Bab 38

2.1K 51 0
                                    

Malam itu, Kirana tidak dapat melelapkan mata. Tangan kiri memegang bahagian rahimnya. Takkan period kot. Kalau period, tak sakit macam ni, bisik hati Kirana. Dia memandang Ashraff yang sedang tidur di sebelahnya. 

Tiba-tiba Kirana terasa ada cecair mengalir melalui celahan kelangkangnya. Allah, takkanlah! Perlahan-lahan dia menyelak selimut yang membaluti tubuhnya.

Dia menyingsing seluar yang dipakai. Darah! "Ab-abang! Abang, bangun," kejut Kirana. Ashraff terpisat-pisat bangun dari tidur. "Kenapa, sayang? Pinggang sayang sakit lagi ke?" tanya Ashraff.

"Abang, darah! Banyak darah kat kaki Kira ni," beritahu Kirana. Ashraff terus melihat ke bahagian kaki isterinya. Benar, banyak darah mengalir. "Ya Allah, sabar sayang. Kita pergi hospital ya?" Ashraff bangun sebelum mencempung tubuh isterinya.

Dari ekor matanya, dia dapat melihat bahagian cadar katil yang Kirana gunakan itu sudah penuh dengan darah isterinya. Risau sungguh dia kala itu. Usai meletakkan Kirana di dalam kereta, Ashraff masuk ke dalam rumah semula untuk mendapatkan Haikal.

Haikal yang sedang tidur itu diletakkan di atas kerusi bayi yang memang sengaja ditinggalkan di bahagian tempat duduk belakang kereta. Pantas Ashraff menghidupkan enjin kereta dan memandu ke hospital yang berdekatan.

"Sayang, sayang pregnant kan?" soal Ashraff. Kirana tidak menjawab. Dia menggigit bahagian bawah bibirnya menahan sakit. Ashraff menggenggam erat tangan Kirana dengan tangan kirinya, cuba menenangkan si isteri.

"Sabar, sayang. Sayang dan anak kita akan selamat," pujuk Ashraff. Walaupun Kirana tidak memberitahunya, tetapi dia dapat merasakan Kirana mengandung. Dia tahu kitaran haid Kirana dan isterinya itu sudah 3 minggu lewat datang bulan.

BERITA yang disampaikan oleh doktor yang merawat Kirana itu benar-benar mengecewakan Ashraff dan Kirana. Bayi mereka tidak dapat diselamatkan. Teresak-esak Kirana menangis kerana kehilangan nyawa yang sedang dikandungnya.

"Sayang, sabar ya? Belum rezeki kita lagi," pujuk Ashraff sambil menahan sebak. Dia juga sedih dengan kehilangan anaknya.

"Kira mintak maaf, abang. Kalau Kira tak degil tadi, mesti anak kita takkan mati. Kira yang salah, abang," tangis Kirana. Menyesal sungguh dia kerana tidak mendengar nasihat Ashraff tadi. Ashraff menggenggam erat tangan Kirana sebelum mengucupnya.

"Dahlah sayang. Bukan salah sayang. Ni semua takdir. Allah belum bagi rezeki pada kita," pujuk Ashraff lagi. Jururawat sudah masuk ke dalam wad yang menempatkan Kirana untuk membawanya mencuci kandungan.

"Anak mama, mama mintak maaf sayang," ucap Kirana sambil menyentuh perutnya. Selepas ini, tiada lagi nyawa dalam rahimnya. Ashraff juga berbuat perkara yang sama.

"Tak apa, sayang. Baby kita akan tunggu kita kat syurga nanti." Kirana meraih tangan Ashraff sebelum mengucupnya.

"Kira mintak maaf, abang," ucap Kirana lagi. Ashraff tahu, jika dia tidak menjawab apa-apa, Kirana pasti akan terus-menerus menyalahkan dirinya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Abang maafkan, sayang. Dah, jangan sedih-sedih. Percayalah, satu hari nanti, Allah akan gantikan dengan lebih baik," balas Ashraff sambil mengusap kepala Kirana.

"Maaf, encik. Kami kena bawak Puan Kirana untuk cuci kandungan." Katil Kirana ditolak meninggalkan wad. Ashraff mengikut bersama Haikal yang masih tidur di dalam stroller. "Adik dah tak ada, Haikal. Semua ni salah papa, sebab papa tak jaga mama baik-baik.

Nad, puas ke hati Nad sekarang? Nad memang tak nak adik dari mama kan? Sekarang Nad dapat apa yang Nad nakkan," bisik Ashraff kesal.

Kalaulah dia memaksa Kirana ke klinik siang tadi, pasti semua ini tidak akan berlaku. Segera dia beristighfar di dalam hati. Semua yang terjadi, adalah ketentuan Allah. Ashraff hanya mampu berdoa, semoga dia dan Kirana kuat untuk menerima takdir yang sudah Allah tetapkan untuk mereka.

Kirana menangis lagi. Dia memandang janin yang sudah tidak bernyawa itu. 'Anak mama sayang... Mama mintak maaf. Mama gagal jadi mama yang baik untuk sayang. Mama kecewakan papa, mama mintak maaf..'

Kirana redha. Doanya moga anaknya akan menunggu dia dan Ashraff di pintu syurga di akhirat nanti. Sekali lagi, dia menoleh, "Mama sayangkan anak mama. Mama mintak maaf, sayang," ucap Kirana. Saat ini, air matanya seakan sudah kering.

"Nad, mama mintak maaf. Nad tak sempat tengok adik. Hari tu Nad tanya kalau mama pregnant ke tak, kan? Mama pregnant, sayang. Tapi mama tak pandai jaga adik. Mama mintak maaf." Tanpa disedari, Ashraff terdengar luahan isterinya.

Kirana, kenapa dia terlalu baik? Dan kenapa orang sebaik Kirana langsung tidak Nadine hargai? Ashraff kesal dengan sikap anak daranya.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now