LIMA TAHUN KEMUDIAN...
"Adeef! Adeena! Jangan pergi jauh-jauh!" pekik Adam apabila sepasang kembar itu mulai menjauh daripada mereka kerana mereka sedang saling mengejar. Yang si kecil pula, ikut saja kakak dan abangnya ke mana.
"Awak... Pergilah ambil Aysar itu. Aysar kan baru saja pandai berjalan, nanti jatuh karang," ujar Qaylisha pada Adam. Adam mengangguk kecil, mematuhi perintah permaisuri. Qaysar Iltizam. Anak ketiga mereka selepas Adeena Al-Insyirah dan Adeef Al-Imran.
Tapi, langkahnya mati apabila sepasang kembar sedang menghampiri mereka sambil berkejaran lagi. Adam geleng kepala sambil bercekak pinggang menunggu anak-anaknya.
Qaylisha senyum tipis melihat wajah pasrah Adam.
Adeena dan Adeef bergelak tawa sambil berkejaran. Dan mereka menghampiri daddy dan mummy mereka yang sedang menunggu.
"Hey! Kau orang berdua tinggal adik macam itu je ya dekat belakang!" ujar Adam dan berlari anak menghampiri Qaysar yang sudah ketinggalan jauh. Halah halah nak oi... Terkedek-kedek nak lari!
"Bahhh! Tangkap dia!" Adam menangkap tubuh kecil Qaysar dan melambungnya ke atas sekali. Qaysar gelak diperlakukan begitu. Seronok! Rasa macam superman bila daddy buat begitu!
Adam turut gelak melihat keseronokan Qaysar. Tubuh kecil itu didukung dan dia mengucup lembut pipi Qaysar. Terubat rindu pada arwah Aysar selepas melihat lesung pipit Qaysar. Begitu sama dengan Aysar.
"Di!"
Adam bungkam buat seketika. Terkebil-kebil dia lihat Qaysar sekarang ini. Tak sangka perkataan itu keluar daripada mulut Qaysar.
"Di..."
"Ay-Aysar cakap apa tadi? Daddy nak dengar semula!" pinta Adam. Adam mula tunjuk reaksi teruja selepas itu. Tak sabar mahu dengar Qaysar memanggilnya lagi.
Qaysar senyum lebar menunjukkan giginya yang masih belum tumbuh sepenuhnya. "Di!" Seakan-akan mengerti, Qaysar kembali memanggil Adam. Tak semena-mena air mata Adam menitis. Tubuh kecil Qaysar dipeluk erat.
Aysar...
Berkerut dahi Qaylisha melihat Adam dan Qaysar dari jauh. Kenapa Adam masih tak ke sini? Mereka sedang buat apa di situ sampai tak toleh kiri kanan?
Qaysar bersandar di atas bahu Adam dan menepuk perlahan belakang tubuhnya ayahnya bersama tangan tembamnya. Selepas beberapa minit baru Adam lepaskan pelukan dan mengucup pipi Qaysar.
"Pandainya anak daddy..."
"Daddy! Daddy!"
Anak teruna dan anak dara Adam sudah menyeru supaya Adam bergabung dengan mereka sekali. Tetapi Adam masih tidak berganjak membuatkan sepasang kembar itu spontan lari ke arah Adam dan Qaysar.
"Daddy!"
Adam tersentak apabila kaki dipeluk secara tiba-tiba. Bila Adam tunduk, Adeena dan Adeef sedang mendongak ke arahnya.
"Daddy paster lah! Mummy is waiting for you!" rengek Adeena manja. Adeef mengangguk laju, menyetujui kata-kata kakak kembarnya. Adam senyum kekok.
"Ok ok jom kita pergi dekat mummy," ujar Adam dan mengatur langkah ke arah Qaylisha. Adeef dan Adeena memimpin tangan dan jalan seraya melompat-lompat. Hyper active sangat kembar itu. Tak tahu ikut siapa...
Lain pula dengan Qaysar yang polos saja budaknya. Qaysar lebih mudah untuk dijaga berbanding Adeena dan Adeef yang sudah berumur lima tahun.
Adam dan Qaylisha saling berbalas senyuman saat Adam sudah menghampiri Qaylisha.
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...