Bab 34 🎭🖤

996 63 14
                                    

QAYLISHA sudah mula datang kerja kira-kira seminggu yang lepas. Semuanya mula beransur pulih walaupun lelaki pada malam itu masih belum berjaya ditangkap. Qaylisha faham tidak mudah untuk memburu lelaki itu, dia pun tidak memaksa Emir.

Qaylisha lirik jam di pergelangan tangan. Sudah pukul sembilan malam. Allah... Banyak sangat kerja bertimbun sejak dia tak masuk kerja ini itu yang dia leka buat kerja sampai tak ingat masa. Satu ofis pun sudah kosong. Hanya dia.

Segala barang di atas meja dikemas dan beg tangan disangkut di bahu. Qaylisha menutup lampu dan matikan penghawa dingin sebelum berjalan ke lif untuk turun ke lobi.

Qaylisha mula merasa tenang apabila keadaan di lobi masih lagi terang menderang. Namun ketakutan itu kembali datang apabila dia berada di tempat parking kereta. Suasana di parking kereta itu sunyi dan gelap.

Wanita itu bertambah takut apabila terasa dirinya diikuti dari belakang. Terus langkah dipercepatkan dan tangan tergesa-gesa mencari kunci kereta dari dalam beg tangan.

Ting!

Bunyi sesuatu yang jatuh itu membuatkan Qaylisha tersentak dan menoleh ke belakang. Kosong.

"Astaghfirullah al Azim." Qaylisha mengurut dada sendiri. Dadanya berdebar hebat sehingga dia sendiri dapat mendengar dan rasa degupan jantungnya. Mungkin dia yang terlalu dihantui kejadian malam itu sampai fikirkan perkara yang bukan-bukan. Tapi bunyi apa tadi? Tak akan hanya fikiran dia saja?

Ringgg!

Qaylisha kembali tersentak apabila deringan telefon tiba-tiba berbunyi dan memecahkan suasana yang hening itu. Jari sempat menekan tombol hijau sebelum ada suara yang menyergah dari belakang.

"Lisha!"

Dan tak semena-mena wanita itu tidak dapat sedarkan diri dan jatuh dalam dakapan seseorang.

Jejaka itu melirik lama wajah Qaylisha sebelum ada suara yang menyentakkannya.

"Adik? Adik, kau dekat mana tu? Kenapa tak balik lagi?" Suara Qayish kedengaran membuatkan sepasang mata itu beralih pada telefon Qaylisha yang terjatuh atas lantai simen.













"JANGAN... Jangan... Jangan!" Tubuh spontan bangkit dari baring apabila dia mendapat satu mimpi ngeri. Lelaki misteri itu kembali.

"Allahuakhbar!" Qaylisha raup wajah sendiri dan raup pula rambutnya ke belakang apabila rambutnya menutupi wajah sendiri. Dada disentuh pula. Arghh! Dia dapat rasa degupan jantungnya berdegup dengan laju!

Tak semena-mena kejadian malam itu kembali melintas di akal fikirannya. Setelah itu, kejadian malam semalam pula terlintas. Tak silap ada seseorang yang panggil dia. Dan juga tak silap... Kali terakhir semasa dia masih sedar dia berada di tempat parking kereta. Tapi sekarang ini dia berada di rumah Qayish.

"Ha dah bangun dah?" soal satu suara garau membuatkan Qaylisha tersentak. Terus mata dilarikan di muka pintu dan wajah si abang menjamu pandangannya.

Qayish berjalan mendekati Qaylisha dan menarik kerusi di meja solek lalu diletakkan di sebelah katil adiknya. Punggung dilabuhkan di situ, mata hazelnya menikam mata hazel adiknya.

"Kenapa balik lambat semalam?" soal Qayish gaya bapak-bapak. Nada suaranya tegas. Dan renungan tajam itu membuatkan Qaylisha alihkan mata ke lain.

"Banyak kerjalah," jawab Qaylisha perlahan. Terus terlupa ingin tanya Qayish bagaimana dia boleh sampai ke rumah.

"Macam tak boleh buat hari lain pula."

"Angah, syarikat itu syarikat orang. Tak akanlah sesuka hati saja nak tangguh kerja. Lainlah angah, angah CEO. Adik ini kerja bawah orang aje," ujar Qaylisha dan bersandar di kepala katil. Bibirnya sedikit muncung membuatkan Qayish menjuih bibir.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now