Bab 74 🎭🖤

969 84 7
                                    

NATHANIEL masih tidak berhenti lagi melibas patung silikon di hadapannya menggunakan pedang kesayangannya. Peluh pun sudah membasahi dahi dan tubuh.

Semakin dia ingatkan tentang Qaylisha dan Joshua, semakin kuat serangannya. Hati seperti dicurah minyak tanah dan hatinya membara melihat interaksi dua orang itu.

Macam mana kalau anak di dalam perut Qaylisha itu sebenarnya anak Joshua? Padanlah mereka rapat semacam. Tanpa sedar, pegangan pada pemegang pedang itu semakin erat. Kini kedua-dua belah tangannya sudah menggenggam erat pemegang pedang itu sebelum dilibas pada bahagian dada patung itu sehingga terkoyak.

Akhirnya serangan Nathaniel berhenti. Dia berdiri tegak dan memandang dingin patung silikon yang sudah terkoyak akibat serangan ganasnya. Dada jejaka itu berombak kasar akibat kepenatan. Lama dia mengadakan perang dengan patung yang tidak nampu bergerak itu.

Dalam merenung patung silikon itu, gegendang telinga menangkap bunyi tapak kaki seseorang dari belakang. Nathaniel langsung pusing tubuh dan mengangkat pedangnya paras leher sosok yang berada di belakangnya tadi.

Qaylisha tersentak saat bilah pedang yang amat tajam itu hampir menusuk lehernya.

Nathaniel masih tidak mengalihkan pedangnya daripada leher Qaylisha. Sorotan mata semakin tajam memandang wajah wanita itu.

"Kau nak apa?" soal Nathaniel tanpa nada. Dia sengaja tidak mahu alihkan pedangnya daripada leher Qaylisha kerana dia tidak mahu wanita itu mendekatinya. Dia jijik dengan wanita itu dan dia tidak teragak-agak untuk dekatkan lagi bilah pedangnya sampai tersentuh dengan kulit putih mulus Qaylisha.

Qaylisha telan air liur dengan suara dingin Nathaniel. Dia cuba mengukir senyum buat suaminya itu. "S-saya... Saya nak ajak awak makan. Tadi waktu makan awak tak ada pun."

"Aku tak lapar. Berhambus dari sini," ujar Nathaniel masih statik di tempatnya. Anak matanya merenung dalam anak mata hazel Qaylisha.

"T-tapi dari pagi tadi awak tak makan kan? Saya pun sama. Saya nak makan dengan awak," ujar Qaylisha sedikit gugup. Mananya dia tak gugup? Pedang tengah diacu di leher! Silap langkah mungkin pedang itu akan menembusi lehernya. Tengok wajah Nathaniel sekarang pun dia tahu, Nathaniel tidak teragak-agak mahu menyakitinya.

Nathaniel tersenyum sinis. Makan dengan wanita ini? Memang tidaklah! Cukuplah cerita daripada daddy nya tadi telah membuatkan dia naik meluat dengan Qaylisha.

"Berhambus."

"Tak nak. Selagi awak tak nak makan, saya tak akan ke mana-mana," lawan Qaylisha memandang Nathaniel dengan polos. Nathaniel mengetap kuat rahangnya saat dirinya dilawan keras. Berani betul wanita ini...

Tidak pernah lagi sesiapa yang berani membantah perintahnya tetapi wanita ini... Wanita ini memang cari nahas agaknya! Tidak tahukkah wanita ini dia sedang marah?

"Kau memang nak aku hunus pedang ini pada leher kau kan?" sinis Nathaniel. Mahu ugut Qaylisha agar wanita itu pergi. Dia perlukan masa untuk tenangkan diri!

Qaylisha telan air liur, bilah pedang yang masih diacukan di lehernya di kerling. Dia cuba berlagak berani di hadapan Nathaniel. Nathaniel ini pun... Tak lenguh ke tangan tu? Qaylisha yang sekadar berdiri tanpa pegang apa-apa pun sudah lenguh kaki. Dari tadi berdiri tegak macam nak kawad.

"A-awak... Awak tak akan berani buat macam itu pada saya," balas Qaylisha sambil merenung dalam anak mata Nathaniel.

Nathaniel mengetap kuat rahangnya. Diri terasa seakan dicabar oleh wanita itu.  Segala tindakan Nathaniel berlaku dalam sekelip mata. Dia jatuhkan pedang dan menarik tangan Qaylisha lalu dia peluk bahu Qaylisha daripada belakang dan pedang diacukan lagi pada leher Qaylisha.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now