Bab 27

2.4K 55 4
                                    

"Nad! Nak pergi mana?" tanya Ashraff. Nadine tidak menjawab, membuatkan Ashraff keluar dari perut kereta. Kirana turut sama keluar. "Papa tanya ni, Nadine Aulia." Ashraff masih cuba bersabar dengan sikap memberontak anaknya.

"Nad dengan adik nak tinggal dengan mama. Papa tinggal ajelah dengan bini baru papa tu," jawab Nadine sambil menjeling ke arah Kirana.

Terdiam Ashraff mendengarnya. Setahunya Nadine tidak pernah bersikap kurang ajar begini. Paling tidak pun, dia hanya buat kacau sahaja untuk tunjuk protes. Anaknya benar-benar sudah berubah sejak dia duduk dengan Sofea.

Ashraff perasan riak wajah Sofea yang tersenyum sinis ke arah Kirana. Pasti dia yang meracuni fikiran Nadine. "Papa tak izinkan. Masuk dalam kereta!" arah Ashraff.

"Tak nak!" Nadine masih berdegil.

"Nad jangan cabar kesabaran papa. Masuk!" Ashraff sudah mula meninggikan suara. Terkejut Nadine dan Kirana melihat kemarahan Ashraff itu. Nadine memandang sayu ke arah Sofea, mengharapkan mamanya akan membela.

Namun, Sofea hanya mendiamkan diri seolah-olah hatinya tidak terusik langsung melihat anaknya ditengking. "Abang, dahlah tu. Tak baik marah-marah budak macam ni. Malu dia nanti," pujuk Kirana.

Nadine terdiam. Kenapa ibu tiri yang dibencinya itu yang membela dia? Sedikit sebanyak, Nadine mula mengalah. Dia masuk ke dalam perut kereta sebelum menutup pintu. Ashraff beristighfar dalam hati, cuba menahan kemarahan.

"Thanks, Ash. Sebab hantarkan I ke klinik tadi," ucap Sofea sebelum melangkah untuk menghadiahkan kucupan di pipi bekas suaminya. Namun mujur Ashraff sempat mengelak. "Say your thanks to Nad, not me," balas Ashraff sebelum kembali masuk ke dalam kereta.

Bengang Sofea melihat kedinginan bekas suaminya. Kirana juga turut masuk ke dalam kereta dan sebaik sahaja Kirana menutup pintu, Ashraff terus memandu keluar dari kawasan kondo Sofea itu. Sofea seperti mahu menjerit sekuat hati kala ini. Gagal lagi rancangan dia ini.

"Tak guna betul! Aku akan pastikan kau menyesal satu hari nanti, Ashraff Nadim. Kau akan melutut kat kaki aku balik! Dan untuk isteri baru kau tu pulak, boleh pergi mampus!" gumamnya sendiri.

NADINE membawa Haikal ke dalam biliknya. Hatinya masih terasa dengan papanya. Baru sahaja Ashraff hendak mengekori anaknya, Kirana pantas menghalang. Bukan masa yang sesuai untuk menegur Nadine.

"Abang, biarkan Nad tu tenang dulu. Abang tengah marah, dia pun tengah marah. Nanti akan tambah masalah aje. Kita tunggu esok ya?" pujuk Kirana. Hati Ashraff yang panas itu serta-merta sejuk mendengar pujukan isterinya.

"Abang mintak maaf, sayang. Abang tak sangka Nad boleh berubah macam tu sekali. Abang tak sedap hati dengan Sofea tadi. Abang rasa dia dah racun fikiran Nad, sebab tu Nad boleh protes sampai macam tu sekali.

Sampai tergamak tengking sayang, tinggikan suara pada abang. Abang betul-betul tak sangka," ujar Ashraff. Kirana mengelus tangan Ashraff. "Tak apa. Nad tu masih muda, dia masih keliru dengan semua yang jadi. Kita bagi dia masa, ya?" pujuk Kirana lagi. Ashraff hanya mengangguk.

Mereka naik ke bilik tidur dan sebaik sahaja pintu ditutup, Kirana dapat merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya. "Dah tak ada apa-apa gangguan kan?" bisik Ashraff. Ah, sudah! Sangkanya apabila Ashraff bertukar jadi mood singa, dia sudah lupa akan perkara itu.

"Ab-abang bukan tengah marah ke tadi?" balas Kirana sambil tergagap-gagap.

"Esok ajelah abang sambung marah. Sekarang nak sambung mood sweet pulak," usik Ashraff.

"Eh eh, boleh pulak macam tu? Main tukar-tukar mood macam tukar baju aje."

"Jadi, sementara abang tengah pakai mood sweet ni, jomlah?" Ashraff tidak menunggu jawapan daripada Kirana.

Dia terus mencempung tubuh Kirana sebelum meletakkan tubuh itu ke atas katil. Kirana pantas menahan apabila Ashraff mula mendekati wajahnya.

"Abang, kalau iyapun, tutuplah lampu dulu. Malulah~," rengek Kirana, manja.

"Malu apanya? Apa salahnya abang tengok? Sayangkan isteri abang?" ujar Ashraff. Dia sudah membenamkan wajahnya ke leher Kirana.

"Abang, Kira serius ni. Tutuplah, malu!" Kirana cuba menolak tubuh Ashraff namun suaminya tidak berganjak langsung.

"Tak nak! Abang nak tengok sayang jugak." Bagaikan budak kecil, Ashraff membantah. Sesekali Ashraff tergelak kecil apabila dia terasa degup jantung Kirana di dadanya.

"Kuatnya degup jantung sayang. Macam nak melompat ke dalam badan abang aje ni," usik Ashraff lagi.

"Abang, tutuplah lampu. Please?" rayu Kirana. Ashraff menggeleng.

"Kalau sayang malu sangat, kita tutup pakai selimut ajelah." Serentak itu Ashraff mengalihkan wajahnya dari leher Kirana sebelum menarik selimut dan menutup tubuh mereka berdua. Sungguh, Kirana tidak menyangka suaminya seberani itu. Lain macam gaya orang tua bercinta, tapi Kirana suka.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now