Rome, Italy.
QAYLISHA memandang redup awan-awanan yang cerah itu. Akhirnya setelah berjam-jam berada di atas kapal terbang, dia sampai juga di bumi Itali. Nasib baiklah perut dia tidak meragam selama penerbangan.
Selepas kapal terbang selemat mendarat, Qaylisha mencabut tali pinggang dan bangkit dari duduknya. Tak sempat dia nak ambil bagasinya yang berada di atas, ada satu pramugara terlebih dahulu menolongnya. Qaylisha senyum nipis pada pramugara itu dan pramugara itu membalas senyuman Qaylisha.
"Thank you."
"You're welcome, mrs," ujar pramugara itu penuh hormat dan berlalu pergi untuk membantu orang lain pula. Qaylisha menolak bagasinya keluar daripada kapal terbang.
Wanita itu lemparkan pandangan ke luar seraya berjalan masuk ke dalam lapangan terbang.
"Iman... Saya datang. Saya rindu dengan memori kita di sini. Rome," bisik hati Qaylisha. Dia menghela nafas dan tersenyum nipis. Dia meneruskan jalannya.
Selesai membuat pemeriksaan passport, Qaylisha mencari tempat duduk yang kosong untuk dia berehat. Haih! Baru berjalan sekejap dia dah mengah!
Qaylisha menghela nafas lega apabila sudah melabuhkan punggung di tempat duduk. Mata turun memandang perut sendiri sebelum mengusap perut itu. "Babies mummy... Kita dah sampai Itali sayang. Twins mummy mesti excited kan nak pergi tempat-tempat yang mummy dan daddy pernah pergi?"
"Mummy excited sangat! W-walaupun... Sekarang ini mummy pergi tanpa daddy, at least mummy ada twins mummy yang temankan mummy kan?" bicara Qaylisha lembut kepada perutnya.
Qaylisha diam mengelamun di situ tanpa pedulikan sekeliling. Lama dia jatuh dalam dunia sendiri sehinggalah nada dering telefon yang membuatkan dia tersentak. Qaylisha langsung menjawab panggilan daripada Nadine.
"Assalamualaikum Kak Aisyah."
"Waalaikummusalam, Lisha. Dah sampai ke?" soal Nadine di corong telefon.
"Alhamdullilah dah sampai dah. Kenapa Kak Aisyah?" soal Qaylisha kembali. Perutnya terus diusap tanpa henti.
"Nothing, just want to confirm it. By the way Kak Aisyah dah try call Joshua banyak kali tapi dia tak angkat. Kak Aisyah tak sure dia boleh pick up Lisha ke tak," ujar Nadine dengan nada risau. Berkali-kali dia telefon jejaka itu tetapi jejaka itu langsung tidak jawab panggilannya. Kali terakhir mereka berhubung adalah seminggu sebelum Qaylisha terbang ke Itali. Nadine juga sempat beritahu yang Qaylisha akan ke Itali tetapi Joshua hanya diam dan seterusnya menghilang.
Qaylisha gigit bibir. "Tak apalah Kak Aisyah. Pandai-pandailah Lisha survive di sini. Lisha rasa nak cari dulu hotel-hotel dekat dengan airport ini."
"Cari hotel? Kenapa tak nak duduk je dekat mansion? Joshua confirm ada di situ," ujar Nadine. Qaylisha mengeluh kecil. Dia tak rasa nak pergi ke Anderson Mansion sekarang ini.
"I don't know... Lisha rasa tak sedap hati. Lisha tak naklah pergi situ. Macam kalau Joshua tak ada?"
"Lisha... Maid dan bodyguard di situ semua kenal Lisha kan? Kenapa rasa tak sedap hati pula? Is it something bother your mind?" Qaylisha gigit bibir lagi dan meramas hujung bajunya. Dada yang berdebar disentuh. Soalan Nadine membuatkan dia lebih tak senang duduk.
"Kak Aisyah... If something happens, can you come here?" soal Qaylisha tiba-tiba.
"Of course! Kalau ada yang mengganggu adik Kak Aisyah, Kak Aisyah akan terus fly ke Itali!" jawab Nadine laju. Qaylisha senyum tipis dan menghela nafas lega.
"Okay lah. Nanti apa-apa Lisha call ya?"
"Okay! But... Lisha sure tak nak stay dekat mansion?" Sempat lagi Nadine menyoal Qaylisha. Dia mahukan kepastian daripada Qaylisha.
"Em. Nanti Lisha try contact Joshua dulu. Kalau dapat... Lisha akan suruh dia pick up Lisha," ujar Qaylisha sedikit tenang. Nadine mengangguk kecil walaupun tidak kelihatan dari sudut pandang Qaylisha.
