaniel Anderson. I'm not your 'Iman'."
"Yes you are," bidas Qaylisha berani. Dia membalas renungan Nathaniel dengan penuh percaya diri.
"Iman always drink the milk I made for him. So you must drink it too. Or I'll be mad," ujar Qaylisha dengan ugutan. Dan... Pakej air mata sekali. Dia yang ugut, dia yang nak menangis.
Yalah... Hati perasaan ibu mengandung ini jangan dibuat main! Sensitif semacam! Kena reject air yang dia buat pun rasa nak nangis.
Nathaniel mengeluh kecil saat melihat linangan air mata Qaylisha. Mula dah ibu mengandung buat drama...
"Fine," ujar Nathaniel separa pasrah. Tak sampai hati tengok air mata Qaylisha. Tak apa, tak apa... Kali ini saja! Sekadar nak balas budi sebab Qaylisha bagi pinjam tubuh masa dia demam.
Nathaniel berjalan mendekati Qaylisha dan merampas lembut gelas di tangan wanita itu. Tak sempat dia nak meneguk susu itu, Qaylisha terlebih dahulu bersuara membuatkan tindakannya terbantut.
"Minum duduk."
Nathaniel ketap gigi. Dia jeling Qaylisha sebelum melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja solek. Namun, sekali lagi tindakan Nathaniel terbantut. Wajah Qaylisha dijeling sebelum satu idea muncul di fikirannya. Bibir ukir senyum sinis dalam diam.
Qaylisha menunggu Nathaniel menghabiskan susu di depan matanya tetapi tiba-tiba terasa tangannya ditarik dan dalam sekelip mata dia berada di atas riba Nathaniel. Terkebil-kebil Qaylisha pandang wajah Nathaniel.
Nathaniel meneguk susu dengan rakus tepat di depan mata Qaylisha. Mulut bekerja meneguk susu dan mata pula merenung wajah Qaylisha tanpa lepas. Mata Qaylisha turun melihat halkum Nathaniel yang tenggelam timbul kerana meneguk susu dengan rakus.
"Satisfies chubby mummy to be?" sinis Nathaniel selepas selesai menghabiskan segelas susu. Gelas kosong diletakkan di atas meja solek dan kedua belah tangannya memeluk pinggang Qaylisha.
Melopong Qaylisha apabila digelar chubby.
"Awak panggil saya chubby? Awak nak cakap saya gemuklah ini?!" Mata Qaylisha menyipit tajam. Ish! Sesuka hati je panggil dia chubby! Mana ada dia chubby!

YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...