ADAM ulang alik dari tadi. Dia tidak dapat duduk diam selagi doktor yang merawat isterinya tidak keluar dari bilik kecemasan. Di dalam lubuk hati jejaka itu tidak berhenti menghimpunkan doa agar isteri dan anaknya selamat.
Teringat akan perdebatan sebelum tidur tadi, air mata Adam bertakung. Kalau dia tidak ikutkan egonya keluar dari bilik mereka, pasti Qaylisha akan baik-baik saja. Sekurang-kurangnya tidaklah sampai berlaku pendarahan.
"Ya Allah! Allahuakhbar..." Adam raup wajah sendiri dengan kasar lalu bersandar di dinding dan kepala didongakan ke atas. Adam pejam mata dengan rapat mengakibat air mata yang tadinya pertakung, gugur jua. Dia tak akan dapat maafkan dirinya kalau berlaku apa-apa pada isteri dan anaknya. Dia tak akan maafkan diri dia sendiri!
Adam buka kelopak mata kembali dan tegakkan kepalanya. Secara mengejut dia terima tumbukan yang amat kuat sehinggakan tubuhnya hampir hilang keseimbangan.
"Qay!"
Emir terus membantu Adam berdiri dan memandang Qayish dengan wajah tidak percaya. Padahal Qayish dah janji tidak mahu apa-apa kan Adam sejurus mereka sampai di hospital tetapi Qayish mungkir janji!
Qayish mengetap kuat rahangnya merenung Adam dengan renungan membunuh. "Suami jenis apa kau ini hah? Kalau tak reti nak jaga isteri, lepaskan sajalah! Tak payah nak buat adik aku tersiksa!"
Adam tundukkan kepala tanpa membantah sedikit pun cemuhan dari Qayish. Penumbuk dikepal kuat. Lepaskan? Sampai mati dia tak akan lakukannya! Cukuplah sekali! Dia tak nak sejarah berulang lagi.
"Qay ini hospital! Cuba simpan sikit rasa marah itu," nasihat Emir. Namun ianya langsung tiada makna bagi Qayish. Masuk di telinga kanan, keluar di telinga kiri.
"Budak ini dah melampau kau tahu tak?! Dua kali adik aku masuk hospital! Dua kali! Alasan apa pula dia nak bagi kali ini?!" amuk Qayish lalu menolak tubuh Adam.
"Qay stop it! Cuba tanya elok-elok! Kau tak malu ke orang tengok! Kita ada dekat hospital ini kan? Hormat lah orang lain sikit!" Emir bersuara lagi dan turut merenung Qayish dengan tajam.
"Adam minta maaf..." Adam bersuara lemah. Dua lagi jejaka itu memandang Adam yang dari tadi hanya menunduk.
"Itu jelah yang kau tahu cakap!"
"Qay!"
Qayish mencekak pinggang lalu memusing tubuh ke arah lain. Emir geleng kepala dan membantu Adam duduk di kerusi besi yang tersedia ada di luar wad kecemasan itu.
"Apa yang dah jadi? Cakap dengan aku," soal Emir serius. Adam angkat kepala dan membalas pandangan Emir.
Adam hanya diam dan menggeleng kepala kecil. Qayish hanya memerhati dari ekor mata dan berdecit. Menangis pula budak ini!
"Aku tak tahu... Aku masuk saja bilik isteri aku dah keluar banyak darah. Aku tak tahu... Sumpah!" lirih Adam sambil menggeleng kepala. Dia masih ingat lagi situasi tadi di mana, katil penuh dengan darah. Semua itu bukan saja menyakitkan Qaylisha, tetapi menyakitkannya juga.
Emir diam dan menjeling Qayish yang sudah memusing tubuh ke arah mereka. Mereka saling membalas isyarat mata tanpa pengetahuan Adam. Qayish mengetap rahang dengan kuat usai menerima isyarat dari Emir.
"Semua ini salah aku kan, Emir? Aku tak jaga isteri aku betul-betul... Aku tak reti nak jaga isteri aku. Aku tahu dia mengandung dan emosi dia susah nak kawal tapi aku tetap ikut ego aku! Aku tak boleh nak maafkan diri aku kalau apa-apa jadi mereka Emir... Aku tak boleh!" adu Adam bersama esakan. Emir menepuk kecil bahu Adam.
"Dah lah itu... Jangan salahkan diri kau macam ini. Insya Allah anak dan isteri kau selamat. Mereka kuat. Selagi kau ada dengan mereka, mereka akan baik-baik saja. Kau penguat mereka," pujuk Emir. Qayish sekadar memerhati. Rasa serba salah pula dia bila lihat pipi Adam sudah lebam. Tapi... Argh! Biarlah, dah tertumbuk dah pun.
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...