Bab 56

2K 43 0
                                    

Nadine sudah keluar beraya bersama kawan-kawan sekolahnya. Dia juga membawa Haikal pergi beraya bersamanya. Alasan Nadine, biarlah Ashraff dan Kirana meluangkan masa bersama sebagai suami isteri di hari raya ini. Ashraff sempat berpesan pada Nadine untuk pulang ke rumah sebelum tiba waktu Zuhur.

"Sayang? Kuih ni sayang yang buat?" tanya Ashraff sambil mengambil sebiji kuih suji dari dalam balang kuih raya.

"Haah, Kira yang buat. Nad kata abang suka kuih suji tu. Sebab tu Kira buatkan. Kenapa, abang? Tak sedap ke?" tanya Kirana. Ashraff pantas menggeleng.

"Taklah. Kuih yang sayang buat ni sedap. Dah lama abang tak rasa kuih ni," ujar Ashraff. Kirana memandang suaminya. "Kenapa dah lama tak rasa? Sebelum ni, cik Sofea tak buatkan untuk abang ke?" tanya Kirana.

"Sofea tak suka memasak. Abang pernah beli kat luar, tapi rasa lain. Tak sesedap air tangan seorang isteri," ujar Ashraff sambil merenung ke arah Kirana. Kirana tersenyum malu. Tangannya mengusap perut.

"Terima kasih, sayang. Sebab buatkan kuih favourite abang," ucap Ashraff.

"Sama-sama, abang. Kira happy sangat sebab abang suka kuih yang Kira buatkan," balas Kirana. Ashraff menyuakan baki kuih yang dimakannya tadi kepada isterinya. Kirana membuka mulut dan Ashraff menyuapnya. Tiba-tiba dahi Kirana berkerut.

"Hm, abang! Kuih ni manis sangatlah. Mesti Kira tersalah timbang gula masa buat kuih ni semalam. Sorry. Tapi kenapa abang nak makan jugak? Kan manis sangat tu," tegur Kirana. Dia sudah mula mahu mengambil balang kuih itu tetapi Ashraff pantas menyembunyikannya di belakang.

"Tak apalah, sayang. Abang suka kuih ni manis macam orang yang buatnya jugak," puji Ashraff.

"Abang, tak lawak okey? Bak sini! Nanti kalau abang kena sakit kencing manis macam mana?" Kirana cuba mengambil balang kuih raya dari belakang suaminya. Ashraff mengambil peluang itu untuk memeluk erat pinggang isterinya.

"Abang!" marah Kirana sambil menepuk dada suaminya.

"Lama rasanya abang tak peluk sayang macam ni," ujar Ashraff sambil tersengih nakal.

"Abang, ni pagi raya tau. Malulah buat perangai macam ni," marah Kirana.

"Baby, tengoklah mama ni. Papa nak manja-manja dengan mama pun kena marah," adu Ashraff sambil memandang perut isterinya. "Mengada tau! Mengadu kat baby pulak!" Kirana tergelak dengan perlakuan manja suaminya. Ashraff masih tidak melepaskan pelukannya.

"Dada sayang, macam tengah panggil nama abang aje."

"Tak payah perasan okey? Dahlah, Kira nak makan ni. Baby abang ni pun dah lapar dah tau," ujar Kirana. Dia masih mencuba meloloskan diri dari pelukan suaminya.

Namun, sesuatu yang yang tidak Kirana jangka berlaku. Ashraff bangun sambil mendukung tubuh Kirana. Dengan selambanya dia berjalan menuju ke arah meja makan. Kirana yang berada dalam dukungannya, sudah meronta perlahan, minta dilepaskan.

Ashraff duduk di atas kerusi manakala Kirana didudukkan di atas ribanya. Merah padam wajah Kirana apabila Ashraff mengalihkan tangannya ke bahagian pinggulnya.

"Abang, macam mana Kira nak makan kalau abang asyik peluk macam ni?" tegur Kirana.

"Abang suapkanlah. Bukak mulut, sayang." Ashraff menyuakan secubit ketupat dan rendang ke mulut Kirana. Nak suapkan ya? Siaplah! Kirana membuka mulut dan serentak itu, dia menggigit jari Ashraff.

"Aduh! Sakitlah, sayang! Sejak bila pandai gigit abang ni?" soal Ashraff dengan dahi yang berkerut.

"Padan muka. Abang nak gatal sangat kan?" balas Kirana. Ashraff kembali tersengih.

"Tak kisahlah. Janji abang dapat peluk sayang macam ni sepanjang hari." Kirana membulatkan matanya. Sangkanya Ashraff akan melepaskan pelukan, namun makin erat suaminya memeluknya.

Tubuh Kirana ditarik sehingga Kirana tiada peluang langsung hendak menolak. Tangan Kirana secara refleksinya memeluk leher suaminya. Melebar senyuman Ashraff sebelum dia menyuap makanan ke mulut isterinya.

"Abang suka sayang rapat dengan abang macam ni," bisik Ashraff. Kirana mengetap bibirnya, menahan geram. Pipi Ashraff dicubit. "Eiii, orang tua ni kalau nak bermanja lain macam kan? Seramlah Kira dengan abang ni," komen Kirana.

"Tapi orang tua ni romantik tau. Rugi kalau sayang tak hargai betapa romantiknya orang tua ni," ujar Ashraff. Kirana mencebik. Tangannya masih lagi melingkari leher suaminya.

"Abang ni kan. Tak kira hari raya ke, bukan hari raya ke, memang miang kan. Abang jangan mengada-ngada eh? Ingat sikit, anak abang dalam perut ni," balas Kirana.

"Eh, memang abang ingat anak abang dalam ni. Sayang ingat abang nak buat apa?" Ashraff menahan tawa apabila melihat wajah Kirana yang merona merah itu. Fikir bukan-bukanlah tu, desis hati Ashraff.

"Hab-habis tu, yang abang asyik peluk Kira macam ni, kenapa?"

"Tak salahkan? Sayangkan halal untuk abang peluk, untuk abang cium." Serentak itu, bibir Kirana dikucupnya. Namun, tidak lama apabila Ashraff mendapat panggilan telefon. Tanpa melepaskan pelukan pada isterinya, dia mengangkat panggilan telefon tersebut.

"Waalaikumussalam. Ya, saya Ashraff Nadim. Ada apa?" tanya Ashraff pada pemanggil di hujung talian. Kirana dapat melihat wajah suaminya sudah berubah riak. Apa yang terjadi?

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now