Bab 23

2.5K 55 0
                                    

Kirana perasan sejak suaminya berterus-terang padanya tentang apa yang berlaku dahulu, Ashraff seperti terfikirkan sesuatu. Sarapan pagi tadi pun hanya dijamahnya sedikit. Kirana duduk di sisi Ashraff di atas sofa. "Abang? Abang okey tak ni?" tanya Kirana. Jujur, Kirana tidak kisah langsung tentang apa yang berlaku pada hubungan Ashraff dan Sofea. Benda dah lepas, tak perlu diingati andai itu hanya melukakan.

"Sayang, sayang mesti kecewa dengan abang kan?" soal Ashraff tanpa menjawab pertanyaan Kirana tadi.

"Taklah. Kenapa pulak Kira nak rasa kecewa dengan abang?" balas Kirana.

"Abang dayus, sayang. Sebab tu abang tak nak jatuh cinta pada sesiapa lagi selepas Sofea. Abang takut, kerana terlalu cintakan seseorang, abang jadi buta mata dan buta hati. Abang biarkan aje maksiat berlaku depan mata abang.

Sikit pun abang tak tegur kekhilafan Sofea dulu, sampai dia boleh-" Sebak Ashraff hendak menghabiskan ayatnya. Kirana menggosok perlahan bahu suami, cuba menenangkannya.

"-sampai dia boleh mengandungkan anak luar nikah. Abang rasa, maruah abang dipijak sampai lumat. Walaupun sebenarnya abang yang pijak maruah abang sendiri." Panjang lebar Ashraff bercerita. Sedikit sebanyak beban yang dipikul beransur hilang.

"Abang, Kira yakin semua yang jadi ada hikmah-Nya. Kira faham, abang kecewa bila cik Sofea tergamak buat abang macam tu."

"Sebab tu jugaklah, abang seksa hidup Kira. Abang takut sampai abang tutup pintu hati abang untuk isteri abang ni. Abang mintak maaf tau, sayang." Kirana mengukir senyuman manis sebelum mengusap pipi suaminya.

"Kira tak ambik hati pun. Lagipun sekarang kan abang tengah cuba untuk terima Kira? Kira janji, Kira takkan tinggalkan abang kecuali abang yang buang Kira," ucap Kirana. Ashraff menggelengkan kepalanya.

"Tak, abang takkan biarkan Kira pergi, sayang. Abang nak hidup dengan Kira, sampai abang mati," balas Ashraff.

"Kira sayang abang," bisik Kirana sambil cuba menahan sebak.

"Abang pun sayang Kira jugak."

"SUNYILAH bila Nad dengan Haikal tak ada. Nak tunggu diorang balik esok, macam lama sangat," rungut Kirana. Dia benar-benar rindukan kedua-dua anak tirinya itu. Ashraff menoleh ke arah isterinya.

"Betullah tu. Sunyi. Tapi abang kan ada? Hari ni sayang nak pergi mana? Abang akan temankan sayang sepanjang hari," pelawa Ashraff.

"Betul ni?"

"Betullah."

"Tak ke mana-mana kot. Malaslah nak keluar." Kirana membalas. Ashraff menjongketkan keningnya.

"Duduk rumah aje ya? Bagus jugak tu, boleh peluk sayang puas-puas. Tak ada orang tengok dan kacau," ujar Ashraff sambil kedua-dua tangannya memeluk erat pinggang Kirana.

"Tu dah mulalah tu. Ulat bulu naik daun," kutuk Kirana.

"Ulat bulu pun ulat bululah. Janji abang dapat peluk sayang sepanjang hari."

"Sepanjang hari? Habis tu, dapur tak payah berasap ke macam mana?" balas Kirana sambil tersenyum. Padahal dalam hati, debaran hebat dirasakan. Hai lah jantung. Nampak gayanya kena standby masuk IJN lah.

"Abang tak kisah, makanan ada depan mata sekarang ni." Kirana membulatkan mata. Makin gurau kasar suaminya ini. Menyesal pulak cakap nak duduk rumah aje.

"Eh, dahlah. Kira nak keluarkan ayam. Nak masak kejap lagi," ujar Kirana sambil melonggarkan pelukan Ashraff pada pinggangnya. Baru sahaja dia hendak bangun, Ashraff sudah menarik lengannya sehingga Kirana terjatuh di atas riba suaminya.

"Nak pergi mana tadi? Abang tak izinkan." Ashraff memberi arahan sambil mengangkat kening. Tubuh Kirana yang mendarat di atas badannya dipeluk erat.

"Abang, lepaslah. Kenapa macam budak-budak sangat ni? Abang sedar tak abang tu dah tua?" Kirana mengutuk suaminya, selamba.

"Tak kira. Abang nak jadi budak-budak dengan sayang aje. Tak salahkan?" balas Ashraff sebelum melekapkan wajahnya pada leher Kirana. Tergamam Kirana dengan perbuatan suaminya. Apabila terasa Ashraff menggigit lehernya, Kirana terjerit kecil.

"Abang~! Tak naklah main kasar macam ni." Merah padam wajah Kirana yang putih melepak itu. Ashraff tergelak kecil sambil merenung mata isterinya. Namun pelukan tetap tidak dilepaskan.

"Ni muka merah ni marah ke, malu?" bisik Ashraff.

"Dua-dua tak!" Kirana sekali lagi terjerit kecil apabila Ashraf menggigit cuping telinganya. Geli plus seram! Suaminya serupa orang gila bayang sahaja. Dalam hati Kirana tidak henti-henti mengucap syukur kerana Allah memberinya peluang untuk merasa dicintai.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now