QAYLISHA tersentak mendengar suara serak yang datang berdekatan dengannya. Bila dia angkat kepala, matanya bertembung dengan Adam. Adam senyum di sebalik alat pembantu pernafasan.
"Ilya..."
Air mata Qaylisha bertakung apabila mendengar panggilan itu. Hanya Adam yang memanggilnya Ilya kerana Nathaniel akan memanggil nama penuhnya Ilyana. Bukan setakat Ilya saja.
"I-Iman..."
Tanpa amaran Qaylisha memeluk erat tubuh Adam ingin melepaskan rindu. Suami dia dah balik!
Qaylisha teresak kecil saat terasa tangan Adam melingkar di tubuhnya, membalas pelukannya. Adam turut menitiskan air matanya dalam diam. Jejaka itu tidak peduli dengan sakitnya dan terus memeluk tubuh Qaylisha.
"Saya rindu awak Iman..."
Tangan Adam bergerak ingin melepaskan alat bantuan pernafasan itu tetapi dihalang oleh Qaylisha. Qaylisha geleng kepala dan senyum kecil. Pipi Adam diusap lembut. "Saya tahu awak pun rindukan saya kan?"
Adam tersenyum perit dan mengangguk kecil. Tangan Qaylisha ditarik agar wanita itu duduk di atas katil. Pinggang Qaylisha dipeluk dan dia bersandar di bahu isterinya.
"Awak nak saya panggilkan doktor?" soal Qaylisha lembut seraya mengusap tangan Adam yang berada di pinggangnya. Adam geleng kecil dan matanya jatuh melihat perut besar Qaylisha. Tanpa segan silu Adam menitiskan air mata lagi. Teringat akan dia tidak dapat saksikan bagaimana perut itu membesar.
"Awak... Awak okay tak ni?" soal Qaylisha lembut. Tangannya beralih pada pipi Adam. Kedua-dua belah pipi suaminya ditekup lembut.
"Sorry..."
Sayup-sayup dia dengar suara Adam di sebalik alat bantuan pernafasan itu. Mata tiba-tiba rasa panas apabila mendengar lirihan Adam.
"Hey... Awak tak ada salah apa-apa pun dengan saya. Janganlah minta maaf," ujar Qaylisha lembut seraya mengusap rambut hitam Adam.
Adam hanya menitiskan air matanya mendengar kata-kata lembut isterinya. Memang memorinya telah kembali, dan tidak pula memori saat dia menjadi Nathaniel hilang. Dia masih ingat bagaimana layanan kasarnya terhadap Qaylisha. Bagaimana dia pernah tuduh Qaylisha kandungkan anak lelaki lain.
Tanpa sepatah kata, dia sembamkan wajahnya di dada Qaylisha. Melepaskan tangis di situ. Sedih. Pilu. Semuanya bercampur baur.
"Jangan nangis lagi okay? Semuanya dah okay. Lepas ini tak ada siapa boleh halang kebahagiaan kita lagi. Sekalipun Allah SWT turunkan ujian lagi buat kita, kita harungi semuanya sama-sama okay?" Lembut Qaylisha memujuk walhal diri sendiri sudah dibanjiri air mata juga.
Dalam tangis itu, Adam angguk jua. Mengiyakan kata-kata Qaylisha. Ya. Mereka akan harungi semuanya bersama.
Bila Adam angkat kepala, mata mereka bertaut. Qaylisha senyum tipis buat Adam. Adam membalas senyuman isterinya walaupun payah.
Kini, mata Adam jatuh pula pada perut Qaylisha. Adam senyum perit melihat perut isterinya sekarang ini. Padahal dia sangat inginkan melihat perut Qaylisha membesar dari semasa ke semasa. Adam nak layan Qaylisha bila masa Qaylisha mengidam menginginkan sesuatu tapi... Dia terlepas semua itu.
Namun dia tetap bersyukur, dia masih berkesempatan untuk lihat Qaylisha melahirkan anak-anak mereka. Apa pun dia kena redha kerana masa tidak boleh diundur semula. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.
Qaylisha mengikut arah mata Adam dan tersenyum kecil. Tangan kasar Adam di capai dan dia letak di atas perutnya. "Twins pun rindu daddy... Daddy rindu twins tak?"
YOU ARE READING
Anderson's Temptation
RomanceMUHAMMAD ADAM AL-IMAN | QAYLISHA ILYANA Anderson × Q's series Perkahwinan mereka hanya bertahan separuh jalan. Bagi MUHAMMAD ADAM AL-IMAN, tiada apa lagi yang perlu dipertahankan bila hati sudah mula tak sayang. Tak akan mahu berpura-pura pula kan...