Bab 57

1.8K 43 0
                                    

Sofea yang terbaring lemah di atas katil itu dipandang. Ashraff menghampiri wanita yang pernah dicintainya sepenuh hati. Sedih hatinya melihat keadaan Sofea yang sedang bertarung nyawa itu. 

Penyakit HIV yang dihidapinya sudah di tahap kritikal, dan Sofea tidak mempunyai masa yang lama. Kerana itu, dia mahu berjumpa dengan Ashraff buat kali terakhir. Dia mahu memohon ampun daripada lelaki yang pernah dicintainya itu.

"Assalamualaikum." Ashraff memberi salam. Sofea membuka matanya sedikit.

"Waalaikumussalam. You sorang aje ke, Ash?" tanya Sofea. Ashraff mengangguk perlahan.

"Nad pergi beraya dengan Haikal. Kirana ada kat rumah, yelah risau kalau Nad dan Haikal balik nanti tak ada orang pulak kat rumah," balas Ashraff.

"You tak cakap apa-apa kat Nad kan pasal I?" soal Sofea. Ashraff menggelengkan kepalanya.

"Tak, I hormat keputusan you. I takkan bagitahu dia apa-apa," jawab Ashraff. Dia duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil Sofea.

"Thanks, Ash. I nak mintak maaf banyak-banyak kat you. I tahu I banyak buat salah dengan you. I isteri yang nusyuz dan I yakin ini kifarah yang Allah beri pada I," ujar Sofea, sebak.

"Tak baik you cakap macam tu. Yang penting, you dah sedar, you dah bertaubat. I dah lama maafkan you, Sofea. You tetap mama pada anak-anak I," pujuk Ashraff. Sofea mengukir senyuman. Kalaulah dulu dia hargai suami sebaik Ashraff, pasti sekarang dia akan hidup bahagia bersama lelaki itu.

Melihat anak-anak membesar di hadapan mata, jalani hari tua bersama sampai ke akhir hayat. Tapi itu semua angan-angan sahaja. Sofea sendiri yang memusnahkan angan-angan itu.

"I tak layak jadi seorang mama, Ash. I sanggup jual anak I sendiri sebab nakkan duit. I tak peduli langsung dengan maruah Nad.

Haikal pulak, dari dia lahir I tak pernah ambil berat pasal dia. I tak pernah terfikir nak jaga dia. Yang I fikir cuma enjoy myself," ujar Sofea. Dari nada suaranya, jelas kedengaran kesal yang tak tertanggung.

"Nad tu sayangkan you, Sofea. Dan I yakin, Haikal pun sama. Takkan ada mana-mana kuasa dalam dunia ni yang boleh nafikan hak you sebagai ibu kandung Nad dan Haikal." Ashraff membalas. Sofea semakin sebak mendengarnya.

"Kirana, dia perempuan yang baik kan? Dia sayangkan anak-anak kita macam anak-anak dia sendiri?" soal Sofea.

"Ya, Kirana sayangkan anak-anak kita. Dia tak pernah mengeluh setiap kali melayan Nad dan Haikal." Ashraff tersenyum apabila teringatkan isterinya di rumah. Selepas mendapat panggilan telefon tadi, Kirana yang beriya-iya menyuruh Ashraff melawat bekas isterinya itu.

Walhal, Ashraff tahu, dalam hati Kirana, isterinya itu cemburu. Masih jelas terbayang wajah Kirana berubah selepas dia memandu keluar dari rumah. "I mintak maaf, sebab ganggu masa you dengan dia. You mesti nak happy-happy kan hari raya ni dengan wife you?" ucap Sofea.

"Tak apa. I tahulah nak pujuk Kirana macam mana nanti. Biasalah, perempuan mengandung. Sensitif sikit," ujar Ashraff.

"Dia pregnant? Congratulations, Ash," ucap Sofea, ikhlas. Ashraff mengukir senyuman bahagia. Beruntung Kirana, kerana bersuamikan lelaki seperti Ashraff Nadim. Ashraff Nadim, apabila dia mencintai seseorang, dia akan menjaga orang itu melebihi nyawanya sendiri.

"Thanks, Sofea. Nanti you dah sihat, you datanglah rumah I, beraya dengan kami," ajak Ashraff. Sofea hanya tersenyum pahit. "Masa I tak lama, Ash. Entah I sempat beraya atau tak dengan anak-anak kita. I ralat sebenarnya, Ash.

Masa I ada peluang tu, I sia-siakan. I buang family I sendiri semata-mata-"

"Dahlah tu. Benda dah lepas, tak perlu kita ungkit lagi."

"Ash, I nak beritahu you something, and benda ni penting. You kena jaga family you, Ash," ujar Sofea dengan nada serius. Ashraff mengerutkan dahinya.

"Kenapa, Sofea?"

KIRANA duduk sendiri di sofa ruang tamu. Jam di dinding dikerling. Sudah dua jam sejak Ashraff keluar menemui bekas isterinya. Nadine dan Haikal masih belum pulang walaupun waktu Zuhur hampir masuk. Budak-budak bila beraya begitulah. 

Seronok sangat nak kutip duit raya. Kirana tidak terkata apa apabila Nadine menelefonnya mengatakan dia akan pulang lewat sedikit kerana cikgunya ada membuat rumah terbuka.

"Baby, nasib baik ada baby temankan mama hari raya ni. Papa dah keluar, jumpa bekas isteri dia. Kakak dengan abang pergi beraya. Mama sunyi, sayang.

Mama ingatkan mama kuat, sampai biarkan papa tinggalkan mama sorang-sorang sekarang ni. Tapi mama tak kuat, sayang. Mama cemburu, sebab papa masih ada tempat dalam hati perempuan lain. Mama tahu, cik Sofea tu tengah sakit. Tapi mama tak suka bila dia masih nak jumpa papa.

Mama tahu mama tak patut pentingkan diri. Tapi mama tak sanggup nak tipu diri sendiri, sayang. Mama sayang sangat kat papa, dan mama tak nak kehilangan papa," ujar Kirana sambil mengusap-usap perutnya.

Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang menghampirinya dari arah belakang. Dia terdengar luahan Kirana tadi sambil tersenyum sinis. Kali ini, dia akan pastikan keluarga Ashraff hancur. Dan untuk kali ini mangsanya ialah Kirana.

"Hai, Kirana!" tegur suara itu. Kirana menoleh dan dia membulatkan matanya, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat itu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now