Bab 8

2.6K 60 6
                                    

Kirana meletakkan secawan kopi panas di atas meja kopi untuk Ashraff yang baru pulang dari kerja itu. "Macam mana hari ni?" Tiba-tiba sahaja Ashraff bertanya. Kirana buat muka blur. "Macam mana apa, encik?" Kirana bertanya semula. Dia perhatikan majikannya itu seperti serabut sahaja. "Nad. Dia okey ke hari ni?" tanya Ashraff.

"Nad okey aje, encik. Cuma biasalah dia stress sikit dengan kerja sekolah dia. Tapi settle dah. Encik tak payahlah risau pasal dia. Saya kan ada untuk jaga dia," balas Kirana panjang lebar sambil tersenyum manis.

"Kirana, kita kahwin?" Terus terpacul soalan itu dari bibir Ashraff. Kirana membeliakkan matanya. Tidak percaya akan apa yang didengarinya.

"En..encik cakap apa ni? Encik okey tak?" tanya Kirana semula.

"Saya serius. Kita kahwin?" Kirana boleh rasakan jantungnya berdegup kencang kala ini. Renungan Ashraff seakan menghentikan setiap sendi tubuhnya. Tapi, ajak kahwin macam tu aje ke? Tak romantik langsunglah pak cik ni, komen Kirana dalam hati.

"Ke..kenapa tiba-tiba?"

"Saya nak Nadine belajar untuk terima awak, sebagai mama dia. Awak sayangkan dia kan?" Kirana mengangguk.

"Ya, saya sayangkan Nadine, dan saya sayangkan Haikal jugak," jawab Kirana.

"Macam anak awak sendiri kan?" Sekali lagi Kirana mengangguk.

"Jadi saya nak awak jadi isteri saya, jadi mama untuk anak-anak saya, dalam erti kata yang sebenarnya." Ashraff merenung lagi ke dalam anak mata Kirana.

Ashraff seboleh-bolehnya tidak mahu memberitahu alasan sebenar mengapa dia mengahwini Kirana. Takkan dia hendak mengaku yang dia mahu mengahwini Kirana hanya untuk memberi pengajaran kepada Nadine yang keras kepala itu? Memang Kirana takkan bersetujulah jawabnya.

"Encik, suka saya?" Kirana tidak terus memberi jawapan sebaliknya dia bertanya soalan cepumas kepada Ashraff. Ashraff teragak-agak hendak mengangguk. Dia sukakan Kirana, tetapi tidak sampai ke tahap mencintai.

Kirana memberanikan diri menatap mata Ashraff, cuba mencari kebenaran. "Encik boleh beri saya masa untuk fikir?" pinta Kirana.

"Boleh. Tapi jangan lama sangat," pesan Ashraff sebelum bangun dari sofa. Sebaik sahaja kelibat Ashraff hilang dari pandangan, terus tubuh Kirana lemah longlai. Berkali-kali dia mencubit pipinya, untuk memastikan yang dia tidak bermimpi.

'Sah! Aku tak bermimpi! Encik Ashraff lamar aku untuk jadi isteri dia. Tak! Tak! Aku tak percaya semua ni!' gumamnya sendiri. Kirana menutup mukanya dengan kedua-dua telapak tangan. Panas! Malunya! Ish, Kira, apa jadi dengan prinsip kau ni yang kau takkan jatuh cinta dengan.... Sekali lagi Kirana tutup wajahnya dengan tangan.

PAGI itu, tiada langsung kata-kata yang keluar dari mulut murai Kirana. Ashraff hanya beriak biasa seperti tiada apa yang terjadi semalam. Nadine yang sedang bersarapan bersama papanya hanya memerhati tingkah kedua manusia di hadapannya.

Kirana merasakan jantungnya berdegup laju apabila dia terperasankan pandangan mata Ashraff yang tidak henti-henti merenungnya sedari tadi.

Ashraff perasan akan reaksi Kirana pagi itu. Dia yakin, Kirana akan menerima lamarannya. Pandangan terus dialih ke arah anak perempuan sulungnya.

"Nad, papa ada hal nak cakap dengan Nad," ujar Ashraff.

"Papa nak cakap apa?" Nadine bertanya. Ashraff menoleh ke arah Kirana sebelum memberi isyarat untuk Kirana datang mendekatinya. Tanpa mengesyaki apa-apa, Kirana hanya menurut.

"Papa nak kahwin dengan Kak Kira," beritahu Ashraff seraya memegang tangan Kirana. 'Atok dia! Aku belum bagi keputusan lagi weh! Memandai aje pak cik ni!' Namun Kirana tidak mampu bersuara kerana lidahnya tiba-tiba kelu.

Nadine menghentikan suapan. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

"Papa cakap apa ni?"

"Papa cakap, papa nak kahwin dengan Kak Kira. Bulan depan."

"Papa tipu!" bantah Nadine.

"Papa tak tipu. Nad sendiri yang meminta, dan Allah dah makbulkan doa Nad. Suka atau tak, Kak Kira akan jadi mama baru Nad," tegas Ashraff. Kirana masih membisu, membuatkan Nadine mula berfikir negatif terhadapnya.

"Oh, Kak Kira sukalah ya dapat kahwin dengan papa? Memang itu tujuan akak kan? Konon nak jadi babysitter, tapi sebenarnya nak jadi isteri papa!" tengking Nadine.

"Nad... akak..."

"Enough, Nad! Papa nak kahwin dengan Kak Kira sebab papa cintakan dia. Kak Kira pun cintakan papa jugak kan?" Ashraff bertanya sebelum menoleh ke arah Kirana yang membisu di sebelahnya.

Entah kuasa apa yang menguasai Kirana saat ini. Dia mengangguk perlahan, membuatkan Ashraff mengukir senyuman manis untuknya. Terpaku pula dia melihat senyuman lelaki itu. Tak jadi nak marah.

"Nad tak suka! Nad tak nak mama baru! Nad nak mama Nad aje!" jerit Nadine sebelum naik ke tingkat atas rumah.

"Encik-"

"Nanti kita pergi cari baju nikah. Awak dah ada sijil kursus kahwin?" Kirana mengangguk.

"Good! Lepas tu kita pergi settle apa-apa yang patut sebelum kita bernikah bulan depan." Ashraff memberi kata putus tanpa mampu Kirana membantah. Mungkin sudah jodoh dia dengan Ashraff, jadi dia terpaksa terima.

Itulah, dulu seronok sangat kata takkan kahwin dengan orang tualah, tak nak kahwin dengan dudalah. Hambik kau, Kira! Telanlah kata-kata kau tu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now