Bab 73

3.8K 70 15
                                    

"Nad, boleh tak papa tumpangkan Afieq kat bilik Nad malam ni?" tanya Ashraff. "Eh, abang! Tak payahlah susahkan Nad. Kesian dia nak kena jaga Haikal lagi. Lagipun Afieq ni-" Belum sempat Kirana menghabiskan ayatnya, Nadine menyampuk. 

"Boleh, papa. Mama, Nad bolehlah jaga adik-adik. Lagipun esok kan cuti. Biarlah Afieq tidur dengan Nad, dengan Haikal. Mama tidurlah berdua dengan papa," ujar Nadine sebelum mengenyitkan matanya pada Ashraff. Ashraff sudah meleret senyuman sinis.

"Thank you, anak kesayangan papa. Mama pergi hantar Afieq kat bilik Nad, lepas tu jangan lupa masuk bilik. Papa nak cakap dengan mama," ujar Ashraff sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Kirana membuat muka simpati pada Nadine.

"Nad, tolonglah mama. Mama tak sengaja pun nak gelakkan papa tadi," rayu Kirana. Nadine mengangkat bahunya. "Nad tak tahu dan Nad tak nak masuk campur. Mama settle sendiri dengan papa. Mama hantar Afieq kat bilik Nad okey?" Nadine turut naik ke tingkat atas.

Hendak tak hendak, Kirana membontoti langkah Nadine ke arah biliknya. Afieq diletakkan di atas katil Nadine. "Okey, mama pergilah balik bilik. Nad boleh jaga adik-adik." Nadine seperti menghalau Kirana keluar dari biliknya.

"Mama tidur bilik Nad aje ya?" Kirana memberi cadangan.

"Eh, mana boleh? Takkan mama nak biarkan papa tidur sorang-sorang?" larang Nadine sebelum melirik senyuman nakal. Dengan langkah yang berat, Kirana melangkah keluar dari bilik Nadine sebelum bergerak ke biliknya.

Seram pula dia hendak membuka pintu. Apabila pintu dibuka, Kirana menjengukkan kepalanya ke arah katil. Ashraff tiada di situ. Dia pandang pula ke arah bilik air, tiada juga kelibat suaminya. Kirana masuk sebelum menutup pintu bilik.

Hampir luruh jantung Kirana apabila dia terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Kirana terjerit kecil. "Abang! Terkejut Kiralah!" marah Kirana. Ashraff memusingkan badan Kirana supaya menghadapnya. Serius sahaja wajah suaminya.

"Sayang masih nak ketawakan abang lagi ke?" soal Ashraff. Kirana menggelengkan kepalanya.

"Tak-tak! Kira janji Kira tak ketawakan abang lagi dah. Kira mintak maaf, abang," ucap Kirana sambil menyusun 10 jarinya. Ashraff tidak membalas, sebaliknya dia mencempung tubuh Kirana. 

Kaki diatur ke arah katil sebelum dia mencampak tubuh isterinya di atas katil. Mujur tilam empuk, kalau tak mau patah tulang belakang aku, desis hati Kirana.

"Abang, apa main kasar macam ni?" tanya Kirana sambil cuba meloloskan diri daripada Ashraff yang sudah menghampirinya.

"Sayang kata abang apa tadi? Hampir jadi warga emas? Sayang tau tak, dalam usia 42 tahun pun, lelaki masih kuat lagi asalkan dia jaga pemakanan dan jaga kesihatan?" tanya Ashraff. Kirana menggaru kepalanya yang masih dilitupi shawl yang dipakai.

"Apa kena mengenanya? Kuat dari segi apa?" tanya Kirana semula. Ashraff tersenyum sinis.

"Afieq dah cukup besar tak untuk dapat adik baru?" Membulat mata Kirana mendengar soalan suaminya.

"Abang, Afieq tu baru enam bulan tau. Tak puas lagi dia nak bermanja dengan kita, takkan nak bagi dia adik pulak?" tanya Kirana lagi.

"Jadi sayang setuju yang abang belum jadi warga emas lagi?"

"Ya, abang. Umur 42 tu tak termasuk warga emas lagi. Bila dah umur 60-an baru dikira warga emas. Puas hati?" Ashraff tergelak mendengar kata-kata isterinya.

"Tau takut. Abang gurau ajelah sayang. Abang pun tau Afieq tu kecik lagi, dia tak sedia nak jadi abang," balas Ashraff sebelum berbaring di atas riba Kirana.

"Abang, nak bermanja pun tengoklah masa sama. Nak dekat pukul 2 pagi tau," tegur Kirana. Ashraff terus memejamkan mata sambil memeluk pinggang Kirana.

"Alang-alang Afieq tak ada kat dalam bilik ni, apa salahnya sayang layan papa dia? Rindulah kat sayang. Sayang asyik ulit Afieq aje, bila masa pulak sayang nak ulit abang ni?" usik Ashraff.

"Nak ulit ya? Ni Kira bagi 30 kali ulit," ujar Kirana sambil mencubit-cubit perut Ashraff. Ashraff pantas menangkap tangan isterinya.

"Aduh, sayang! Janganlah kasar-kasar sangat. Sakit tau," rajuk Ashraff. Kirana mencubit pipi suaminya, geram.

"Baru berapa kali ulit tu. Tak sampai 30 kali lagi," balas Kirana. Ashraff memuncungkan bibirnya. Alahai, nasib baik handsome. Kalau tak, malas nak layan.

"Bukan macam tu! Sayang kena ulit abang macam ni." Ashraff meletakkan tangan kanan Kirana yang berada dalam genggamannya di atas kepalanya.

"Usap-usap kepala abang, kalau boleh pakej urut kepala sekalilah. Lepas tu, tangan sayang sebelah lagi peluk badan abang."

Kirana hanya melayan. Gigih betul suaminya mengajarkan dia cara untuk bermanja. Tangannya yang berada di kepala Ashraff, mengusap lembut rambut suaminya. "Kira sayang abang," bisik Kirana. Ashraff tersenyum bahagia mendengarnya.

"Abang pun sayang babysitter a.k.a isteri kesayangan abang ni," balas Ashraff. Kirana membalas senyuman suaminya. Ya Allah, mudah-mudahan kebahagiaan mereka kekal sampai ke Jannah-Mu. Aamiin....

-Tamat-

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now