Bab 20

2.7K 63 3
                                    

Nadine dan Haikal tidak jadi mengikut mereka pulang selepas selesai membeli barang. Nadine beriya-iya mahu mengikut Sofea pulang bersama Haikal dan Ashraff tidak membantah. Sofea tetap ibu kandung mereka.

Takkan Sofea hendak berbuat sesuatu yang buruk pada mereka berdua pula. Sepanjang di dalam kereta, Kirana hanya mendiamkan diri. Sepatah yang Ashraff tanya, sepatah itu juga jawapan Kirana.

"Senyap aje hari ni?" tegur Ashraff.

"Tak ada apa nak cakap," balas Kirana. Ashraff mengeluh kecil. Dia tidak suka Kirana yang ini. Kirana yang melayannya acuh tak acuh. Dia mahu Kirana melayannya seperti sebelum ini.

"Awak masih marahkan saya pasal semalam?" soal Ashraff. Kirana menggelengkan kepalanya. Ashraff bengang. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan secara tiba-tiba. Terkejut Kirana dibuatnya. Mujurlah dia memakai tali pinggang keledar. Jika tidak, pasti dahinya benjol gara-gara terhantuk dashboard kereta.

"Encik ni kenapa? Tiba-tiba berhenti mengejut macam ni? Nasib baik tak jadi apa-apa tau?" marah Kirana. Ashraff menoleh ke arahnya dengan wajah yang merah padam. Marah kah?

"Awak sengaja nak tunjuk protes kan, Kirana? Awak nak buat saya rasa bersalah dengan apa yang jadi semalam? Kan?" marah Ashraff.

"Saya tak fahamlah apa yang encik cakap ni?" balas Kirana.

"Tak faham ke, sengaja buat-buat tak faham?" bidas Ashraff. Kirana menoleh ke arah luar tingkap, tidak mahu menatap wajah suami.

"Pandang saya, Kirana!" arah Ashraff. Kirana hanya buat tak tahu sahaja. Melihat reaksi Kirana itu membuatkan Ashraff bertambah bengang. Tanpa berfikir panjang, dia memaut dagu Kirana kasar sebelum menarik muka si isteri supaya menghadapnya.

"Sakitlah, encik!" Kirana mengaduh namun Ashraff tidak mempedulikannya.

"Sakit? Awak aje yang rasa sakit? Saya ni?" Kirana cuba mengalihkan tangan Ashraff dari dagunya namun tidak dilepaskan. Dengan berani, Kirana menatap mata suaminya.

"Kenapa encik nak rasa sakit sedangkan ini yang encik nak? Nad pun tak ada kat sini, untuk apa kita berlakon mesra lagi? Hubungan kita sekadar majikan dan pekerja saja. Suami isteri hanya di depan Nad, kan?" tanya Kirana. Saat itu, barulah Ashraff melepaskan cengkamannya.

"Saya, saya mintak maaf, Kirana." Hanya itu yang mampu Ashraff ucapkan.

"Saya hanya ikut arahan encik. Kita berpura-pura seperti suami isteri yang bahagia hanya di depan Nad. Encik tolonglah jangan buatkan saya bertambah sayang pada encik lagi. Hati saya tak kuat. Sedangkan masa kita pura-pura mesra tadi pun, hati saya dah mula rapuh semula.

Saya cemburu bila tengok encik berjalan di sisi cik Sofea. Hati saya sakit sangat, bila saya fikir saya ni tak ubah macam orang gaji aje tadi. Encik cakap, encik akan tunaikan apa saja yang saya nakkan? Jadi saya mintak, encik berhenti layan saya dengan baik bila Nad tak ada.

Encik berhenti pura-pura ambik berat pasal saya. Sebab kalau encik masih layan saya dengan baik tanpa apa-apa keperluan, saya tak yakin yang saya akan berhenti cintakan encik," luah Kirana panjang lebar. Puas hatinya selepas meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ashraff menundukkan kepalanya seperti sedang berfikir sesuatu. Seketika dia merenung Kirana. "Kalau saya mintak awak beri saya peluang untuk cuba mencintai awak, awak akan bagi peluang tu kat saya?" tanya Ashraff.

Kirana memandang ke arah Ashraff dengan raut wajah tidak percaya. Betul ke apa yang dia dengar ini?

"Encik tak nak cuba, kenapa perlu paksa diri?" Kirana bertanya tanpa menjawab pertanyaan suaminya tadi.

"Jujur, saya tak suka awak tak endahkan saya macam ni, Kirana. Saya tak suka awak hanya layan saya bila perlu aje. Saya, saya nak awak layan saya macam dulu. Tetap mesra walaupun Nad tak ada."

"Macam mana dengan saya? Encik boleh beri peluang untuk saya bertakhta dalam hati encik?"

"Saya akan beri awak peluang tu, asalkan awak pun boleh beri peluang yang sama pada saya." Hati Kirana sudah mula lembut. Air mata yang sudah bertakung, cuba ditahan. Kirana memegang tangan kanan Ashraff.

"Kira sayang abang tau. Sebab tu Kira bagi abang peluang," ujar Kirana. Ashraff mengusap lembut pipi Kirana.

"Terima kasih, sayang. Abang janji, abang akan cuba bahagiakan isteri abang ni," balas Ashraff. Kali ini, dia tidak berlakon. Dia benar-benar maksudkan janjinya tadi. Betul kata Kirana. Kalau redha, kenapa tidak cuba untuk berdamai dengan takdir?

Ashraff berdoa, semoga Allah membuka pintu hatinya untuk Kirana. Dia mahu belajar mencintai Kirana sepertimana Kirana mencintainya setulus hati tanpa mengambil peduli akan status dirinya sebelum ini.

"Abang, kalau satu hari nanti abang dah tak mampu, abang jangan pendam tau. Abang kena berterus-terang dengan Kira. Insya-Allah, Kira yakin waktu tu Kira boleh terima dengan hati yang terbuka," pesan Kirana.

"Tak, sayang. Jangan cakap macam tu. Kita harapkan yang baik-baik untuk hubungan kita. Insya-Allah, abang nak bersama dengan Kira sampai bila-bila." Terharu Kirana mendengar kata-kata Ashraff itu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now