Bab 24

2.4K 54 2
                                    

Ralit Kirana mengemas rumah sehingga tidak sedar Ashraff sudah pulang ke rumah. Nadine sengaja menyelerakkan rumah apabila dia pasti papanya sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia mahu papanya memarahi Kirana kerana membiarkan rumah berselerak. "Assalamualaikum." Ashraff memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Membulat matanya melihat rumah seperti tongkang pecah.

"Ya Allah, kenapa rumah berselerak ni, sayang?" tanya Ashraff. Kirana menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Taufan La Nina, biasalah," gurau Kirana. Ashraff menghela nafas kecil. Isterinya masih sempat bergurau.

"Nad yang sepahkan, betul?" Sudah dua minggu berlalu sejak Nadine dan Haikal pulang dari rumah Sofea. Sejak pulang dari rumah mamanya, perangai Nadine makin menjadi-jadi.

"Alah, tak ada apalah, bang. Kira boleh aje kemaskan balik. Abang jangan marah dia pulak tau. Nanti dia mogok lapar, kita jugak yang susah," pujuk Kirana.

"Tapi Nad tu makin melampaulah," rungut Ashraff. Kirana mengukir senyuman.

"Abang, tak apa. Abang pergilah naik mandi, rehat. Kira baru masak nasi tadi. Maaflah sebab lewat sikit kita makan malam hari ni," ucap Kirana.

"Abang tolong sayang ya?"

"Tak payah. Abang kan penat," tolak Kirana.

Melihat Kirana yang kembali menyambung kerjanya, Ashraff menapak juga ke tingkat atas. Tetapi dia bukan masuk ke dalam biliknya, sebaliknya dia mengatur langkah ke bilik Nadine.

"Nad? Bukak pintu ni." Ashraff mengetuk pintu bilik anak daranya. Dia harus berbicara dengan Nadine. Lama baru Nadine buka pintu sambil berpura-pura menggeliat, kononnya dia baru bangun dari tidur.

"Papa nak cakap dengan Nad sikit. Boleh papa masuk?" tanya Ashraff.

"Masuklah papa," balas Nadine. Ashraff masuk sebelum menutup pintu bilik.

"Nad, kenapa buat macam tu?" Terus sahaja Ashraff bertanya. Nadine buat muka tak bersalah.

"Buat apa pulak papa? Salah ke Nad nak tidur sekejap, penat dengan aktiviti kat sekolah tadi," dalih Nadine. Padahal dia tahu papanya bukan persoalkan soal itu.

"Nad, please. Nad tahu maksud papa kan? Kenapa buat mama macam tu?"

"Tolonglah, papa. Dia bukan mama Nad. Tak ada kena-mengena pun dengan Nad," jawab Nadine.

"Nad tak kesian ke dekat mama? Dari pagi lagi mama tak henti-henti buat kerja tau. Jaga adik, kemas rumah, masak untuk Nad, gosok baju sekolah Nad, basuh baju semua tu. Ni petang papa tengok mama kemas ruang tamu pulak. Kenapa Nad buat perangai macam ni, sayang?" tanya Ashraff.

Nadine hanya memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya. Niatnya mahu papa marahkan Kirana, sebaliknya dia yang kena marah. Entah apa perempuan tu jampi papa, getus hati Nadine.

"Tu memang kerja dialah, papa. Biar ajelah dia buat. Takkan nak makan gaji buta pulak?"

"Nad, papa tak nak Nad prejudis dengan mama lagi. Dia dah jadi mama Nad. Dia sayangkan Nad dan adik," pujuk Ashraff lagi.

"Mama kandung Nad pun sayang Nad dengan adik." Sengaja ditekankan perkataan 'mama kandung'.

"Nad tak sayang papa dah ke?" tanya Ashraff sambil mengusap perlahan ubun-ubun rambut anaknya.

"Eii, apa papa ni? Tanya soalan macam tu. Mestilah Nad sayang papa," jawab Nadine.

"Kalau Nad sayangkan papa, janji dengan papa ya sayang? Jangan sakitkan hati mama lagi?"

"Bukan papa berlakon aje ke dengan dia depan Nad? Kenapa sejak Nad balik dari rumah mama, Nad tengok papa macam lagi mesra dengan dia?

Papa, Nad tau papa cuma berlakon aje dengan perempuan tu. Papa kahwinlah balik dengan mama. Papa ceraikan dia, and kita boleh jadi happy family macam dulu," pujuk Nadine.

"Tak, Nad. Papa takkan ceraikan mama dan kahwin dengan orang lain," tegas Ashraff.

"Papa, dah-dahlah berlakon tu. Buat apa papa nak seksa hati dan perasaan papa lagi? Papa nak hidup dengan orang yang papa tak cinta?" soal Nadine.

"Nad silap. Papa tak berlakon. Papa cintakan dia dan sama ada Nad suka atau tak, papa takkan ceraikan dia. Dia tetap akan jadi mama Nad dan Haikal sampai bila-bila. Hanya dia yang layak jadi mama Nad dan adik," putus Ashraff.

"Nad tak nak!" Nadine sudah mula meninggikan suara.

"Nanti Nad turun makan. Mama dah masak masakan kegemaran Nad. Dia sayangkan Nad, sebab tu dia masakkan lauk kegemaran anak papa ni." Ashraff terus berlalu dari bilik Nadine. Harap-harap, Nadine boleh terima apa yang berlaku.

"Tak guna betul! Aku takkan biarkan kau bahagia dengan papa aku. Aku takkan biarkan kau bahagia atas penderitaan mama aku!" Nadine mengeluarkan I-phone miliknya sebelum mendail nombor seseorang. Lama juga dia menunggu panggilan bersambung.

"Mama, plan ni tak jalan jugaklah," adu Nadine.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now