Bab 65 🎭🖤

935 61 15
                                    

ADAM rasa kepalanya hendak pecah melayan kerenah Alea. Dari tadi wanita itu tidak berhenti memilih baju. Dah ambil, letak semula. Dah ambil letak semula. Berterusan begitu sampailah sekarang!

"Nathan, you rasa red or black yang cantik?" soal Alea seraya menunjuk dua dress yang lebih kurang sama rekaannya. Adam menjeling dua dress itu.

"Dua-dua tak."

"Oh my god! Please lah... Choose either one!"

"Eh perempuan. Kau sedar tak kau tu mak orang? Pakaian yang mencolok mata ini tak sesuai dengan kau. Kau nak biarkan lelaki tengok aurat-aurat kau?" sinis Adam. Alea mengukir senyuman lebar lalu memeluk lengan Adam.

Adam berdecit. "Why? You jealous ke lelaki lain tengok I?" usik Alea namun menerima tawa sinis dari Adam.

"Tak ada masa lah aku nak cemburu. Tapi macam mana sekali pun kau itu isteri aku. Dosa kau itu aku yang tanggung. Tapi itulah... Kalau dah nasihat tapi kau sendiri yang tak nak dengar, kira tanggungjawab aku dah selesai lah kan? Tanggung lah kau dosa sendiri."

"Aku cakap sekali saja. Aku malas nak ulang."

Alea berdecit lalu memuncungkan bibir. Pelukan di lengan Adam dilepaskan.

"Tak kira! I ambil dua-dua terus!" Alea tetap berkeras dan Adam hanya menjongketkan bahunya. Lantak kaulah!

Mata Adam turun melihat Aysar yang sudah kepenatan kerana berdiri daripada tadi. Malah dia sendiri pun sudah penat. Kenapa perempuan suka bertapa berjam-jam dalam kedai ya?

"Penat ke?" soal Adam dengan nada biasa. Aysar dongak kepala melihat daddy nya lalu mengangguk kecil.

Mata Adam terus melilau mencari tempat duduk yang boleh mereka berehat sementara menunggu Alea. Namun hampa, di sini langsung tiada tempat duduk. Tempat je mahal, nak bagi kerusi pun kedekut.

Adam terus menunduk dan mendukung tubuh kecil Aysar. Adam menolak lembut kepala Aysar agar bersandar dibahunya. "Tidurlah."

Tangan Adam teragak-agak menepuk kecil belakang tubuh Aysar sekaligus mendodoi anak kecil itu supaya tidur.

Sambil mendodoi Aysar, Adam menjeling Alea yang masih mencari pakaian. Langsung tidak toleh kiri kanan wanita itu. Malah anak sendiri pun dia buat seperti tidak wujud. Adam geleng kepala bila menyaksikan semua itu. Bagaimanalah kehidupan Aysar sebelum ini? Adakah Alea menjaga Aysar dengan betul-betul? Atau main lepas tangan saja seperti sekarang ini?

"Weh! Weh! Kau tengok lelaki itu! Handsome nya dia!

"Tengok itu! Comelnya dia dodoi anak dia!"

"Muka dia macam mat Saleh lah! Budak itu pun sama!"

"Bukan macam! Tapi rasanya memang ya! Badan pun tinggi lampai!"

Adam memekakkan telinga mendengar bisikan-bisikan tentangnya. Dia rasa dia perlu keluar dari sini. Dia sangat tidak suka diperhatikan oleh orang.

Adam tunduk sikit kepalanya mahu melihat wajah Aysar. "Makan aiskrim nak?"  ajak Adam. Dan seperti biasa, wajah Aysar langsung bersinar mendengar perkataan aiskrim. Dia langsung mengangguk laju.

Adam terus pergi dari situ meninggalkan Alea tanpa memberitahu wanita itu. Pandai-pandailah Alea nak cari dia. Lagi pun dia sudah beri duit untuk Alea. Jadi tugasnya sudah selesai. Dia mahu keluar dari sini!

Adam dan Aysar sama-sama mencari kedai aiskrim. Dan selepas beberapa minit pusing di tingkat itu, mereka akhirnya jumpa satu kedai aiskrim.

Adam memesan aiskrim yang dia dan Aysar mahukan. Setelah itu mereka menikmati aiskrim itu tanpa pedulikan sekeliling.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now