"I-IMAN?"
Nathaniel hanya diam saat wanita itu memanggilnya Iman. Dia tidak menyahut sama sekali kerana setahunya, perkataan yang disebut oleh wanita itu bukan namanya.
"Signor Anderson?"
Nathaniel menjeling pengawal peribadinya yang berada di belakangnya melalui ekor mata. Nathaniel sekadar jatuhkan kepalanya bagi isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk beredar dari situ. Beredar daripada pandangan wanita jelita itu.
Mereka meneruskan langkah mereka yang didahului oleh Nathaniel.
Selepas Nathaniel berjalan melintasinya, Qaylisha baru tersedar dari dunia nyata dan terus memusing tubuh dan mencapai tangan Nathaniel.
"Iman!"
Pengawal peribadi Nathaniel yang terdiri daripada empat orang itu terkejut melihat majikan mereka dipegang oleh wanita asing. Sedang mengandung pula itu.
Nathaniel menjeling tangannya yang sudah berada dalam genggaman Qaylisha dan merenung tajam wajah Qaylisha. Nathaniel ingin menepis sentuhan itu tetapi dia terpaku pula melihat sepasang mata hazel yang sudah bertakung dengan air mata.
"Iman..."
Kerutan di dahi Nathaniel kelihatan jelas selepas Qaylisha menyebut nama Iman. Iman? Dia sama sekali tidak tahu siapakah pemilik nama itu. Dia Nathaniel Hadrey Anderson. Bukannya Iman.
"Ma'am... Throw away your hand from Signor Anderson," ujar salah seorang pengawal peribadi lalu menepis kasar tangan Qaylisha daripada Nathaniel.
Qaylisha tersentak dan menggeleng kepala. "I-Iman... Ini betul-betul awak kan? Please jangan main-main dengan saya! Kenapa awak ada di sini?! H-how... I've seen your corpse..."
Semakin pelik Nathaniel mendengar bicara wanita mengandung ini. Pada awalnya dia tidak faham bahasa yang digunakan oleh wanita ini tetapi apabila wanita itu mengatakan pernah melihat mayatnya, Nathaniel rasa ingin marah.
"Signor Anderson, penso che sia pazzo. Sarà meglio che il signor Anderson vada per primo, Mike e io ci libereremo di questa donna," ujar pengawal peribadi yang telah menepis tangan Qaylisha tadi kepada Nathaniel. (Tuan Anderson saya rasa dia gila. Tuan Anderson lebih baik pergi dahulu, Mike dan saya akan singkirkan wanita ini.)
"Dia tengah mengandung, Nico. Kau tidak lihat? Biarkan saja dia," ujar Nathaniel di dalam bahasa Itali. Dia terus berlalu pergi mendahului pengawal peribadinya tetapi sekali lagi wanita itu menjerit nama Iman.
Nathaniel buat bodoh saja dengan semua itu kerana namanya bukan Iman. Jadi kenapa dia perlu menyahut wanita itu?
"Jangan mendekati Tuan Anderson, atau kau akan terima akibatnya!" ugut Nico dengan keras. Dia menolak bahu Qaylisha ke belakang lalu mereka berempat mengejar Nathaniel yang sudah melangkah jauh.
Qaylisha melepaskan tangisannya di situ sendirian. Dia pasti jejaka itu adalah suaminya! Muhammad Adam Al-Iman!
Tambahan pula pengawal peribadi itu memanggil Signor Anderson. Sudah pasti Anderson dan Iman adalah orang yang sama. Tapi kenapa? Kenapa Adam berlakon seolah-olah tidak mengenalinya? Apa yang telah berlaku selama beberapa bulan Adam tiada ini?
Kalau... Adam sudah dikuburkan dihadapan matanya, jejaka tadi siapa? Apa semua ini?!
Joshua!
Qaylisha langsung menyeka air matanya dan bangkit dari lantai. Joshua! Dia kena cari Joshua! Joshua pasti tahu semua ini!
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...