Mereka terus matikan panggilan. Qaylisha masukkan telefonnya ke dalam beg tangan lalu bangkit dari duduknya. Dia menyeret bagasinya keluar dari lapangan terbang.
SEDANG ralit dia menikmati keindahan bumi Itali, tiba-tiba nada dering telefon kedengaran membuatkan Qaylisha tersentak. Tangan diseluk masuk ke dalam beg tangan untuk mengambil telefonnya.
Tertera nama 'Angah Qay' di skrin telefon. Jari langsung digesek pada butang hijau bagi menjawab panggilan abangnya. Pelik pula tiba-tiba abang dia yang duda ini telefon. Mesti ada sesuatu yang ingin dicakapkan.
"Assalamualaikum angah. Ada apa-apa ke sampai call adik ini?" Qaylisha langsung ajukan soalan. Pada masa yang sama dia mengatur langkah semula menyusuri laluan di tepi bangunan yang besar itu.
Qaylisha menunduk memandang kaki sendiri seraya berjalan. Sambil berbual dengan abangnya, perut sendiri diusap dengan lembut.
"Duduk dekat negara orang itu jaga diri elok-elok. Beringat sikit adik itu bukannya bawa diri sendiri je. Ada anak-anak adik dalam perut itu." Qayish titipkan pesan seperti biasa sehingga telinga Qaylisha sudah lali dengan pesanan itu. Setiap kali dia keluar mesti Qayish akan pesan benda yang sama. Abang Qalish dia pun tidak sebegitu sekali. Nampak sangat Qayish tidak percayakan dirinya.
"Ya angahku... Adik tahu. Tak perlulah cakap banyak kali. Adik ini dah besar dah! Nak jadi mak dah pun!" Qaylisha membalas dengan nada menyampah. Serentak itu batu kecil disepak ke hadapan. Saja nak tunjuk protes walaupun Qayish tak nampak.
Qayish di corong telefon dan jongketkan sebelah kening. Dia rasa macam terdengar sesuatu. Dia bukan apa... Dia pesan banyak kali pada Qaylisha hanya kerana mahu mengingatkan adiknya itu. Abang mana yang tak risau bila adiknya sendiri pergi ke negara orang seorang diri. Dalam keadaan mengandung pula itu!
"Apa-apalah! Dah angah tutup dulu. J-jaga diri elok-elok." Terasa kekok pula bila menyuruh adiknya jaga diri. Argh! Kenapalah mulut ini ringan sangat cakap begitu? Malu jadinya!
"Okay angah..." Talian dimatikan. Tanpa sempat ingin menyimpan telefon dalam beg tangan, bahunya berlaga dengan bahu orang lain membuatkan telefonnya jatuh ke atas lantai batu.
"I'm sorry." Qaylisha dengan rendah diri meminta maaf kerana sedar akan kesilapannya yang berjalan tanpa melihat ke hadapan. Tanpa memandang wajah jejaka itu, Qaylisha susah payah ingin mengambil telefon yang berada di lantai batu.
Disebabkan perutnya yang amat menonjol ke hadapan, dia jadi sukar untuk menunduk. Perutnya dipegang dan lututnya hampir jatuh ke lantai kerana ingin mengambil telefonnya. Sebelum tangannya itu sempat mencapai telefonnya ada satu tangan kekar terlebih dahulu menunduk dan mengambil telefonnya. Barangkali jejaka yang dia terlanggar tadi.
"Here."
Qaylisha menghela nafas lega. Dia tegakkan semula kaki dan angkat kepala mahu memandang wajah si jejaka sekaligus ingin berterima kasih.
"Thank-" Kata-kata Qaylisha mati usai melihat wajah jejaka yang membantunya mengambil telefon. Terkedu Qaylisha melihat wajah yang amat dikenalinya.
Malangnya jejaka itu langsung tidak beri sebarang reaksi melihat wajah Qaylisha. Mata jejaka itu kosong tidak menjelaskan apa-apa membuatkan Qaylisha telan air liur sendiri.
"Signor Anderson, siamo in ritardo. Andiamo." Pengawal peribadi jejaka itu bersuara di saat keheningan berlaku diantara Qaylisha dan jejaka itu. (Tuan Anderson, kita sudah lambat. Mari pergi.)
Namun suara pengawal peribadi itu langsung tidak membuatkan sepasang mata hitam milik jejaka itu lepas dari memandang wajah Qaylisha. Begitu juga dengan Qaylisha.
Qaylisha terpaku. Terkedu melihat sepasang wajah dingin dihadapannya ini. Adakah... Ini semua mimpi?
![](https://img.wattpad.com/cover/358172044-288-k714957.jpg)
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...