Bab 30

2.5K 49 0
                                    

Ceria sungguh wajah Ashraff pagi itu. Hakim mengekori langkah Ashraff masuk ke dalam pejabatnya. "Wah, happy nampak? Ada good news ke?" risik Hakim. Ashraff tersenyum ke arah sahabatnya. "Happy pun tak boleh ke, bro?" tanya Ashraff. Hakim mencebik. "Eleh, tak payahlah acah innocent. Haikal nak jadi abang dah ke?" soal Hakim tanpa sebarang dalih lagi.

"Apalah kau ni. Haikal tu kecik lagi, takkan nak jadi abang dah kot?" dalih Ashraff.

"Manalah tahu, ada rezeki Haikal nak jadi abang tu tinggi. Yelah, ada orang tu tengah bahagia sekarang. Sampai jarang masuk office," usik Hakim.

"Merepeklah kau ni, Kim. Kalau ada good news, kau orang pertama yang aku akan inform tau," ujar Ashraff sebelum membelek telefonnya. Ashraff tidak henti-henti mengukir senyuman apabila berbalas whatsapp dengan isteri kesayangannya.

"Eh, anak dara kau tu, macam mana? Masih tak boleh terima Kirana?" soal Hakim. Serta-merta Ashraff mengangkat muka dari telefon bimbit. Keluhan kecil dilepaskan.

"Aku tak tahulah macam mana lagi nak cakap dengan anak aku tu. Dia bukannya tak faham, tapi dia buat-buat tak nak faham yang semua ni takdir. Dah jodoh aku dengan Kirana, dan jodoh aku dengan mama kandung dia dah berakhir.

Semalam, dia tolak Kirana sampai air panas terkena kaki isteri aku tu. Aku tak sangka dia boleh jadi macam tu. Sanggup cederakan orang untuk kepuasan hati dia. Tapi nasib baik luka melecur isteri aku tu tak teruk," cerita Ashraff.

"Biar betul? Kau rasa ada dalang ke yang sebabkan anak kau jadi macam ni?" tanya Hakim.

"Aku rasa ada. Sofea. Sebelum Sofea datang balik dalam hidup aku, Nad tu okey aje. Dia cuma berani buat kacau, prank semua babysitter yang aku upah untuk jaga dia dengan Haikal, termasuk Kirana.

Tapi sejak Sofea datang, Nad makin berani main kasar, sampai sanggup cederakan orang lain seteruk tu. Kau tengok ni," ujar Ashraff sambil menunjukkan sesuatu dari telefon bimbit Nadine yang dia rampas semalam.

Ada banyak pesanan whatsapp yang Sofea hantar pada Nadine. Semuanya berbaur hasutan. Macam-macam yang Sofea hasut Nadine supaya terus bencikan ibu tirinya.

-Nad rasa ada ke mama tiri yang baik?-

-Nad dah tak sayangkan mama?-

-Jangan biarkan perempuan tu terus bersama papa, nanti papa akan buang Nad dan adik.-

-Perempuan tu pura-pura aje sayangkan Nad dan adik.-

-Kalau ada peluang, Nad cederakan dia aje. Jangan risau, Nad tak salah. Nad cuma nak kembalikan papa pada mama aje.-

Mengucap panjang Hakim apabila membaca mesej daripada Sofea pada Nadine itu. Sampai macam tu sekali dia hasut darah dagingnya sendiri?

"Jap, apa motif Sofea nak balik pada kau?" soal Hakim. Ashraff tersenyum sinis.

"Apa lagi, pasal duitlah. Aku dengar dari Nad, dia kena tipu aje dengan kekasih hati dia. Lepas dia keguguran, kekasih hati dia tinggalkan dia. Kifarah Allah tu dahsyat kan. Sekelip mata aje, semua boleh ditarik dari kita," ujar Ashraff.

"Betul, sebab tu kita kena buat baik dengan semua orang walaupun orang tak hargai. Semoga kita pun dapat yang baik-baik," sokong Hakim. Ashraff tersenyum mendengar nasihat kawan baiknya.

"Aku sentiasa berdoa, semoga Nad terima Kirana sebagai sebahagian dari keluarga kami. Kirana, memang ibu yang baik untuk anak-anak aku. Dia ikhlas sayangkan anak-anak aku," luah Ashraff.

"Dan dia pun ikhlas cintakan kau, kan?" Senyuman Ashraff semakin melebar apabila mendengar ayat Hakim itu.

"Aku tak henti-henti bersyukur dengan apa yang Allah beri pada aku hari ni. Aku kecewa dengan cinta pertama, tapi cinta Kirana membahagiakan aku. Babysitter tu, isteri aku." Bayangan wajah Kirana bermain-main di ruang matanya.

"Angau betul kau dengan isteri kau tu kan? Suka aku tengok kau macam ni, Ash. Aku doakan kau bahagia dengan Kirana sampai bila-bila. Cepat-cepat tambah anak, tau!" usik Hakim lagi sebelum berlalu keluar dari pejabat Ashraff.

'Tambah anak? Bagus jugak idea tu.' Nakal senyuman Ashraff, lagi-lagi apabila dia menerima pesanan whatsapp daripada isterinya.

-Abang kerja elok-elok tau. Jaga diri. Kira sayang abang sangat-sangat.-

Ashraff tidak menunggu lama sebelum membalas,

-Okey, sayang. Sayang pun jaga diri, jaga anak-anak kita. Abang pun sayang isteri abang ni sangat-sangat.-

Selepas sesi membalas berakhir, Ashraff kembali menyambung kerjanya.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now