Bab 13

2.6K 62 0
                                    

Ashraff masuk ke dalam bilik untuk mencari Kirana. Saat matanya tertancap pada kelibat Kirana yang sedang menyusukan Haikal, dia menutup pintu biliknya. Ashraff duduk di sebelah kanan isterinya.

Nampak jelas kesan merah pada pipi kanan Kirana akibat ditampar tadi. Nampaknya Sofea menipu dia saja tadi. Kononnya Kirana yang menampar dia, tetapi dia yang terlebih dahulu menampar Kirana.

"Saya mintak maaf, bagi pihak Sofea," ucap Ashraff.


"Kenapa encik nak kena mintak maaf pulak? Saya yang sepatutnya mintak maaf sebab yelah, tangan ni laju aje nak tampar orang." Sengaja Kirana buat-buat merajuk kononnya. Ashraff tersenyum sebelum mencuit pipi Kirana.

"Dahlah, tak payah nak merajuk sangat. Awak ingat saya tak tahu yang awak mengendap saya dengan Sofea kat luar tadi? Awak dengar kan apa yang saya cakap dekat dia?" Aduh kantoi! Baru ingat nak bermanja kejap.

"Mana ada, saya tak mengendap pun. Saya skodeng aje," balas Kirana.

"Apa bezanya? Mengendap, skodeng, spy. Sama aje perbuatannya. Perbuatan tak elok tau," tegur Ashraff. Kirana memuncungkan bibirnya sedikit. Comel, bisik hati Ashraff. Mereka diam seketika. Kirana bangun sebelum meletakkan Haikal di dalam katil bayi yang berada di dalam bilik tidur mereka.

Leka Kirana menatap wajah comel yang sedang lena itu sehingga tidak sedar suaminya sudah berdiri di belakangnya. Baru sahaja Kirana hendak menoleh, dia terkejut dengan kelibat Ashraff di belakang. Segera dia beristighfar, cuba menghalang diri dari terjerit.

"Encik ni! Terkejutlah saya! Nasib baik saya tak menjerit kat sini," marah Kirana. Ashraff tidak berkata apa-apa, sebaliknya dia menarik tangan Kirana untuk duduk di sebelahnya. Dia mengelus lembut pipi isterinya yang merah itu.

"Sakit?" tanya Ashraff.

"Kena tampar kuat, kot. Tapi boleh tak kalau saya cakap sakit sangat-sangat? Saja nak bermanja dengan encik." Kirana cuba berlawak untuk menghilangkan debaran di hati.

"Saya serius ni, Kirana." Tegas ayat Ashraff itu.

"Sorry. Sakit sikit," jawab Kirana perlahan.

"Tunggu kejap." Ashraff melangkah ke arah bilik air yang terletak di dalam bilik tidur mereka. Tidak berapa lama selepas itu, dia keluar sambil membawa tuala kecil yang bersih dan sebekas air suam.

Ashraff membasahkan sedikit bahagian tuala dengan air suam sebelum dituam ke pipi Kirana. Kirana tergamam dengan tindakan suaminya. Takkan suaminya berlakon lagi kot? Nadine bukannya ada kat sini. Berlakon depan Haikal? Apa yang budak sekecil Haikal itu faham?

Tidak berkelip mata Kirana merenung Ashraff. Dia akui, dia sudah jatuh cinta dengan suaminya walaupun mereka baru sahaja berkahwin. Walaupun jarak umur mereka agak jauh, namun Kirana tidak mempedulikan semua itu. Suaminya adalah cinta pertamanya.

Ashraff yang perasan pandangan Kirana padanya terus menenyeh tuala basahan itu pada pipi isterinya. Bagaikan tersedar dari mimpi, Kirana mengaduh kesakitan.

"Aduh, sakitlah encik!"

"Siapa suruh tenung muka saya macam tu? Saya tengah tuam pipi awak, jangan nak berangan pulak," tegur Ashraff walaupun sebenarnya hati dia tak keruan dengan renungan Kirana tadi. Dia cuba mengekalkan riak muka tenang dan tidak peduli.

"Alah, biarlah kalau saya nak berangankan encik pun. Encik kan suami saya. Tak salah dan tak dosa pun," jawab Kirana.

"Pandai menjawab awak ni kan?" marah Ashraff padahal dia sudah merasa sesuatu pada isterinya. Tetapi segera dia menepis rasa yang hadir. Dia tidak mencintai Kirana. Tidak sama sekali.

"Okey, saya diam." Kirana terus menutup mulutnya rapat-rapat. Sengaja hendak bermanja. Dia tahu, Ashraff tidak akan mencintainya sampai bila-bila. Tetapi dia mahu cipta kenangan manis antara mereka supaya dia tidak ralat di kemudian hari.

"Ingat comel lah tu?" usik Ashraff.

"Saya memang comel pun," balas Kirana.

"Eh, perasannya!"

"Yelah, siapa lagi nak puji saya comel kalau bukan diri saya sendiri kan. Ada suami tapi tak pernah pun puji kita,"  rajuk Kirana.

"Ni nak suruh saya puji awaklah ni?" Ashraff tersenyum sendiri melihat tingkah manja isterinya. Apa salahnya bergurau senda dengan isteri kan? Fikirnya.

Melihat kebisuan Kirana, Ashraff menghentikan perlakuannya sebelum merapatkan bibirnya ke telinga Kirana. Membulat mata Kirana apabila dia menyedari Ashraff semakin mendekatinya.

"Ya, sayang. Awak memang comel," bisik Ashraff. Kirana memberanikan diri menatap mata suaminya. Dia dapat rasakan Ashraff tidak berlakon. Dia ikhlas memuji dirinya.

"Terima kasih, encik sebab puji saya. Kalau macam tu, saya pun nak puji enciklah."

"Awak nak puji saya apa?"

"Encik ni baik, penyayang, handsome walaupun dah tua," usik Kirana sambil tersengih. Ashraff menjegilkan matanya sebelum menarik telinga si isteri.

"Nakal awak ni kan?" Mereka berdua ketawa namun masih mengawal nada suara agar tidak mengejutkan Haikal yang sedang tidur itu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now