Bab 25

2.5K 51 0
                                    

Haikal sudah mula mengantuk setelah selesai menyusu. Kirana menepuk-nepuk badan anak kecil itu perlahan sambil berzikir untuk mendodoikannya. Ashraff yang sedari tadi melihat tingkah isterinya dari atas katil hanya mengukir senyuman.

Kirana memang seorang ibu yang baik. Walaupun Nadine dan Haikal bukan anak kandungnya. Ashraff berjanji, dia tidak akan lepaskan Kirana pergi dari sisinya sampai bila-bila.

"Abang khayalkan apa tu?" Pertanyaan Kirana itu mematikan lamunan Ashraff.

"Tak ada apa, abang khayalkan isteri abang aje," jawab Ashraff. Kirana tersenyum malu lagi-lagi apabila Ashraff tidak henti-henti merenung dirinya. Ashraff memaut dagu Kirana sebelum mengucup ubun-ubun rambut isterinya itu.

"Terima kasih, sayang sebab jaga anak-anak kita dengan baik," ucap Ashraff.

"Abang, kan Kira dah cakap. Nad dengan Haikal tu pun anak-anak Kira jugak. Mestilah Kira akan jaga diorang dengan baik. Kira nak tanya abang. Abang ada cakap apa-apa ke kat Nad tadi?" Ashraff tahu pasti isterinya akan bertanya soalan itu padanya.

"Ada. Abang cuma pesan kat dia, supaya jaga hati mama dia ni. Jangan sampai mama dia lari jauh tinggalkan papa," balas Ashraff.

"Apalah abang ni. Kira kan dah janji yang Kira takkan tinggalkan abang. Kira tak kisah Nad nak buat apapun kat Kira. Biarlah dia puaskan hati dia, bang. Jiwa remaja dia tengah memberontak tu. Lagi kita paksa dia ikut cara kita, lagi dia kuat memberontak," pesan Kirana.

"Tapi tak bermakna dia boleh buat sesuka hati pada sayang. Abang kenal anak abang tu macam mana. Salah abang jugak sebab terlalu manjakan dia dulu. Sampai dia tak boleh terima bila orang tak ikut kehendak dia." Ashraff mengeluh kesal.

"Em, hujung minggu ni abang tak ada apa-apa kerja kan?" tanya Kirana.

"Kenapa, nak ajak abang dating ke?" usik Ashraff. Kirana menggelengkan kepalanya.

"Bukan dating. Kira nak ajak abang dengan anak-anak pergi jalan-jalan. Mungkin kalau kita luangkan masa sama-sama, Nad boleh tenang sikit."

"Asal berjalan aje kena ajak anak-anak. Bila kita nak honeymoon?" Kirana membulatkan matanya. Pantas pinggang suaminya dicubit manja.

"Eii, sempat kan nak menggatal tu?" Kirana sudah memerah wajahnya. Ashraff mengucup pipi isterinya. Dia dapat rasakan pipi Kirana panas membahang.

"Comel isteri abang ni," puji Ashraff.

"Abang pun handsome, sebab tu Kira jatuh cinta dengan abang," balas Kirana.

"Oh, jadinya kalau abang tak handsome, sayang tak jatuh cinta kat abanglah?" Kirana terfikir untuk menyakat suaminya.

"Mestilah tak. Siapa yang nak dapat suami tak handsome, perut boroi, miang? Entah-entah kalau Kira nak anak sendiri pun dia tak mampu bagi." Kirana pantas menutup mulut apabila tersedar dia sudah tersalah cakap. Dikerling ke arah suami yang sudah tersengih nakal.

"Nasib baik abang ni handsome, baik dan boleh bagi sayang anak kan?" Ashraff sudah memandang ke arah Kirana seperti seekor singa lapar. Kirana cuba melarikan diri namun Ashraff lebih pantas memaut pinggangnya sebelum menarik Kirana ke arahnya.

Merah padam wajah Kirana menahan malu apabila suaminya tidak henti-henti merenung dia tanpa sebarang kata. Ashraff mengelus lembut pipi Kirana sebelum beralih ke bibir isterinya.

Wajah dirapatkan ke arah wajah isterinya. Baru sahaja bibir mereka baru hendak bertaut, kedengaran telefon bimbit Ashraff berdering minta diangkat. Dia merengus kasar.

"Siapa pulak yang kacau daun ni?" Ashraff merengek seperti anak kecil. Kirana tergelak mendengar rengekan suaminya.

"Abang angkatlah call tu. Mana tau ada emergency?" ujar Kirana. Sebenarnya dia mahu melepaskan diri dari suaminya. Malu betul.

Ashraff mengambil telefon yang terletak di atas laci sebelah katil tanpa melepaskan pelukan pada isterinya. Kirana memegang tangan Ashraff yang masih melingkari pinggangnya.

"Abang ni, kalau iyapun nak angkat call, lepaslah pinggang Kira dulu. Kan dah tak selesa nak jawab call," marah Kirana. Ashraff mengerling ke arah isterinya. Dengan selamba, dia menutup telefonnya.

"Siapa cakap abang nak jawab call? Abang nak off phone terus biar tak ada orang boleh kacau kita." Kirana menelan liur. Suaminya benar-benar serius padahal tadi dia bergurau sahaja. Sengaja mahu menyakat.

"Abang, Kira gurau ajelah tadi. Kira saja aje cakap macam tu sebab nak sakat abang," beritahu Kirana.

"Oh yeke?" Kirana mengangguk laju. Berharap Ashraff melepaskan pelukannya.

"Betul! Kira main-main aje tadi." Ashraff nampak seperti kecewa sahaja tetapi hanya seketika. Dia tersenyum nakal sambil memandang Kirana.

Denyutan jantung Kirana bertambah laju apabila Ashraff sudah melagakan hidung mereka berdua.

"Dah terlambat." Kirana hanya mampu mengalah.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now