Bab 11

2.6K 57 0
                                    

Pagi itu, Kirana sudah memulakan tugasnya seperti biasa. Dia terfikir hendak masak masakan kegemaran Nadine, iaitu nasi goreng cili padi. Nak ambik hati budak remaja macam Nadine tu, kena banyak sabar. Kena banyak mengalah. Jiwa senang memberontak.

Dia leka menyediakan bahan-bahan masakan sehingga tidak sedar Ashraff sedari tadi memerhatikan dia tanpa henti.

Kagum sekejap Ashraff melihat isterinya begitu ligat membuat kerja dapur. Sekali lagi dia membandingkan Kirana dengan Sofea, bekas isterinya. Sofea memang jarang memasak. Mereka selalunya akan makan makanan dari luar ataupun Ashraff yang akan memasak untuk mereka sekeluarga.

Ashraff terdengar bunyi pintu bilik Nadine dikuak menandakan anak daranya akan turun ke tingkat bawah. Pantas sahaja Ashraff menghampiri Kirana sebelum memeluk pinggang isterinya itu dari belakang.

Kirana apalagi? Terkejut beruk la jawabnya. Nasib baik dia tak hempuk dahi Ashraff dengan lesung batu yang dipegangnya.

"Encik ni ke-" Belum sempat Kirana menghabiskan pertanyaannya, Ashraff menyampuk.

"Nad dah turun. Kita berlakon aje macam yang saya cakap semalam," potong Ashraff dalam nada berbisik. Kirana mengangguk lemah. Oh, patutlah tiba-tiba datang peluk dari belakang.

"Sayang, nak abang tolong apa-apa tak?" Ashraff sudah memulakan lakonannya.

"Tak-tak payahlah, abang. Kira boleh buat sendiri," balas Kirana. Sebenarnya dia tiada masalah pun hendak berlakon di hadapan Nadine, namun yang membuatkan dia tak senang duduk adalah apabila tangan Ashraff mengusap lembut pinggangnya.

"Kesian isteri abang ni, buat kerja sorang-sorang. Apa salahnya kalau abang tolong kan?" Kali ini, Ashraff merapatkan bibirnya ke telinga Kirana. Aduh, jantung! Janganlah kerja kuat sangat. Relax, Kira! Suami kau tu berlakon aje.

"Abang, betul nak tolong ke?" tanya Kirana. Dalam masa yang sama, dia cuba menjauhkan wajahnya dari wajah Ashraff.

"Betullah. Ingat abang main-main ke?" Ashraff pura-pura tidak mengerti akan tingkah Kirana itu. Kali ini, pipi mereka berlaga sesama sendiri.

'Pak cik ni kan! Romantik terlebihlah pulak.' Namun ayat itu hanya bergema di mindanya.

"Morning, papa." Kedengaran suara Nadine menegur papanya. Tatkala itu, barulah Ashraff melepaskan pelukannya dari Kirana. Kirana menghela nafas lega.

"Morning, anak papa. Tak wish good morning kat mama?" tegur Ashraff. Nadine menjeling ke arah Kirana. "Morning." Ringkas sahaja dia menegur Kirana, namun Kirana tetap membalasnya.

"Morning, sayang mama. Tunggu kejap ya, mama tengah nak masak makanan kegemaran Nad." Kirana terus menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Tiba-tiba, "Arghh!" Kirana menyapu matanya yang pedih. Ketika dia menumbuk cili padi tadi, tidak sengaja terpercik ke dalam matanya. Ashraff terus memegang wajah isterinya.

"Eh, kenapa ni sayang?" tanyanya.

"Mata.... terkena cili..." beritahu Kirana. Ashraff segera membuka paip air dan menyapu mata Kirana dengan air perlahan-lahan. "Dah okey?" tanya Ashraff lagi.

"Okey." Nadine yang sedari tadi menjadi pemerhati, sudah mengangkat punggung dari meja makan dan melangkah ke luar rumah. Meluat dia melihat drama papa dan mama tirinya itu. Nak termuntah, gerutu Nadine dalam hati.

Ashraff hanya memerhati tingkah anak daranya dari ekor mata. Seketika dia tersenyum apabila teringatkan wajah anaknya yang cemberut itu.

"Encik ni, tak patut tau buat Nad macam tu," tegur Kirana sambil menggosok matanya yang masih pedih.

"Biarlah dia hadap dan tengok perangai papa dia ni. Dah selalu sangat kata, papa nak kahwin lainlah, papa ada hati kat Kak Kiralah. Nak sangat papa dia kahwin lain, hadap ajelah," balas Ashraff. Kirana menggeleng perlahan sambil mengukir senyuman.

"Encik ni macam budak kecik lah. Dengan anak sendiri pun nak ajak bergaduh," komen Kirana. Ashraff hanya diam membisu sambil merenung ke arah Kirana.

"Sakit lagi ke mata tu?" Ashraff menukar topik perbualan.

"Sakit sikit. Encik cakap nak tolong tadi kan? Boleh tak, encik tolong sambung masak? Saya rasa, saya kena duduk kejaplah sementara nak tunggu mata saya hilang pedih ni," ujar Kirana sambil tersengih.

"Oh, saya pulak kena masak?"

"Yelah, tadikan encik yang offer nak tolong saya. Boleh ya? Terima kasih," balas Kirana sambil melangkah berhati-hati namun dia tersadung dinding dan hampir terjatuh. Nasib baik Ashraff sempat menangkap tubuhnya dari terjelopok atas lantai.

"Saya tolong ini ajelah nampak gayanya," ujar Ashraff membuatkan Kirana mengerutkan dahinya.

"Hah?" Tidak sempat dia hendak bertanya lebih-lebih, Ashraff sudah mencempung tubuhnya sebelum melangkah ke tingkat atas. Terkejut Kirana dibuatnya namun apabila dia melihat Nadine tidak berkelip memandang mereka berdua, dia hanya mendiamkan diri.

"Tak guna betullah! Papa cuma boleh dukung mama aje, bukan perempuan lain!" gumam Nadine.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now