Bab 60 🎭🖤

728 49 9
                                    

ADAM dan Qaylisha sama-sama menunduk memandang lantai. Mereka tidak berani mahu membalas renungan keluarga mereka saat ini. Khabar berita yang Adam sudah berkahwin dengan Alea sudah sampai ke telinga ahli keluarga mereka. Disebabkan itu, Encik Qash memanggil sepasang suami isteri itu datang ke rumahnya. Keluarga Adam turut serta di ruang tamu itu.

"Tell me Muhammad Adam Al-Iman, Qaylisha Ilyana. What actually happened between both of you. Is it true you have child with another women?"

Adam memandang Emir. Emir sekadar menjongketkan kedua-dua belah kening. Ya. Memang dia yang beritahu Encik Qash tentang apa yang sudah melanda rumah tangga Adam dan Qaylisha. Nak tunggu Qayish beritahu? Huh! Si duda itu masih merajuk dengan adiknya!

"Yes... Budak itu memang anak Adam. Kami terlanjur masa di Itali."

Pang!

"I never thought you will be like this!" jerkah Puan Natrah setelah menampar pipi anak lelaki bungsunya. Yang lain tergamam manakala Qaylisha sudah menyentuh lengan Adam.

"M-mummy..."

"Di mana kesalahan mummy dalam mendidik Adam selama ini hah?! Apa salah mummy sampai Adam balas mummy dengan begitu sekali! Tergamak ya Adam buat perkara terkutuk itu di belakang kami semua!" marah Puan Natrah dengan wajah merah padam. Adam hanya diam menunduk. Seperti hari yang lepas, dia langsung tidak bersuara untuk mempertahankan dirinya.

Nadine bangkit dari sofa dan menarik Puan Natrah menjauhi Adam, takut jikalau mummy nya bertindak lebih agresif terhadap Adam. Encik Nazrie mengeluh kecil dan bangkit dari sofa.

"Nat tolong jangan bertindak melulu. Dengar dulu penjelasan dari Adam. Tak akan awak nak terus menghukum anak awak macam itu saja?"

"Betul apa yang ayah cakap itu mummy. Mummy tenang okay?" pujuk Nadine seraya mengusap lengan Puan Natrah sehinggakan dia tenang. Puan Natrah ditarik semula agar duduk di sofa.

"Explain more, Adam."

Adam hanya diam. Dan tak lama kemudian air mata menitis lagi dan jatuh ke pipi. Qaylisha menumpang rasa sedih melihat suaminya yang sudah tidak berdaya. Semua orang di situ tidak tahu apa yang telah Adam lalui.

Qaylisha menggenggam erat tangan Adam yang menggigil. Dengan berani Qaylisha memandang satu persatu wajah ahli keluarga mereka. "Itu semua bukan salah Adam, jadi Lisha harap no one take blame on him. Suami Lisha hanya mangsa. Dia betul-betul tak sedar masa itu. Perempuan itu yang ambil kesempatan pada Adam."

"How did you know?" Qalish menyoal dengan wajah kosong.

"I was there too," jawab Qaylisha membuatkan semua orang di situ terkejut kecuali Qalish. Qalish masih dengan wajah kosongnya.

"As you guys know... Lisha pernah pergi Itali dua tahun lepas in a few months." Qaylisha mengeluh kecil. Rasanya ini adalah masanya ahli keluarga mereka tahu yang mereka pernah bersama kembali dua tahun lepas.

"Masa itu Lisha kena kejar dengan orang-orang jahat di sana. Then, I was blank. Lisha ikut saja ke mana kaki Lisha bawa Lisha. Out of sudden, I arrive at one mansion. Anderson mansion," cerita Qaylisha lagi. Dahi Nadine berkerut sekejap. Jadi Qaylisha sudah tahu tentang keluarganya di Itali?

"Adam yang tolong selamatkan Lisha dari orang-orang jahat itu. But as a return, I must be his maid. I accept as a thanks to him because saving me," sambung Qaylisha lagi manakala yang lain tekun mendengar. Emir picit dahi. Ya Allah! Si budak bertuah ini! Ada ke patut dia suruh isteri dia jadi bibik di mansion itu?!

Qaylisha memandang suaminya sekilas dan tersenyum kecil. "Di situ lah kami mula rapat kembali dan Adam... Lamar Lisha untuk jadi isteri dia semula and I accepted it because I can't lie my heart. I still love him after all. But... Perempuan yang sudah perangkap Adam itu tak suka tengok kami berdua. Sampailah dia decide untuk letak drugs dalam air Adam."

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now