Bab 22

2.5K 52 4
                                    

Selimut yang menutupi wajah Kirana, diselak sedikit. Rindu pula dia pada isterinya sampaikan setiap kali bangun dari tidur, Ashraff hanya mahu menatap wajah Kirana. "Morning, sayang abang," ucap Ashraff sambil mengucup pipi Kirana. Kirana terpisat-pisat bangun apabila tidurnya diganggu. "Hm, abang! Apa main cium-cium ni. Abang belum mandi lagi kan?" rajuk Kirana.

"Eh, tolong sikit! Abang dah mandi tau. Sayang tu yang belum mandi lagi. Jom, bangun. Solat Subuh, cepat," gesa Ashraff. Kirana sengaja memberatkan tubuh.

"Ala, nantilah. Penatlah, abang." Manja betul isterinya ini.

"Tak ada nanti-nanti. Solat tu wajib buat, mana boleh nanti-nanti. Cepat bangun sayang abang," pujuk Ashraff. Kirana kembali menutup wajahnya dengan selimut.

"Oh, degil ya sayang abang ni? Cepat bangun, isteri abang yang comel ni. Kalau sayang tak bangun jugak, abang dukung bawak masuk dalam bilik air. Nak tak?" Kirana masih diam tidak berkutik bagaikan tidak takut dengan ugutan Ashraff itu.

"Abang tak tahulah pulak isteri abang ni suka abang dukung dia. Best ni. Pagi-pagi isteri dah bagi green light," ujar Ashraff sambil menarik selimut dengan kasar sebelum mendukung tubuh Kirana. Kirana meronta-ronta minta diturunkan.

"Okey-okey, abang menang. Turunkan Kira, please. Seganlah abang dukung macam ni," ujar Kirana dengan wajah yang merona merah. Ashraff hanya buat tidak peduli. Dia menendang pintu bilik air yang sedikit terbuka itu. Membulat mata Kirana apabila suaminya melirik nakal ke arahnya.

"Turunkan Kira, please. Kira janji, Kira mandi sekarang jugak. Abang keluarlah!" rayu Kirana.

"Tak nak. Tadi sayang buat keras kejung atas katil. Biar abang mandikan." Ashraff sudah menurunkan Kirana dan bersedia untuk membuka baju tidur isterinya.

"Kira janji, Kira tak buat lagi. Please, abang?" Ashraff tergelak melihat tingkah isterinya.

"Tau takut. Mandi cepat, kalau lepas habis Azan Subuh nanti sayang tak habis mandi lagi, abang rempuh bilik air ni tau. Jangan ingat abang tak berani buat," ugut Ashraff sebelum berlalu keluar dari bilik air. Kirana mengunci pintu bilik air sebelum membuka pakaiannya.

"Suka paksa orang tau," gumam Kirana.

"Sayang cakap apa tu? Ingat abang tak dengar ke?" Suara dari luar membuatkan Kirana tidak berlengah. Ashraff benar-benar berdiri di hadapan pintu bilik air saat itu.

USAI menunaikan Solat Subuh, Kirana menyalami tangan Ashraff, lama. Rasa sebak yang hadir segera ditahan. Inilah pertama kali dia solat berimamkan suaminya. Terasa bahagia sungguh perasaan Kirana saat itu.

Ashraff juga begitu. Sepanjang perkahwinan dia dan Sofea dahulu, tidak pernah sekalipun Sofea sudi berimamkan dia. Ada sahaja alasan bekas isterinya beri setiap kali diajak solat berjemaah.

"Sayang betul-betul berbeza dengan Sofea," luah Ashraff tanpa sedar. Kirana terpana mendengarnya. Mengapa suaminya tiba-tiba mahu membandingkan dia dengan bekas isterinya.

"Kenapa abang cakap macam tu?" Kirana bertanya. Ashraff segera mengusap pipi isterinya.

"Sayang jangan salah faham. Abang rasa, abang kena berterus-terang, kenapa abang ceraikan Sofea dulu. Abang harap, sayang boleh terima penjelasan abang, sebab ini melibatkan maruah abang jugak," beritahu Ashraff.

"Maksud abang?" Ashraff menarik nafas sedalam-dalamnya.

Ashraff tergamam dengan apa yang dilihat di hadapan matanya. Sofea sakan berposing bersama seorang model lelaki. Berpeluk sakan tanpa sebarang batas. Tambah mengejutkan dia, model lelaki itu dengan beraninya mengucup pipi isterinya itu.

Sebaik sahaja shooting selesai, Sofea datang menghampiri Ashraff sambil memegang erat tangan model lelaki itu. Ashraff cuba bersabar. Dia sedar, dia seorang lelaki yang dayus.

"You, I nak cakap sikit." Sofea memulakan bicara.

"Apa dia?" Ashraff cuba beriak tenang.

"I nak you ceraikan I. I pregnant anak orang lain dan I nak orang tu bertanggungjawab," jawab Sofea tanpa rasa bersalah. Ashraff menggelengkan kepalanya.

"Pregnant? Berapa lama?" Dada Ashraff berombak menahan amarah.

"Dah dua minggu." Sofea membalas. Ashraff meraup wajahnya.

"Astaghfirullah'alazim. You baru bersalinkan Haikal tak sampai setengah tahun, and sekarang you pregnant anak orang lain?" Ashraff benar-benar kecewa.

"I'm sorry, Ash. Sepatutnya I mintak you ceraikan I lama dulu. Tapi I tak puas nak nikmati kekayaan you. Sebab tu I bertahan aje, sampai I sanggup lahirkan dua orang anak untuk you."

"Habis tu sekarang ni? You dah puas nikmati kekayaan I?" bidas Ashraff.

"Kekayaan you tu tak ada apa pun kalau nak dibandingkan dengan boyfriend baru I ni. Dia anak Tan Sri dan dia lagi kaya daripada you," hina Sofea.

"Baik, kalau itu yang you nak, I ceraikan you, Amna Sofea binti Samad dengan talak satu!"

"Thanks a lot, Ash! You tak tahu betapa I gembira sangat dengan lafaz talak ni. Oh ya, pasal Nad dengan Haikal, you boleh jaga diorang sendiri, sebab I dah nak ada anak dengan kekasih hati I. Jadi you nak buat apa dengan budak-budak tu, terserah pada you. By the way, tahniah, sebab you dah berjaya jadi lelaki yang dayus."

Ashraff terkedu. Benar, dia lelaki dayus.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now