Bab 71

2.2K 35 0
                                    

Gaun malam berwarna biru itu disarungkan ke tubuh. Cantik, pandai Ashraff pilihkan baju untuknya. Shawl berwarna biru cair dicapai sebelum dipakai. Malam itu, Ashraff mengajak keluarganya untuk ke jamuan ulang tahun syarikat. 

Setelah berpuas hati dengan pakaian dan solekannya, Kirana menarik nafas sedalam-dalamnya. Ini pertama kali dia memakai gaun seperti ini. Risau juga dia jika suaminya kurang suka dengan cara pemakaiannya.

"Sayang?" Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunannya.

"Ya, abang?"

"Sayang dah siap ke belum? Nad pun dah siap nak pergi ni. Ke sayang nak abang tolong pakaikan baju?" tanya Ashraff. Sempat lagi dia mengusik isterinya. Nadine yang berdiri di sebelahnya sambil mendukung Afieq itu tersenyum.

"Tak payah mengada sangat okey? Kira dah siap dah pun. Nak keluar dah ni," sahut Kirana dari dalam bilik. Ashraff berbalas senyuman dengan Nadine. Tangannya menuntun tangan Haikal. Ashraff kelihatan kacak memakai suit berwarna biru sepadan dengan baju Kirana.

Nadine pula cantik berbaju gaun berwarna merah jambu bersama shawl putih di kepalanya. Ashraff sendiri terpegun melihat betapa cantiknya anak dara kesayangannya itu. 

Harapnya janganlah ada mana-mana staf cuba mengorat anaknya. Nadine baru menginjak usia 15 tahun. Aje gila!

Kirana keluar dari bilik dan sebaik pintu dibuka, Ashraff terkaku melihat isterinya. Tubuh Kirana yang dibaluti gaun biru itu dipandang atas bawah tanpa berkelip. "Wah, mama! Cantiknya! Patutlah papa tengok mama macam nak terkeluar biji mata," usik Nadine sambil melirik ke arah papanya.

"Ish, Nad ni! Tak boleh nak cover papa sikit pun kan?" Dengan wajah yang merah padam, Ashraff menegur Nadine yang sudah tersengih itu. Kirana tersenyum malu apabila terdengar komen Nadine tadi.

"Haikal, jomlah, kita turun dulu. Kita bagi can kat papa dengan mama feeling macam cerita fairytale," usik Nadine lagi. Haikal memahami kata-kata kakaknya sebelum melepaskan pegangan Ashraff dan meraih tangan Nadine. Bersama Afieq dalam dukungannya, Nadine menuntun tangan Haikal turun ke tingkat bawah.

"Jom, tuan puteri?" Ashraff menghulurkan tangannya pada Kirana.

"Abang ni, overlah pulak." Pun begitu, Kirana meletakkan tangannya di atas tangan Ashraff. Mereka ikut menuruni anak tangga sebelum melangkah ke arah kereta, di mana anak-anak mereka sudah menunggu. Ashraff membukakan pintu untuk Kirana. Setelah itu, dia membuka pula pintu untuk anak-anaknya.

"Thank you, papa!" ucap Nadine sambil mengucup pipi Ashraff. Ashraff mengenyitkan mata pada anak daranya. Kemudian mereka bergerak ke dewan tempat berlangsungnya majlis.

KIRANA meriba Afieq yang sedang tidur itu. Nadine dan Haikal yang sedang mengambil makanan di meja, dipandang. Nadine Aulia memang cantik, sama macam arwah Sofea. Iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Kirana menepuk-nepuk paha Afieq apabila dia terasa anaknya menggeliat dalam pelukannya.

Pejam celik, Afieq sudah mencecah umur enam bulan. Ashraff masih belum kembali ke meja setelah dia dijemput untuk menemani barisan ahli lembaga pengarah. Dalam dia memerhatikan Nadine dan Haikal, Kirana perasan ada mata yang merenung dirinya. Mungkin perasaannya, mungkin bukan.

Tidak selesa diperhatikan dari jauh, Kirana bangun dari kerusi untuk melangkah menghampiri anak-anak tirinya. Namun belumpun sempat dia mengatur langkah, dia ditegur seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum," tegur lelaki itu. Kirana menoleh.

"Waalaikumussalam." Kirana menjawab salam kemudian dia tidak berkata apa-apa dengan lelaki itu. Lagipun dia tidak berminat untuk berbual dengan lelaki.

"Ni anak encik Ashraff ke? Saya Rizal, staf encik Ashraff. Comelnya anak awak, muka sama macam awak," ujar Rizal. Kirana terpempan. Aku anak Ashraff? Kirana berbisik dalam hati.

"Eh, sebenarnya saya-" Belumpun sempat Kirana bersuara, dia terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia menoleh ke arah Ashraff yang sudah kemerahan mukanya. Pastinya suaminya itu sedang menahan rasa cemburu.

"Ada apa ni?" tanya Ashraff.

"Encik Ashraff. Tak ada apa-apa. Saya cuma tegur anak encik Ashraff ni. Ni, cucu encik Ashraff pun comel jugak, sama macam mama dia." Kirana seperti hendak ketawa sahaja apabila mendengar komen Rizal tadi. Tetapi apabila Ashraff mengerling ke arahnya, Kirana pantas menyembunyikan tawanya.

"Cucu? Sayang, abang ni tua sangat ke? Sampaikan anak abang ni orang boleh kata dia cucu abang?" Ashraff bertanya pada Kirana yang masih cuba menahan ketawa itu. Rizal sudah pucat mukanya, lebih-lebih lagi apabila dia perasan mata Ashraff sudah menjeling ke arahnya.

"Sayang? Ni bukan anak encik Ashraff ke?" soal Rizal. Ashraff menarik Kirana merapatinya. Kirana cuba untuk tidak ketawa di hadapan suaminya dan Rizal.

"Siapa kata ni anak saya? Ni isteri saya yang tercinta. Sayang, sayang beritahu dia ke yang sayang ni anak abang? Dan sayang cakap yang Afieq ni cucu abang? Hmm?" Ashraff bertanya pada Kirana. Kirana menggeleng sambil menggigit bibirnya menahan tawa. Aduh, tak tahan dah ni. Aku nak gelak tapi nanti suami aku marah pulak, bisik hati Kirana.

"Eh, sorry, encik Ashraff. Saya ingatkan ni anak encik Ashraff. Saya mintak diri dulu ya?" Setelah Rizal berlalu, Kirana terus ketawa namun dia masih mengawal suaranya. Tunggulah balik rumah nanti baru aku gelak puas-puas. Ashraff sudah menarik muka.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now